Pages

Subscribe

Thursday, February 5, 2009

Lepas Geram : Kejelikan Politik Malaysia

Wahai rakyat Malaysia, lihatlah kebobrokkan politik Malaysia..jijik rasanya saat melihat kepercayaan dan amanah rakyat dibolak balikkan sesedap rasa mengalahkan megi sedappp...apa cerrrr nih..inih bukan tindakah orang yang bijak..org bijak tidak akan memperbodohkan rakyat..melihatkan situasi politik perak yang ibarat telur dihujung tanduk, menambahkan rasa meluatku terhadap politik malaysia..ini bukti ketidakmatangan politik malaysia..aper kes..org yg mengagung2kan demokrasi sendirik dengan x malunyer mencemari kesucian demokrasi...kata nak demokrasi wat la leklok kan..haiyyyaaa...ok..

Melihatkan senario politik perak pada hari ini..segalanya mungkin berlaku..mungkin pakatan rakyat masih berpeluang memerintah sekiranya pilihan raya diadakan semula dengan pembubaran DUN jika petisyen yang dikemukakan di mahkamah diluluskan..mungkin juga BN akan menubuhkan kerajaan baru atas perkenan sultan perak..mungkin juga setelah BN menubuhkan kerajaan baru dan Pakatan Rakat dengan segera menuntut undi tidak percaya terhadap MB baru atas kerana mereka masih lagi mempunyai 28 kerusi sama seperti BN dan kerusi bebas sebanyak 3...segalanya mungkin..namun jalan yang terbaik aku rasa ialah pembubaran DUN dan pilihan raya semula diadakan..biar keputusan dan hak memilih kembali kepada tangan rakyat..bukan ditentukan oleh Sultan Perak mahupun Mahkamah mahupun mana2 parti..inilah baru demokrasi tulen jika kita betol2 nak mengamalkan demokrasi...demokrasi meletakkan pilihan di tangan rakyat bukan ditangan pemerintah mahupun mahkamah..

aku meluat sangat dengan konsep melompat parti nih..x kesah la dibeli ker dilobi ker or mmg dier insaf dan mahu tukar parti ker aper ker..konsep melompat parti merupakan satu penghinaan terhadap amanah rakyat...rakyat mengundi bukan sahaja berdasarkan kredibiliti individu tp 95%nyer adalah sbb parti politik...kalo dah nak melompat parti seharusnya pemimpin tuh letak jawatan..dia sudah hilang hak dan amanah rakyat..dia x leh bertindak sewenang wenangnya ..maka kosongkan kerusi dan kalo dier nak bertanding semula atas tiket parti yang baru silakan..ini baru adilll..rakyat boleh menentukan sapa yang dier nak..aku takkan hormat pada kerajaan yg dibentuk atas kerja melompat parti..x kesah la BN yang wat ker or Pakatan Rakyat...kalo Anwar arituh berjaya wat kerajaan 16 september dengan melobi MP BN utk lompat parti..siryesss aku x kan sokong tindakan kerajaan pakatan rakyat..sbb tuh sah2 mencabuli amanah rakyat..nak wat kerajaan satu jer option dier..PILIHAN RAYA..tunggu la pilihan raya..kalo dah MP ker ADUN ker gedikss sgt nak lompat parti lompat la ko..tp letak jawatan ] MP/ADUN dulu supaya pilihan raya baru boleh diadakan..WAHAI pemimpin2 sekalian dari BN mahupun Pakatan..jangan mencabuli amanah rakyat..hormati amanah rakyat..eiii geram la lompat2 parti nih..lompat si katak lompat..lompat tergedik gedik..wahahah..

Kawan-kawan mari kita boikot org yang suka melompat2 parti nih dan boikot parti yang suka membeli MP..tak kira la BN ka PAKATAN ka..ini penghinaan buat kita semua..manipulasi politik yang kotor dan jijik...

Haaa..x abisss lagi..lepass geramm..aper kes yg ADUN Bota tuh..sat masuk sat keluaq..haiyyaaa..kalo nak wat camtuh letak jawatan laaa..patutnya dia awal2 lagi letak jawatan lepas dier keluaq BN..maka x timbul la soal dier kener ugut kaa kener beli ka kener paksa kakalo dah letak jawatan..sapa nak paksa dier utk masuk BN balek..nan ado...ini pendirian aku...xkesah saper nak sokong ker x..patutnya pakatan x yah terima kemasukan ADUN Bota nih sejak awal..mcm aku kt td la..lompat parti is a no no no..pakatan x wajar terima ADUN yg nak melompat..tp jgn salah faham..mana2 Adun bebas nak tukar parti kalo dier rasa itu yg terbaek..tp dengan syarat dier LETAK JAWATAN(haihh baper kali nk ckp bru paham)..wahaha..pastu baru Pakatan leh terima kemasukkan dier..Pakatan jgn nak tiru BN..BN beli, Lobi dan terima ja org nk lompat kita pun nak wat sama..JANGAN..TAK BOLEH..kita nnti jadik pengkhianat..mengkhianati rakyat...

BN pun jgn suka sgt bila dah tubuh kerajaan baru..bak kata Mahathir n Ku Li mmg sebenarnya ia x menguatkan BN pun sebaleknya melemahkan BN lagi ada laaa...dengan pemimpin yg ada tuduhan rasuah, nilai integriti pemimpin tuh sendirik takkan dihormati rakyat...dan kalo rakyat x hormat pemimpin takkan dier nak hormat parti...rakyat lg akan rasa tertipu..kalo nak kembali kukuhkan BN buat cara elok2 laaa..bak kata najib tunjukkan prestasi..pakatan rakyat juga jgn berhenti dari menunjukkan prestasi mantap supaya rakyat boleh menilai dan seterusnya menambahkan keyakinan dan kekuatan pakatan..

Semaoga Allah memberikan yang terbaik buat ISLAM dan MALAYSIA....

p/s:entry aku mmg la panjang..tp nak wat camner..GERAMMMMMMM....huhh..lega sket rasa...heheh

5 comments:

Anonymous said...

waaah membare btol shedot.. yep smoge islam kembali tertegak di bumi ini!
bagos2.. semua org ptt aware psl ape yg jadi kat mesia...

Anonymous said...

geram jugak..aku sokong gak pendirian ko tuh...kalau democracy namanya, biar betul2...

kadang2 orang ambil mudah urusan tanggungjawab dan amanah...ketahuilah!mengkhianati amanah itu salah satu sifat munafiq...

maka, berhati2lah wahai pemimpin2 sekalian..kedudukan anda itu di bumi cuma...dan dunia itu tak kekal lama....

(pesanan buat diri sendiri juga)

redhuans said...

terima kaseyh atas sokongan anonymous dan tanpa nama..hahahah..aku bukanlah bercakap like i'm perfect wutsoeva tp this is sumthing that is really wrong kan..so u know..hahah

AHMAD HELMI said...

bila 3 adun PR lompat parti,segala hina dan tohmahan dilemparkan ke arah BN..

tp sebelum ini apabila DSAI mendendangkan projek 16sept, yg kene postpone ke 24sept dan di postpone lg ke sebelum raye aji, dan yg terakhir mengatekan projek itu tidak penting, tiada sape dr kalangan penyokong PR yg bersuara tentang moral dan demokrasi dan amanah rakyat..malah pemimpin politik yg mengaku bertaraf ulama' pon menyokong tindakan DSAI utk menarik MP dan ADUN ke PR..

bile datuk nasa keluar umno takde sekor pon puak PR yg menentang...tp bile puak depa yg lompat..mula laa nk bersepak terajang...sampai kete sultan pon depa nk hentam..

aku bkn laa penyokong bn dan bkn laa penyokong pr..tp aku akan sentiasa amek berat tentang nasib bangsa dan agame aku di bumi malaysia...

words from rationalist,

redhuans said...

walaupun aku mmg anti dgn lompat melompat nih x kire la saper yg buat, pakatan ka BN..aku mmg x setuju dgn lompatan..tp sebagai perbandingan kita kener consider beberapa perkara...

1. Mengikut perancangan DSAI, lompatan parti tersebut bukanlah dibuat semata2 memboleyhkan pakatan berkuasa, sebaliknya apa yg cuba dibuat dgn 'melobi' MP utk lompat adalah supaya pembangkang boleh mengemukakan undi tidak percaya kpd perdana menteri supaya parlimen dibubarkan..maka pilihanraya semula boleyh diadakan dgn lebih adil apabila SPR tidak lg dipengaruhi kerajaan dan media tidak lagi berat sebelah..maka kedua2 parti boleh bertanding dgn lebih adil dan telus..itu adalah perancangan sebenar projek 16sept..maka walaupun melompat parti ini maseyh tidak aku persetujui tetapi sekurang2nya kuasa kembali kepada rakyat utk memilih..tetapi apa yg berlaku di perak adalah sangat2 bertentangan..tiada langsun niat BN utk mengembalikan undi kepada rakyat..maka sekurang-kurangnya mereka mendesak sultan untuk mengadakan semula pilihan raya..tetapi apa yg berlaku mereka lebih suka utk merampas kuasa tanpa persetujuan rakyat

2. sekurang2nya, lompatan yg dibuat oleh DSAI tidak melibatkan rasuah dan pembelian seperti yg dilakukan di perak dimana terdapat keraguan ketelusan lompatan tersebut..pertama kes kehilangan adun2 tersebut, kedua, pengakuan yg dibuat oleh adun ipoh barat mengenai cubaal membelinya oleh pihak2 tertentu..namun tidak pula kedengaran tuduhan yg dibuat MP BN cuba dibeli oleh DSAI...

3. Sekurang-kurangnya lagi, lompatan yang dibuat oleh DSAI melalui proses perlembagaan dan undang2 yang sah iaitu melobi MP utk meraih sokongan majoriti utk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap PM, dan sekiranya berlaku maka rampasan kuasa berlaku mengikut peruntukan perlembagaan dan PM dipecat melalui undi xpercaya seperti termaktub dalam perlembagaan..tetapi apa yg berlaku di perak adalah sebaliknya..MB dipecat diluar sidang ADUN dimana bertentangan dengan peruntukan perlembagaan..



berkenaan isu datuk NASA..ingin ditegaskan..aku tidak langsung menyokong proses lompatan..tetapi perlu diconsider juga..

1. sekurang-kurangnya Datuk Nasa sendiri yg berhajat utk melompat parti bukan kerana paksaan, rasuah mahupun lobi melobi..tetapi apa yg berlaku terhadap 3 adun PR yg kini menjadik bebas dan Datuk Nasa sendiri adalah ia dilakukn dengan keraguan wujudnya konspirasi rasuah dan paksaan