Pages

Subscribe

Sunday, November 30, 2008

sacred ten days of zulhijjah

assalamualaikum guys.

lame gler dah tak update blog ni since exam dah dekat.mungkin juga kerana kekeringan idea.semoga Allah menolong hambamu ini dan sahabat2 di cork yang akan menghadapi exam.



zulhijjah

alhamdulillah,Allah menyampaikan juga kita di bulan yang mulia ini.bulan zulhijjah adalah termasuk dalam bulan2 haram yang dijaga kesuciannya oleh allah.Allah melarang umat islam utk berperang dalam bulan2 haram ini.bulan ini juga adalah bulan dimana berjuta2 umat islam berangkat utk bertemu pencipta mereka dan kita semua di baitillah al-haram.semoga Allah mengurniakan haji mabrur kepada saudara2 kita yg sedang mengerjakan haji.

10 hari pertama zulhijjah

tuan guru nik abdul aziz sentiasa menceritakan kebesaran dan kemuliaan 10 hari pertama zulhijjah setiap kali tibanya bulan ini.kita patut bersyukur kerana masih sempat diberikan peluang untuk hidup di 10 hari ini yang mana fadhilatnya dikatakan setanding dengan 10 hari terakhir ramdhan (sumber tidak dapat disahihkan).

firman Allah:
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
demi fajar dan hari2 yang sepuluh (al-fajr:1)

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

apa tindakan kita?

saya menyeru sahabat2 untuk merperbanyakkan amalan kita di sepuluh hari yg pertama ini.banyakkan puasa,berzikir,baca quran,etc.buat amalan yg korang rase korang mampu untuk buat.jangan meyusahkan dan jangan juga merasa berat dalam melakukannya.

sabda nabi: jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu,maka buatlah apa yang kamu mampu (hadis riwayat bukhari dan muslim-dipetik dari kitab al-azkar imam nawawi)

siiru 'ala barakatillah
waallahua'lam





No comments: