Pages

Subscribe

Saturday, June 2, 2012

Mirror Mirror On The Wall!


Mirror Mirror On The Wall!
“ Mirror, Mirror on the wall, who’s the fairest of them all ”-Sang ratu bertanyakan kepada cermin ajaibnya siapakah manusia yang paling cantik diatas muka bumi.
” Thou, O Queen, art the fairest of all.” -Jawab si cermin ajaib yang tidak pernah menipu.
Obsesi Sang Ratu pada diri dan kecantikannya membuatkan dia selalu bertanyakan cermin ajaibnya siapakah manusia yang paling cantik.
Apabila Sang Ratu menginjak ke usia semakin tua, pada suatu hari Sang Ratu dikejutkan dengan jawapan yang berbeza dari cermin ajaibnya apabila ditanyakan soalan yang sama.
“Mirror, Mirror on the wall, who’s the fairest of them all “
“You, my queen, are fair; it is true. But Snow White is even fairer than you.”
Jawapan cermin ajaib itu akhirnya membuatkan Sang Ratu menjejaki Snow White untuk membunuhnya sehingga ke hutan gelap.
Begitulah jalan cerita kisah dongeng Snow White yang sering kita dengar berulang-ulang kali.
Menarik kisah antara manusia dan cermin. Allah menjadikan manusia dalam bentuk dan konteks yang menarik. Manusia tidak mampu melihat wajahnya sendiri melainkan dengan cermin dan refleksi. Sedangkan semua manusia lain mampu melihat wajah kita, melainkan diri kita sendiri yang tidak mampu melihatnya. Kita tidak mampu melihat sesuatu yang sememangnya milik kita, tetapi manusia lain akan melihat setiap titik diatas wajah kita walaupun tidak memiliki kita.

Itulah simbiosis kehidupan. Cantik aturan Allah S.W.T
Gambaran lain antara manusia dan cermin adalah melalui petikan karya agung William Shakespeare didalam drama tulisannya Julius Caesar memetik babak dimana apabila Cassius bertanyakan kepada Brutus,
“ Tell me, good Brutus, can you see your face? “
Brutus menjawab,
 No, Cassius, for the eye sees not itself. But by reflection, by some other things 
Begitulah yang digambarkan oleh Shakespeare bahawa mata kita tidak mampu melihat wajahnya sendiri. Segala debu, kotor, buruk, cantik hanya dapat dilihat oleh orang lain. Shakepeare menyambung bahawa refleksi dan perkara lain akan membolehkan mata kita melihat wajah sendiri.
Apakah refleksi dan perkara lain itu selain dari cermin? Hala ini diperincikan dengan lebih jelas oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda,
Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya.” (HR. Bukhari)
Menarik apa yang dijelaskan oleh Shekh Hamza Yusuf dalam ceramah beliau bahawa manusia tidak mampu melihat kekurangan dan kelebihan yang ada pada wajah, sebaliknya manusia lain disekeliling kita semuanya mampu melihat wajah kita.
Maka, lantaran itu Rasulullah mengatakan bahawa mukmin itu adalah cerminan bagi satu sama lain. Mukmin dan sahabat yang baik menjadi cermin yang membersihkan kekotoran yang ada diwajah kita ketika kita tidak mampu melihatnya. Maka, mukmin itulah yang akan membantu memberitahu kita bahawa ada kekotoran pada kita, seterusnya membantu kita membersihkannya.
Begitu juga, kita tidak mampu menyolekkan wajah kita sendiri agar berseri, cantik dan manis, maka mukmin lainlah yang akan bertindak mencantikkan wajah kita dengan solekan iman.
Inilah simbiosis kehidupan manusia. Kita bertanggungjawab menjadi cermin kepada sahabat disekeliling kita, menegur dan membetulkan kesilapan dan kelemahannya, dan membantuk mencantikkan hidupnya dengan iman dan islam.
Jadilah kita seperti cermin ajaib Sang Ratu. Saat wajah kita sudah tidak cantik diselaputi dosa, maka, cermin ajaib berkata benar dan tidak menipu.

No comments: