Pages

Subscribe

Monday, October 20, 2008

~Dedicated To All My Kelantanese Friends~

Shidot! sriusly u 4got to include this movie! i think its gonna be an epic! LoL
Hopefully they will put a proper Bhs Melayu nye subtitles...otherwise rmai x phm lak nnti~

Penerbit: Puad Onah
Pengarah: Wan Azli
Penulis: Wan Azli (Lakon layar)
Pelakon: Danny (Buchek), Bienda (Che Nor), Mohd Asrulfaizal (Jaha), Md Eyzendy (Libokbong)
Krew: Pacai (Muzik)
Syarikat Penerbit : Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 30 Oktober 2008
Format : 35mm

Sinopsis Filem Budak Kelantan
Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama. Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur. Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus. Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia. Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.

"Tok amareka doh la saing nge bdok sejid" - Hahaha....ak ske btol line nih!~ =P

No comments: