Pages

Subscribe

Thursday, January 26, 2012

Remembrance of Allah

" Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured." (13:28)

ps : budak yang sungguh comel dan kiut miut dalam gambar itu adalah isteriku ketika kecil..:)..Semoga anak yang lahir nanti membesar menjadi mujahidah solehah, comel, kiut dan kelakar macam Mama dia..:)

Wednesday, January 4, 2012

Momentum


Assalamualaikum wbt.

Seperti kereta kehilangan momentum, itulah ibaratnya diriku ini. Setelah separuh perjalanan ditempuhi sesi akademik ini, Allahu Allah, terlalu berat rasanya untuk meneruskan perjalanan berbaki.

Bukannya apa pun, inilah post holiday syndrome..Susah betul nk get back to books and study habit..Sebelum nih Alhamdulillah laa boleh study consistently juga (consistent in my own definition laa..hehe), tp lepas cuti 2 minggu nih, Allahu Allah..

I need a Big Mo (Big Momentum) untuk meneruskan perjalanan yang berbaki..Moving towards the end already..Pecutan terakhir dalam masa berbaki 4 bulan lagi..hoho..4 bulan, Surgery and O&G tak cover langsung lg sbb x start rotation lg..Paeds yg dah buat dulu pun dah lupo abihss..Medicine yg dah buat pun terkapai2 lg sbb baca lupa baca lupa..Allahu Allah...

Takpe2..masih ada masa..kena optimis teruskan perjuangan ini..4 bulan jer lagi..dah study medic nih dan 4 tahun setengah dah..i'm too close to the end that might lead to another beginning..

Insyaallah, semoga momentum belajar kembali menjengah hati dan diri..Allahu musta'an..

Nada Yang Sama


Assalamualaikum wbt.

Hari ini dan semalam rasa x sehat sangat sebab demam dan selesema..Winter Bug kot..So hari nih terlantar dikatil mewah di B&B nih..hoho..Xder laa x sehat sangat sampai x larat nk bangun mcm sebelum-sebelum nih tp rasa x larat laa..

So, sebab dah agak lama x call rumah sbb cuti winter pergi berjauhlah dan sebagainya, maka call laa mak..Bila mak tanya sehat ke x, cakap laa demam..

As usual...

Nada kerisauan mak masih sama..
Sama seperti tahun-tahun yang lalu..
Sama saatnya tika masih bujang
Sama nadanya ketika sudah berumahtangga
'Demam biasa je mak'..kataku..
'Ubat batuk ada, ubat nih dah makan, ubat tu dah makan'..Mak mengeluarkan cadangan-cadangan ubatnya yg nadanya sama seperti sebelumnya..tidaklah seperti mengarahkan, tetapi cukup memberitahu bahawa emak sayang dan kasihkan anaknya

Nada yang sama..Ibu yang sama..Kasih yang tidak pernah berubah..cinta ibu terus mekar dihati.

Semoga cintaku pada mu wahai ibu tetap sama..biarpun telah bertakhta seorang permaisuri dihati, tetapi kau tetap teristimewa,

Semoga contaku padamu wahai ibu tetap selamanya..biarpun disisi ku zuriat penyejuk mata memenuhi ruang hati seorang bapa, kau tetap teristimewa.

Semoga anakmu ini dapat menjaga mak dan ayah apabila telah tua nanti dengan sepenuh kasih sayang seperti mana kau telah mengasihiku selama ini.

Mak, Nadamu masih sama...:)

Tuesday, December 27, 2011

Boxing Day


Assalamualaikum wbt.

Boxing Day...was once the most awaited time of the year by none other than Mohd Redhuan..hihi..But it seems like long ago since the last time i was there in the pack of the crowd grabbing for things 'mercilessly' only to realize then my lust for shopping was never eased. Hihi..

Actually, dah 2 tahun tak gi shopping Boxing day sebab the last 2 years have been involved with PUISI, so x sempat nk berboxing sbb tersangat letih..hehe..

Pengalaman berboxing ketika first year dan 2nd year pasti tidak akan kulupakan. Best super kot Boxing kt London..hihihi..

Tahun nih ceritanya sungguh berbeza..=)

Tak ada nafsu dan minat langsung nak berboxing day untuk beli barang untuk diri sendiri. Walaupu jaket bubble yg dipakai tiap-tiap hari tuh mmg dah lusuh dan bertukar kaler dah..selama 3 tahun almost everyday pakai tuh, dr Autumn sampai spring..silap2 kalau summer sejuk sket pakai tuh jugak..haha..Sampai orang mesti igt aku nih dah x der jaket lain dah..hihi..

Hari nih dan semalam pergi menyerbu beberapa kedai untuk berboxing bersama isteri, tidak lain dan tidak bukan membeli pakaian baby yang masih dalam perut. Baru je fetus dan berlambak baju dia..aiyyoooo...Dah tuh beli semua baju baby girl..sekali baby buat surprise jadi boy..sengih je laa mak ayah dia tgk baju-baju yang dah beli tuh...haha..

Tetiba nafsu bershopping datang semula tahun nih. Tengok semua baju baby tersangat comel...=)...Tambah-tambah baju baby girl..super duper cute...rambang mata jadiknya.. Tambah-tambah kt Next mmg sale half price je baju-baju dia..hohoho..Takde laa nak beli sangat tp lebih kpd nk beli time sale nih utk beli brg2 baby time tgh murah, sbb barang2 budak kecik nih mmg ler mahal..hoho..

Baru faham perasaan ibu dan bapa. Perasaan yang mana hanya memikirkan berkenaan anak-anak terlebih dahulu dan meletakkan kepentingan diri kemudiannya. Dah habis beli barang baby baru le ibu dan bapa to-be pergi cari barang sendiri, tuh pun x beli pape. Subhanallah..the feeling definitely cannot be put in words. Rasa puas bila kita tak letakkan kepentingan diri kita terlebih dahulu.

Kalau bab-bab beli baju nih mmg dulu, perghhh pantang tgk baju yg cantik sket, semua nak beli. Duit pun banyak habis beli benda-benda camtuh jer la.

Until at one time tuh tetiba Allah bg satu idea utk difikirkan dan diinsafi. Semakin banyak dibeli, semakin rasa tidak puas. Nafsu membeli tuh tak pernah pun puas. Makin banyak ada, makin rasa nak lg dan beli lg. Sampai bila pun takkan habis membeli. Kononnya kita akan rasa gembira bila shopping benda-benda yang disukai nih, tapi sebenarnya last-last takde laa rasa gumbira mana pun. Yang ada hanyalah rasa tidak cukup dan tidak puas. That' when i stopped buying and shopping...=)..

Kadang-kadang beli la sehelai kemeja petak-petak (xfaham kenapa suka sangat kemeja petak-petak..hihi) untuk pakai ke hospital.

Bila pakai baju dan bergaya nih, tak tau sebenarnya nak tunjuk kat sapa yang kita pakai stylo mylo. Sbb bila pakai bergaya sket, mulalah syaitoooon membisikkan dalam hati rasa riya' dan menunjuk. Perasaan begitulah yang sangat tidak digemari. So, makin lama nafsu nak shopping pun hilang serta merta.

Tapi bila dok pakai baju yg sama je, tak pernah rasa tidak cukup dan tidak puas. Rasa macam tidak kisah dan lebih bersyukur. Tidak lagi timbul rasa riya' dan nak menunjuk bila berpakaian dan bergaya. Maka, hati pun rasa lebih tenang dan tenteram. Sentiasa merasa cukup dengan apa yg ada...=)

*Rindu sangat satu jaket Topman yg dibeli dulu hilang masa Open House raya. Itu adalah jacket kegemaran..huhu..entah kemana hilangnya, tiada dpt dikesan..Dah laa mahal..haha*..

Okies. Adios. Itulah pengalaman berboxing day. New feeling, new experience. Can't wait for more to come in the future. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga

Teaching

Assalamualaikum wbt.

I supposed teaching others is not an easy job at all. Being a teacher seems easy and conducive job nowadays. *orang kata Cikgu nih banyak cuti dan kerja tengah hari dah baik..;P*. If it were the last 10 years, it might be true. The trend nowadays, the teachers has been busy enough with extra classes, Co-curriculum activites and so on and so forth. Teachers are definitely wonderful person.

Sekian Muqaddimah untuk entry ini.

Hehe. Nak ceritanya, i don't think that i'm able to be a good teacher. Teringat lagi arituh isteri mintak tolong ajarkan dia berkenaan SPSS dan Final Year Projectnya yang masih belum siap sampai menangis dibuatnya isteri ku tercinta itu. Saya memang kurang sabar bila bab2 mengajar orang nih. Kalau dah banyak kali explain pastuh dia still x faham the concept mulalah nak naik marah. Haha. Namun begitu isteri bukan mangsa pertama.

Dulu-dulu tiap kali ajar adik bongsu buat homework Mathematic dia, perghhhhhh...memang menahan kesabaran jerla. Pastuh dah bila si abangnye mula meninggikan suara sebab dia jawab soalan salah, memang sekejap je pastuh dia pergi masuk bilik tido tak pun gi tengok TV.

Taktau kenapa bila ajar orang selalu cepat hilang sabar. Hoho. Kalau bg tutorial kat sepital ke uni ke macam x kisah pun student faham ke tak. Selalunya Doktor main cakap je apa yg dia tau then lantakle student faham ke tak. So kalau teknik pengajaran begitu memanglah tidak menguji kesabaran *hanya menguji kesabaran bila tup-tup ada student tido..tau2 sendiri laa sapa kan..hehe*

Perlu belajar tips-tips untuk mengajar supaya nanti tak cepat hilang sabar dalam mendidik anak-anak. =)

Suka tengok video nih. Tersangatlah comel..hihi..Garang betul abang dia nih..hihi..

Wednesday, December 21, 2011