Pages

Subscribe

Friday, March 6, 2009

A Malay Dilemma~~

There is one question i can't get a hell of answer out of it yet..so hopefully there's somebody can help me clarify this...this question might sound a little bit political but i'm not trying to be political or wutsoever..it's just that the 'endless event' in Perak struck me with the question..

okay..based on the Federal Constitution, to be a Malay, one of the criteria is that u have to be Islam. Therefore, i supposed as a Malay, you put you faith in Allah as the number one priority cause it is your religion. Therefore, whateva a Malay does, it should be contained between the boundaries of Islam and as a Malay you should faithfully obey the Order of God...

UMNO, is a political organisation in Malaysia who claimed their principle of belief is to 'Memperjuangkan Nasib dan Hak Orang Melayu'. If they are truly for the Malays which are Muslims then why they are so much against the Islamic Law brought up by the Opposition? Dosen't implementing Islamic Law for the Malays is supposed to be part of 'Hak dan Nasib Orang Melayu', because for me it is their right as a Malay cause they are MUSLIM..

Hurmmm..there goes my question...does anyone know the answer???Please~~~~haha

25 comments:

AHMAD HELMI said...

Mmg benar dasar UMNO memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu. Walau bagaimanapun perjuangan ini terbatas akibat penyertaan UMNO dlm Barisan Nasional kerana parti2 komponen yg lain memperjuangkan hak kaum masing2. Oleh sbb itu UMNO tidak boleh bersikap unilateral dlm apa2 tindakannya. Namun begitu UMNO masih lg sebuah parti dominan dlm BN walaupun pernah terguris status itu ketika pengharaman UMNO dan PRU 1999.

PAS sebelum bergabung tenaga dgn mana2 parti dianggap sebagai alternatif kpd UMNO. Namun PAS tidak pernah bertanding melebihi setengah kerusi parlimen yg dipertandingkan. Maka jika PAS menang semua kerusi parlimen yang dditandinginya pun, PAS tidak akan berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Islamic law has never been brought by oppositions except PAS. Namun begitu PAS telah menggugurkan perjuangan "Negara Islam"nya selama ini dan diganti kepada "Negara Kebajikan". Sekarang PAS dilihat tak ubah seperti UMNO yg telah menyertai coalition party iaitu Pakatan Rakyat. PAS juga tidak boleh memperjuangkan Islam megikut ideologinya sebelum mendapat persetujuan dr rakan parti, DAP dan PKR. Pemimpin DAP sendiri mengugut PAS tentang hasrat PAS membentuk negara Islam. Perbezaan kedudukan PAS berbanding UMNO ialah UMNO adalah parti dominan yg menjadi tunjang kpd BN dan PAS berstatus sama rata dlm PR kerana perjuangan DAP dan PKR adalah hak sama rata bg semua rakyat Malaysia.

Walaupun Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan persekutuan, belum tentu "Negara Islam PAS" dpat ditubuhkan kerana perubahan dlm Perlembagaan Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 2/3 dewan rakyat utk menyokong usul. Dewan rakyat mempunyai 222 bilangan kerusi. Perjuangan negara Islam ini tentulah hasrat parti individu, PAS yg tidak melibatkan PKR ataupun DAP. Maka PAS memerlukan 148 kerusi dlm Dewan Rakyat untuk meluluskan usul negara Islam ini. Mampukah PAS untuk bertanding 148 kerusi pada PRU akan dtg? Apa kata DAP dan PKR pula kerana PAS sudah mengambil 2/3 drpd jumlah kerusi? Sepatutnya masing2 mengambil 1/3 drpd jumlah kerusi yg dipertandingkan sahaja.

Oleh sebab itu PAS tidak akan berjaya membentuk Kerajaan Islam megikut ideologi mereka selagi mereka didalam Pakatan Rakyat. Lebih2 lg dlm PAS sendiri ada golongan Ulama dan golongan profesional aka Team Erdogan yg baru2 ini bertengkar dlm parlimen mengenai penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Harap2 ulasan ini sedikit sebanyak membantu. Dan maaf jika menyinggung perasaan sesiapa. Kerana politik bangsa Melayu berpecah dan bergaduh. Yang rugi adalah Melayu yg beragama Islam. Yg untung...ehem2..faham-faham jelah..

Anonymous said...

persoalan shedot: nape ameno walaupun memperjuagkan bangsa melayu (yg mmg associated dgn islam di msia) tak menyokong islamic law/islamic state yg dibawa oleh PAS

jwpanku: ameno..sebagai parti politik... takkan nak sokong apa yg dibawa pembangkang? so utk tunduk dan patuh kpd apa yg dibawa oleh PAS is considered politically wrong..oleh itu ameno wujudkan gagasan islam hadharinya sendiri.. itu la islamic law tajaan ameno.. dah apa yg dibawa oleh PAS tu katanya islam tajaan PAS. soal menjalankan apa yg diciptanya sendiri tu soal lain.

and helmi, from my POV, PAS' struggle for islamic law/state has not been changed at all but it was rebranded so that it's eaiser to be accepted by our masyarakat majmuk. And by joining PR, PAS wil have a better bargainig power as now PAS is seen as a very clean party with good capable leaders e.g. nizar et al. And the erdogan team which u said, it was just a term used by someone not affliated to PAS. I see them as PAS' liberal thinkers but of course within the islamic way of teaching/law.

biasa la tu berlainan pendapat dan suarakannya dalam dewan. tak macam ameno..tak gitu? mana lagi sihat?

AHMAD HELMI said...
This comment has been removed by the author.
AHMAD HELMI said...

PAS has the ambition to build their own Islamic country which because they are not recognised Islamic country brought by UMNO. However PAS did never contest enough parliamentary seat to win GE and start a new federal government. Ambition without effort can't do nothing but talking bad about others.

But since GE 2008 PAS made some new political strategy which by establishing new coalition party known as Pakatan Rakyat with DAP and PKR. If this what is so-called rebranding of PAS to attract more voters to support PAS Islamic country, I wonder how PAS will succeed when DAP is openly opposed theological country.

As said by Ameen, you are seems allowing different POV between Ulama and professional in PAS. But why you didn't recognised the difference of doctrine between UMNO and PAS. That is why Ulama in PAS which most of them support the Muzakarah between UMNO and PAS because they accept the difference of ideology between them. However this is contrary to professional in PAS which they are more interested dealing with DAP and PKR for the best of their political interest.

Datuk Seri Nizar who was Perak MB has been chosen as MB just because Undang-undang Tubuh Negeri Perak which required a Malay Muslim to be the MB. For those who observant enough to read mainstream newspaper, partisan newspaper and also independent blogs, you knew who is the first person condemning and ask other DAP state representatives to boycott the swearing-in ceremony of MB Nizar. He is YB Lim Kit Siang. Is this the bagaining power gained by PAS? Till now I don't understand how PAS is convinced that they can make the policy of the country if PR win next GE. PR members has distinct difference in ideology. Contrary to BN which they have mutual understanding which is nationalism. In Dewan Rakyat PAS has the smallest number of seat compare to PKR and DAP. Will DAP and PKR listen to PAS? You answer yourself. Be a realist, not emotional supporter of any political party.

Today PAS seems no difference from other political parties including UMNO because they together struggle in the same political race.

Undeniable Umno itself has their own problems which mainly is corruption. However punishing UMNO is not an appropriate approach because it is the individual problems. The same goes to faith to Islam. Are we going to leave Islam if any Islamic leaders do wrongs? Of course not. I'm sure you will try to repair the damage done to Islam. Today many UMNO leaders try to repair the damage done by the current and previous leaders.

I'm not denying the existence and the need of PAS in Malaysia politic. But PAS must be realistic in making team with other political parties. PAS must be truthful convinced about their policy. This is not seen today since Pakatan Rakyat is established.

FYI, I'm a non-partisan person which observe the political havoc nowadays from the independent POV. My POV is nothing to do with supporting BN or PR. But it is more how to protect the Malay and Islam survival on this beloved country, Malaysia.

May Allah bless us.

AHMAD HELMI said...

Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia di ruangan Forum pada tarikh 05/03/09.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Realiti yang tidak disedari

IKTIBAR yang boleh diambil daripada politik di Malaysia dapat diringkaskan seperti berikut:

Di Malaysia orang Islam merupakan penduduk majoriti, tetapi oleh kerana mereka tidak menikmati majoriti 2/3 mereka terpaksa bertolak ansur dengan orang bukan Muslim.

Ini terpaksa dilakukan bagi memperoleh kuasa dominan politik sebagai puak majoriti untuk melaksanakan pembangunan dan pembahagian semula ekonomi kepada masyarakat miskin yang kebanyakannya hidup di luar bandar, atau masih lagi serba kekurangan disebabkan latar belakang sejarah mereka (berikutan campur tangan British).

Sistem demokrasi sepatutnya memberi kuasa kepada pihak majoriti, tetapi seperti yang dipelajari oleh penduduk Fiji, ini tidak semestinya berlaku.

Kaum pendatang yang lebih berkuasa dari segi sosial dan ekonomi mempunyai cara dan kaedah untuk cuba menafikan hak kaum majoriti ke atas kuasa politik dan pentadbiran.

Sedihnya, realiti ini tidak difahami atau disedari oleh orang Melayu, terutama golongan muda Melayu yang menganggap diri mereka sebagai berpendidikan.

Sikap keangkuhan dan tamak mereka yang terlalu lama memegang tampuk kuasa, berserta usaha media secara membuta menerima tanpa soal prinsip-prinsip munafik Barat telah berjaya membentuk satu persepsi dan pandangan pincang terhadap pihak berkuasa yang tidak setimpal dengan realitinya.

Bukan semua yang berkuasa itu korup atau tamak malah majoritinya tidak begitu. Akan tetapi ramai yang lupa akan hakikat ini.

Di mana-mana negara sekali pun, apabila pihak majoriti kehilangan kuasa, kekacauan dan ketidakstabilan akan disusuli.

Inilah yang amat disukai oleh para penghasut. Di peringkat Malaysia siapakah penghasut itu? Adakah unsur itu berasal dari dalam negara sendiri atau dari luar.

Mengapa setelah kita mengecapi kepelbagaian di Malaysia, negara ini tiba-tiba bergoyang? Segala-galanya dibahas secara terbuka sekarang. Masing-masing mahu menegakkan prinsip masing-masing.

Apakah Malaysia sudah boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara. Jika ya, perlukah negara itu masih berbahas mengenai isu-isu kebangsaan, kebahasaan, warna kulit dan sekolah jenis apa yang sepatutnya kita hantar anak kita belajar?

Manusia terikat kepada nafsu sehingga tidak lagi boleh membezakan antara benar dan palsu.

SAHABAT

Kuala Lumpur

fendi said...

shidot....mane r ko ni...kesian kt butet ngn ameen bg respon pnjang lebau~

redhuans said...

thankss butet and ameen..tp butet, my original question was about why umno dosent wanting to implement islamic law..not about opposition stand or anything..u are not really answering the question though..

from what i know, Islamic Law(Islamic Law is wide not only hudud and qisas where hudud and qisas only applicable for muslim) is applicable not only for Muslim but also for non-muslim,..if we think back, there's nothing wrong with islamic law..in Rasulullah time, the non muslim in Madinah especially the jews, they were all embraced the islamic law willingly because the law brought justice not only for muslim but for non muslim as well..not only thst, the Islamic Law through Piagam Madinah was able to joined the various different tribes of jew whose always fought against each other, but through Islamic Law they were bound together cause it was fair for everyone..as we know the jews is known to be the most stubborn nation in history of human life..even that they can accept apatah lg chinese and indian which are more open minded..

Its not the matter of the Non Muslim party in BN would refuse Islamic Law if they truly understand it..but the thing is UMNO was never tried to explain and convince it's team in BN what Islamic Law is all about and they never really once try to brought up the issue of Islamic Law...

PAS was once agreed to join BN around 1980 but UMNO was really against the Islamic Law that Pas tried to brought up, so Pas have to pulled back and the other option was to join Opposition team..it is the best option for PAS to join Opposition because UMNO itself rejected Islamic Law for Muslim Malays..as u mentioned Pas dont even have enough sit for GE in Parlimen so that is why joining opposition seems to be the best option..and by joining Opposition Pas is trying to convince and explain to DAP and PKR what Islamic Law is all about..and despite some problems arise, but now DAP and PKR is more open of Islamic Law and they truly tried to understand as time goes by..

'Pemimpin DAP sendiri mengugut PAS tentang hasrat PAS membentuk negara Islam.'...yess it true that happens but that was back then when PAS is new in Opposition, but now we rarely heard of DAP commenting and bashing Islamic Law..this is may be due to the accaptance of the Chinese in Kelantan under PAS ruling..

Apart from that, Tuan Guru Nik Aziz himself mentioned that PAS will be automatically disbanded if UMNO is willing to accept the Islamic LAW and implement..so don't blame PAS for joining the opposition when UMNO which claimed to 'Memperjuangkan Hak Melayu Islam' acted against their principle by rejcting PAS Islamic LAW..

eh bajet x political tp nih gila political..haha.sorry..

Anonymous said...

pergh helmi..panjang ko komen
ape2 pon ..."But why you didn't recognised the difference of doctrine between UMNO and PAS".. sape kate aku tak recognise? of course therere differences between both parties but when we talk about parties, we look at the 'dasar perjuangan'.. and of course being a muslim, and berharap2 sangat dapat pemimpin yg boleh memimpin aku dunia akhirat insyaAllah.. i ought to support PAS..sorry i'm a PAS supporter..bukan non partisan. and pas is not just a political party..it's a malaysian islamic movement..mass movement mind you.

one more thing..better bargaining power la. rather than being alone or in BN.. of course you can see PAS now has a better voice. adui.
will other PR members listen to PAS? well if it's for the good of others why not. i'm still optimistic. ameno has some good leaders of course!

eh ade lagi.ambition w'out effort? pergh.. w'out effort? i dont know what to say man!dont embarrassed me.

anyway thanks shedot for this post. if u could post more postings of this kind, i would be more than happy to give my seposen dua.

fendi? ape citer? ko kene bagi pendapat gak. we need people like helmi and shedot for future leadership. takkan post video je kut hehehehehehehe :P

fendi said...

hahaha..x pe r boh~ ak mmg kje suke letak video jek r~ =P

too bad i dont really have much of a stand either in politics...guess its really not my cup of tea..hehehe~

anyway, nicely done shedot, butet n ameen! keep up d goodies!~

AHMAD HELMI said...

betul tu shedot..aku tak menjawab soklan ko dgn straight forward..tp aku menceritakan kenapa UMNO tidak mampu menjalankan Sharia Law kat Msia..ini disebabkan UMNO tak boleh bersikap unilateral..ini adalah salah dr segi pandangan Islam..berkompromi dgn undang2 Islam..mestilah tidak boleh..i admit that..but UMNO cant simply change perlembagaan Malaysia w/o 2/3 majority..unless dictatorship is there..but later PAS kate firaun plak like what happens to Tun Mahathir..

Sharia Law is very broad and not limited to hudud and qisas..Ekonomi Islam telah lama diperkenalkan oleh UMNO..diakui tidak nampak sgt kemajuannya..perlu dipersoalkan siapakah yg menguasai ekonomi Msia hari ini??Itulah sebabnya ekonomi Islam di Malaysia hari ini lembab kemajuannya berbanding conventional market...

UMNO di bawah Tun Mahathir juga telah menubuhkan UIA sebagai sebuah universiti Islam contoh di kalangan negara OIC...

