situasi satu
"ani dah semayang?"ty mak kepada ani(7 tahun)
"semayang macam mane mak?"ty ani
"haaaa,jom mak ajar ani amik wudu' dan lepas tu mak ajar ani solat k"
situasi dua
"ani dah semayang?"ty ayah kepada ani(10 tahun)
"ani malas la nak semayang ayah"balas ani
"ape?????kalau ani tak nak semayang nanti ayah rotan ani"kate ani.
dua situasi diatas adalah adaptasi daripada hadis nabi s.a.w yang patut dijadikan iktibar.yang pertama adalah bagaimana untuk mendidik anak tetapi yg paling penting,betapa rasulullah menekankan solat dalam kehidupan seharian seorang muslim.Nabi menekankan yang solat perlu dididik dalam diri anak2 semenjak mereka berumur 7 tahun dan hendaklah dipukul,dengan pukulan yang mendidik dan bukan menyeksa, ketika mereka berumur 10 tahun.mengapa solat sebegitu penting dalam diri orang islam??mungkin kita akan mendapat pelbagai jawapan untuk persoalan ini.tetapi apa yang aku nak bawa hari ni adalah sebuah hadis yang nabi s.a.w sabdakan:
maksudnya"amalan yang mula2 dihisab daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat.maka berkata allah pada malaikatnya,dan ia maha mengetahui:'telitilah pada solat hambaku,adakah ia sempurnakannya atau kurang.sekiranya lengkap sempurna,tulislah sempurna,kiranya ada yang kurang,maka berkatalah Allah:telitilah solat2 sunatnya bg membantu menyempurnakan solat fardunya"
hadis riwayat abu daud:hadis sahih
(sunan abu daud no.864, 1/229)
solat merupakan arahan daripada Allah.itu adalah perkara yang tak dapat untuk kita sangkalkan lagi.tetapi apa yang tidak kurang pentingnya,solat adalah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah di mahsyar.perkara yang pertama!!!adakah kita fikir kita boleh berdalih di hadapan Allah bila mana perkara yang pertama skali pun kita sudah gagal untuk melayakkan diri kita untuk masuk ke syurgaNYA.adakah kita merasakan diri kita selamat sedang kita tiada apa2 pun untuk dinilai oleh allah.rugilah orang2 yang meninggalkan solat mereka dan beruntunglah orang2 yang menjaga solat.
betapa banyaknya dosa kita
betapa lemahnya kita di hadapan allah
betapa kita mengharapkan rahmat allah untuk menumpang secebis kasih di syurgaNya kelak
betapa kita tidak akan tidak mampu untuk menahan panasnya api neraka
tetapi kita bongkak dan sombong dengan Allah.mengenepikan arahan allah semata-mata kerana kita penat,mengantuk,dan lain2 lagi.lupakah kita dengan taatnya nabi kita mengerjakan ibadah dalam sebuah hadis drpd aisyah.ketika aisyah mencari-cari nabi dan beliau tersentuh kaki nabi yang bengkak di kala tengah malam.lalu beliau bertanya kepada baginda s.a.w,
"mengapa baginda bersolat malam sehingga bengkak kaki sedangkan baginda ma'sum dan hamba yang paling dicintai Allah"
lupakah kita dengan jawapan baginda nabi
"salahkah aku untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur?"
adakah kita sama tarafnya dengan baginda nabi disisi Allah untuk melayakkan kita meninggalkan solat??adakah kita yakin nama kita sudah terpahat di lauhul mahfuz sebagai salah seorang daripada ahli syurga??fikir-fikirkanlah wahai sahabat2.
solat fardhu adalah kewajipan dan bukan pilihan.
igtlah kepada pesanan baginda s.a.w:beza antara orang kafir dan mukmin adalah menunaikan solat.mungkin majoriti pendapat ulama' mengatakan bahwa tidak jatuh kafir orang yg neninggalkan solat,tetapi ada salah satu imam drpd imam empat mengatkan jatuh kafir orang2 yang meninggalkan solat.majoriti ulama'juga bersepakat bahawa meninggalkan solat adlah termasuk daripada dosa2 besar.na'uzubillahiminzalik....maka ayuhlah sahabat2,kita sempurnakan solat kita untuk mendapat rahmat daripada Allah sebagai bekal di alam yang tiada penghujungnya insyaallah.semoga secebis amalan kita ini diterima oleh Allah s.w.t.

siiru 'ala barakatillah
waallahua'lam
5 comments:
No doubt...second bali's entry strongly...
I am in no position to critics or advice others coz me myself are not perfect...No one is perfect anyway...
But i was called to say here that, I was quite dissapointed seeing so many ppl calling themselves muslims yet dont really care much of their solah...
I have so many friends bless with good brain, stdying loads n different areas of disciplines yet again dont care much of their solah,esp Suboh prayers...
well, sme may say i dont skip the other 4 solah, suboh is different, I just culdnt wake up...come on man,if u say u sleep late at nite just watching muvies or laughing at idiots doing lame jokes at U-tube were the reasons,bullshits i say...u can always make an effort sleeping early so u can wake up early right?
I might be too harsh on my words...sorry in advance...u can always critics me for my view...after all, it may even my fault cant make u wake up for suboh...even not wake u guys up...But I'll strive harder insyaAllah...
p/s: this comment wast referring to anybody...just a general view...
suboh is different, I just culdnt wake up...come on man,if u say u sleep late at nite just watching muvies or laughing at idiots doing lame jokes at U-tube were the reasons,bullshits i say...
mwahahaha!!!! u probably shud hv picked up better reasons than that~
anyway, nice entry/reminder before travelling esok~ Good job Bali! mmg chomel!
=)
i am rephrasing my earlier statement:
"suboh is different, I just culdnt wake up...come on man,if u say u sleep late at nite BUT ACT u were just watching muvies or laughing at idiots doing lame jokes at U-tube were the reasons,bullshits i say..."
my point here act, we can make an effort to WAKE UP EARLY...if u think staying late prevent u to do so, then sleep early...watch muvies or other thngs during the day, without compromisng any solah...
sori,if my words lead to any confusion...
no harm done in there sonny!~ rileks r weyh~
nice entry bali...jazakallah...
and jazakallah as well to mr anon...
great reminder...
Post a Comment