Pages

Subscribe

Thursday, October 4, 2012

Household Manager

Assalamualaikum wbt.

Saya telah bekerja sebagai Household Manager selama beberapa minggu (read : sura rumah sepenuh masa). Alhamdulillah, dapat spend masa membesarkan Nur Islam Amani dengan penuh kasih dan sayang. Pengalaman yang sangat berharga.

Jadi household manager nih kena ada rutin especially nak jaga baby. Alhamdulillah, Amani pagi-pagi dia amay baik dan behave. Bila dah sampai petang sket mula la dia nak meragam. Boring duduk dalam rumah kot a.k.a bilik kecik..hehe..sian Amani, nnti kalau dah boleh merangkak x de space nak bermain sangat.

Menjadi suri rumah bukanlah semudah yang disangka. Kadang-kadang x sempat pun nak makan. Tuh baru jaga anak sorang. Bila anak meragam, x leh wat kerja sangat kan. Baru le paham perasaan mak jaga kitaorg 7 beradik macamana. Definitely not an easy task at all.

Dan menjadi suri rumah memerlukan pengorbanan yang besar dan keluasan hati dan cinta. Tak ramai lelaki yang boleh bersabar membuat kerja rutin jaga anak, basuh baju, basuh pinggan, kemas, vacuum, dan etc. Naluri seorang perempuan yg penuh kesabaran dan cinta pada anak je yang mampu bertahan.

Selalu pesan pada isteri, jadi suri rumah nih tak mudah. Especially bila dah kerja.

Sedangkan puteri kesayangan Rasulullah S.A.W, Saidatina Fatimah, iaitu antara salah seorang yang Rasulullah kata dalam hadith dia, diantara sebaik-baik wanita pun pernah berjumpa Rasulullah menangis menceritakan betapa sukarnya menggalas amanah sebagai seorang suri rumah.

Abdullah ibnu Abu Ja'far Ar-Razi menceritakan dari ayahnyabahwa Sabit Al-Bannani pernah menceritakan dari Anas ibnu Malikbahwa Rasulullah Saw. telah bersabda:

"Sebaik-baik wanita di dunia ada empat orang, yaitu Maryam binti Imran, Asiah istri Fir'aun, Khadijah binti Khuwailid, dan Fatimah binti Rasulullah"

Kita mesti dah pernah dengar kisah Fatimah ini berdasarkan Hadith,

Ali bin Abu Talib adalah menantu kepada Nabi Muhammad. Beliau melaporkan bahawa isterinya, Fatimah binti Muhammad, pernah meminta kepada ayahnya supaya dia diberi seorang pembantu rumah. Nabi Muhammad menjawab dengan berkata, "Mahukah ayahanda beritahu sesuatu yang lebih baik untuk anakanda berdua dibandingkan dengan seorang pembantu rumah? Apabila anakanda berdua pergi ke katil kamu, ataupun anakanda pergi ke tempat tidur kamu berdua, bacalah takbir 33 kali, dan baca tasbih 33 kali, dan baca tahmid 33 kali. Itul adalah lebih baik bagi anakanda berdua daripada seorang pembantu rumah." -- (Hadith ini dipetik dari rekod hadith-hadith autentik dalam koleksi Bukhari.)

Sedangkan Saidatina Fatimah pun merasakan susahnya menguruskan rumah tangga, apatah lagi kita insan yang lemah ini. Insyaallah, sama-sama amalkan apa yg Rasulullah ajar...:)

No comments: