Pages

Subscribe

Monday, January 5, 2009

Quick update on Palestine~~~

1. Israel lancar serangan darat

Letupan besar yang terhasil selepas tentera Israel membedil kem Beit Lahiya di utara Genting Gaza, semalam.
- AP


GENTING GAZA 4 Jan. - Kereta kebal dan pasukan tentera Israel bertempur dengan pejuang Hamas hari ini dalam serangan darat yang dilancarkan oleh rejim Yahudi itu sejak lewat malam tadi selepas lapan hari bedilan udara gagal menghentikan serangan roket ke atas negara Yahudi itu.

Menurut pegawai perubatan Palestin, tentera Israel telah menembak mati lapan penduduk Palestin termasuk tiga orang awam sekali gus menjadikan angka kematian meningkat kepada lebih 450 orang dalam pertempuran awal.


2. AS tolak usul damai di Palestin

NEW YORK 4 Jan. - Amerika Syarikat (AS) semalam menggagalkan usaha Libya untuk memujuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Genting Gaza.

Beberapa orang diplomat Majlis Keselamatan memberitahu, keengganan AS menyokong resolusi yang diusulkan oleh Libya itu sekali gus menggagalkan usaha damai di Gaza kerana usul seperti itu memerlukan sokongan sebulat suara.


3. Serangan darat: AS sokong, Perancis suarakan bantah

PARIS 4 Jan. – Perancis menjadi negara Eropah pertama menyuarakan bantahan apabila tentera darat Israel mula memasuki Genting Gaza berbanding Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan kenyataan sebaliknya.

Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner berkata, keputusan menghantar tentera darat selepas seminggu menggempur dengan serangan udara akan menjadikan konflik itu bertambah buruk dan berbahaya.

“Operasi itu merumitkan usaha antarabangsa untuk mewujudkan perjanjian damai di Genting Gaza,” tegasnya.

Sementara itu Presiden George W. Bush berkata, Israel bertindak demikian bagi mempertahankan diri.


hopefully, the EU will take a firm stand against the issue of the siege of GAZA...and we shall call for the Arab countries to be seriously involved in the matter..not only looking from side and wish for the best..

5 comments:

fendi said...

Sementara itu Presiden George W. Bush berkata, Israel bertindak demikian bagi mempertahankan diri....

aik? typo ke or mmg aku yg x taw? Obama mne?

redhuans said...

ermmm..buat pengetahuan sumer..Obama belum oficially angkat sumpah jadik presiden lagi..he will sit on the president's seat starting 20Jan2008..skang still Bush and konco2nyer..hehehe

Faiz Rev said...

will obama make any difference?

we'll see

i think not

di mana janji manismu said...

Second faiz...

He runs his presidential campaigns using Israel's fund...

he will backs israel, i'm pretty sure...

Oo Allah, save Palestine...amin

"Khaibar2 Ya Yahud!!!Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!!!"

redhuans said...

good question faiz rev...will there be any difference.??.hurmmmm..1 thing for sure the hands of american presidents are tight by someone with political advantages..cam tgk prison break la kan..behind the president there always be someone ordering from behind..becoz the presidents are sponsored with huge amount of money in the campaign during the election..maner obama nak carik duit kalo xder spnsor kan..and sbg org yg disponsor mesti la ikut kehendak..cam mara n kiter la..and org dibelakang tabir nih usually having kepentingan sendiri and it could be jews who's sponsoring him..who knows..and if it happens to be jewss obviously it goes on israel's side lah..

america is actually the puppet of israel..and as the puppeteers israel is pulling the string as they wish and playing the drum and america will dance to the beat..and with political,economic and technology dominance america is conquering the world...bijak x si yahudi nih..they have influence on the most powerful country and at the sametime acting innocent telling the world they've been bombard with rockets bomb by hamas..and as the act of defense they fight back by killing innocent people..lame lame lame..uih panjang plak..
x jawab soklan lagi..but i think obama will be much better compared to bushh la..maybe foreign policy dier a bit better becoz he promised his people to stop on mission in iraq and afghan..so we shall see..tp bleyh percayakah org2 kafir inih???hurmmm