Pages

Subscribe

Sunday, February 22, 2009

Shedot Super Sunday : Oscar, Islam dan Malaysia…

found this interesting article..for me its interesting..hehe..for you not sure..

Oscar, Islam dan Malaysia…

Anugerah Oscar bakal membuka tirainya malam ini. Pemenang setiap kategori bakal diketahui dalam majlis yang serba mewah di Kodak Theater. Seperti kebiasaan, Kategori Filem Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita terbaik sentiasa menjadi perhatian. 2 buah filem dengan gagasan idea dan paparan menarik, The curious Case of Benjamin Button dan Slumdog Millionaire menguasi pencalonan dengan masing masing 13 dan 10 pencalonan.Tentunya persaingan yang sangat sengit. Saya sudah pastinya mempunyai calon pilihan sendiri untuk memenangi anugerah filen terbaik iaitu Slumdog Millionaire kerana dirasakan paparan file mini begitu dekat dengan setiap dari kita dan juga berbekalkan penutup cerita yang Happy-Ending sudah tentu ia menjadi wadah menghiburkan hati masyarakat kelas bawahan yang menonton file mini. Namun, disini bukanlah saya ingin berbicara tentang filem mana yang harus menang dan apakah relevannya, namun apa yang perlu dibincangkan adalah perkaitan anugerah Oscar ini dengan Islam khususnya dan Malaysia amnya.

Seperti yang diketahui umum, Hollywood merupakah propaganda barat yang paling berkesan dan ideologynya sudah berjaya menakluki hampir seluruh dunia. Katakan ceruk mana yang tidak terlepas dari cengkaman Hollywood. Disaat kita teruja melihat hasil produksi gah, mantap dan canggih dari Hollywood, kita sebenarnya terlupa kita sedang terjerat dalam kancah hedonism yang kian lama kian memakan kita.
Maka Oscar sebenarnya tidak lebih dari majlis keraian, meraikan kemenangan pemikiran hedonism yang dibawa barat. Anugerah Academy yang pada tahun ini masuk ke tahun 81 diadakan merupakan medium terbaik memandangkan ia kini merupakan sebuah jenama yang hebat yang sudah bertapak dalam diri masyarakat di segenap dunia. Anugerah Academy ditayangkan secara langsung hampir keseluruh dunia. Walaupun rating penonton makin berkurangan, namun jutaan penonton masih lagi menunggu di depan tv untuk menonton. Kehebatan majlis Oscar tentunya terletak pada kemilauan artis yang hadir dengan fesyen yang bergaya mencerminkan lagi kemenangan hedonism. Melalui Anugerah Academy, pelbagai mesej-mesej hedonism yang cuba dibawa dan diserap masuk dalam diri setiap dari kita yang terleka.

Mesej utama yang cuba disampaikan adalah melalui kemilauan persona, kecantikkan dan kemewahan artis-artis Hollywood seperti Tom Cruise, Brad Pitt dan Angelina Jolie dan ribuan lagi. Tengok sajalah fesyen evening gown yang dipakai jelitawan barat ini, cukup untuk memberitahu kita betapa menjadi artis itu menjanjikan kemewahan yang tiada tandingnya. Pakaian yang bernilai jutaan ringgit dipakai dan ditayangkan kepada umum semata-mata untuk mengaburi setiap dari kita dengan kemewahan dunia. Pakaian yang bertakhtah kan berlian permata ini pastinya membenihkan rasa dalam diri anak-anak gadis kita yang sudah pastinya secara fitrahnya ingin kelihatan cantik seperti itu. Maka lantaran itulah wujud budaya mengidolakan artis barat dalam berfesyen dan berkelakuan dikalangan generasi muda yang sebenarnya bertitik tolak dari Anugerah Academy itu sendiri.

Mesej hedonism seterusnya depaparkan melalui malam anugerah itu sendiri. Majlis anugerah ini sememangnya dilakukan pada skala yang besar. Dengan promosi yang sangat hebat dan menyeluruh, maka Oscar tentunya menjadi salah satu Event of the Year. Pada Anugerah Academy yang lepas, setiap hadirin pada malam itu diberikan goodie bag yang berjumlah ratusan ribu Dolar Amerika. Bayangkan betapa mewahnya kemilau Oscar. Dengan berhiaskan pentas yangs erba canggih moden dan mewah ia sudah cukup menyampaikan mesej kemewahan yang menyelimuti Hollywood.

Mesej seterusnya dapat dilihat melalui filem-filem yang tercalon. Gagasan proganda Hollywood memang memberikan impak yang besar dalam masyarakat. Keterujaan kita untuk mengetahui filem mana yang menang dan jika kita imbas senarai pemenang Oscar, setiap dari filem tersebut memaparkan konsep yang berbeza. Oscar mengangkat filem-filem ynag dirasakan membawa mesej yang segar dan layaknya naskhah tersebut memdapat pengiktirafan. Brokeback Mountain dan Milk yang berkisarkan isu Homoseksual sengaja menjadi isu panas mewarnai Oscar sebagai element promosi namun sedarkah kita, Oscar sebenarnya secara tidak langsung cuba untuk mebawa mesej homoseksuality secara lebih menyeluruh. Hollywood cuba untuk membawa gagasan homoseksuality dalam ruanglingkup yang lebih luas dengan menjadikan icon pejuang hak homoseksual melalui filem Milk yang sudah tentu tidak bakal membutirkan rasa inspirasi dalam setiap dari kita. Cerita cinta terhalang menjadi intipati utama Brokeback mountain cuba menyelitkan dalam hati setiap dari kita bahawa homoseksual adalah fitrah dan perasaan setiap dari kita. Maka, inilah element hedonism yang sedikit demi sedikit cuba diserap dalam diri kita. Banyak lagi ideology hedonism yang pastinya bertentangan dengan nilai islam yang cuba dipaparkan melalui senarai filem yang tercalon mahupun pemenang Oscar.

Maka, apakah kita, dunia islam perlu berpeluk tubuh, mahu terus hanyut dibuai budaya hedonism ciptaan barat untuk menghancurkan kita. Kemaraan Holywood sememangnya tidak dapat disekat lagi. Namun, masih ada ruang untuk kita untuk menceroboh masuk dan membuat perubahan. Anugerah Academy tidak melimitkan penyertaan filem-filem bertanding hanya dari Negara Amerika sebaliknya setiap filem yang bagus layak menyertai Oscar. Maka peluang ini sewajarnya menjadi medan untuk kita menceroboh Anugerah Oscar. Menyedari betapa penting dan besarnya pengaruh filem dalam zaman pada hari ini, maka mengapa kita tidak jadikan medan ini sebagai madah untuk memperjuangkan islam. Sedih melihatkan filem-filem dari asia barat yang sangat bermutu tetapi tidak mendapat tempat dan pengiktirafan sewajarnya lantaran kurangnya promosi dan usaha membawa nya ke peringkat yang lebih tinggi. Kita mempunyai pengarah-pengarah yang berkaliber seperti Majid Majidee, Yasmin Yusuf dan ramai lagi.

Mungkin juga kita kekurangan funding untuk menaja filem kita, namun kita juga mempunyai syarikat-syarikat gergasi islam yang sewajarnya menggunakan medium ini sebagai elemen marketing terbaik untuk dibawa ke peringkat antarabangasa. Kita sewajarnya berusaha menerbitkan filem untuk menyampaikan mesej islam dan menggunakan Oscar sebagai medium untuk menyampaikan mesej kita secara lebih menyeluruh. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita mencoroboh Oscar kerana kita mempunyai kepakaran dan kreativiti, maka ia sesuatu yang boleh dilakukan. Selain itu, kita juga memerlukan peranan OIC dan pertubuhan-pertubuhan Negara islam dalam usaha membawa filem-filem kita dengan mesej kita untuk di ketengahkan diperingkat antarabangsa terutamanya Oscar. Terlalu banyak filem-filem dari asia barat yang boleh kita ketengahkan diperingkat yang lebih tinggi sebagai usaha kita mengurangkan pengaruh hedonism yang dibawa Hollywood dan Oscar. Kita juga perlu memberi galakan kepada penggiat seni untuk lebih menerbitkan naskah yang bermutu, bermesej dan yang lebih penting membawa mesej islam sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Penggiat seni tempatan terutamanya perlu mengurangkan filem-filem yang hanya berteraskan cinta kosong dan komedi ringan kerana ia hanya merugikan pihak kita sendiri.

Selain itu, untuk menyekat kemaraan Hollywood dan Hedonism, kejaan perlu menggariskan polisi untuk mengurangkan kemasukkan filem-filem Hollywood ke Malaysia. Satu polisi yang menyeluruh adalah sangat penting untuk kita mengurangkan tekanan dari pihak syarikat pengedar yang pastinya membantah usaha mengehadkan filem Hollywood kerana filem Hollywood sudah pasti menjanjikan keuntungan yang lumayan. Polisi ini bukan sahaja berpeluang mengehad pengaruh Hollywood tetapi juga berpeluang untuk member lebih ruang kepada filem tempatan untuk bernafas kerana persaingan dan tekanan dari filem Hollywood sememangnya telah lama menjejaskan filem-filem kita. Namun untuk merancakkan industry hiburan tanah air supaya peluang pekerjaan sentiasa ada dan agar industry hiburan mampu menyumbang kepada ekonomi negara, maka perlunya kita membawa masuk filem-filem dari asia barat dan filem filem dari asia. sebagai menyahut seruan kempen padang ke timur yang semestinya mencerminkan keperibadian dan jati diri kita warga timur dan islam. Walaupun mungkin ada yang mempertikaikan bahawa lambakan CD dan DVD di pasaran dan juga kemudahan muat turun di internet bakal merencatkan usaha untuk mengurangkan kemasukkan filem Hollywood, namun sekurang-kurangnya ini usaha yang boleh dilakukan dan ia secara langsung member mesej yang serius bahawa kerajaan benar –benar komited menyekat kemaraan hedonism. Selain itu, lembaga penapisan filem juga perlu mengetatkan tapisan terutama terhdap filem-filem Hollywood. Banyak filem-filem Hollywood yang melablekan islam sebagai pengganas namun filem-filem ini dibiar bebas ditayangkan kepada umum. Maka, kita sendiri sebagai sebuah negara islam mengiktiraf penghinaan yang dilemparkan kepada kita. Contohi tindakan China yang mengharamkan film Dark Night kerana ia memaparkan watak orang cina dari sudut yang negative.

Langkah-langkah ini wajar dan pelu segera diambil supaya kita mampu menyekat kemaraan Hollywood dan mengurangkan kesan kerosakkan yang dibawa bersamanya.

2 comments:

Anonymous said...

salam
the article, it is written by u or u grab it from somewhere else?

well said.. i second evrything mention in the article. malaysia need to change, how? by change the people's way of thinking. Divert them from entertainment etc.. Tak yah agung2kan CT segala :P.

manusia makin jauh dr tuhan sebab terlalu dekat dgn hedonisme..

kan?heheheh..

redhuans said...

wasalam..erkkk actually i wrote the article..but since it was very long and really damn boring so i said i grabbed it somewhere..cobaan mengcover diri seorg yg burink gagal disitu..*malu2*

the way i see it, entertainment is a very good platform for sending good messages cause it has the power to influence people and reach a huge amout of targets..so u really can't neglect the power of entertainment..improvement its all it needed to make it serve the purpose better..and goverment intervention would be really2 helpfull...