PAS said now chinese and indians are more open and accept Islam under their leadership..but i wonder if there is any chinese or indian rioting in front of istana kuala kangsar during Perak crisis last month...in fact DAP has majority in Perak DUN which all of them are non malay...what are the PAS supporter do in front of the istana??protecting DAP majority in DUN??is this what we called open and accept PAS??or using PAS??

i'm pity looking ppl are shot with tear gas and all..all of them are malays..but where is PAS's DAP friend??shouldnt they go together if they are truly accept each other..

Biarpun Lim Guan Eng nk jadi saidina Umar dan mengamalkan amar maaruf nahi mungkar, tp dasar perjuangan DAP tak pernah berubah..untuk menjadikan Malaysia sbg negara sekular..dan menjadikan semua kaum di Malaysia sbg satu taraf..

Anonymous said...

islam has been misunderstood and i can only blame the muslims who don't practise islam properly for that. there is nothing wrong with the islamic state because islam will cater for all. only people who don't understand will go against it. i love the malays as i do the chinese and the indians and others in malaysia. never put one race superior to others because if you do then you'll be just like the zionist who think they are the best of all nations in this world. hmm... endless this topic will be.

Anonymous said...

hahaha...pertama-tamanya..apa yang terjadi adalah UMNO memang sedari awalnya menolak Undang-Undang Islam..PAS telah menghantar proposal Undang-Undang Islam namun ditolak mentah-mentah...Malah menteri-menteri kabinet sendiri seperti shahrizat jalil and others menghentam proposal ini dan mengecam hebat melalui ucapan-ucapan mereka...

yang kedua-duanya..UMNO tidak pernah pun cuba memahamkan diri dan membangkitkan isu Undang-Undang Islam di Parlimen..Macam mana dia tau yang takkan dapat 2/3 majoriti..buat pengetahuan semua, ahli-ahli Parlimen bebas mengundi di dalam parlimen tanpa perlu tunduk dan patuh kepada parti politik..sebaliknya dia perlu menyuarakan pendirian masyarakat yang diwakilinya..dalam konteks Malaysia, kebanyakkan ahli parlimen memilih untuk menyokong usul parti politik yang diwakilinya..Berbalik kepada isu ini, sekiranya UMNO membangkitkan isu Undang-Udang Islam di Parlimen, ada kemungkinan mendapat sokongan dari ahli Parlimen, Ahli Parlimen Pas semestinya akan memberikan undi, Ahli Parlimen Islam dibwah BN Insyaallah akan memberi persetujuansekiranya mereka betul-betul faham apa itu undang -undang islam, ahli-ahli Parlimen Islam PKR akan memberi undi mereka...dan tidak mustahil untuk ahli-ahli parlimen non-muslim memberikan undi sekiranya mereka diperjelaskan dengan sewajarnya apakah itu undang-undang islam...namun apakah pendirian UMNO??menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan..

yang ketiga-tiganya..sekiranya Mahathir menjadi Diktator(Khalifah dalam konteks Islamnya) yang membawa Undang-Undang Islam, maka saya sendiri akan berbaiah kepadanya..tetapi apa yang berlaku adalah Mahathir sendiri membuat jenaka berkenaan isu hudud.."kalau kita buat hudud habislah semua batu-batu di jalan"..adakah wajar seorang pemimpin Islam melemparkan ayat seperti ini dan membuat stigma dalam masyarakat Non-Muslim betapa zalimnya undang-undang hudud..maka apakah gelaran selayaknya buat pemimpin ini..adakah gelaran Firaun keterlaluan??Wallahua'lam..Hanya Allah selayaknya menghukum..

Apakah rasuah dan amalan riba itu dinamakan Ekonomi Islam?Apakah pemberian tender kepada kroni itu Ekonomi Islam?Apakah untuk memdapatkan tender kerajaan, syarikat yang berminat perlu membayar sejumlah wang itu Ekonomi Islam?Apakah urusan dibawah kaunter yang berlaku di Kedah sebelum pemerintahan Pas adalah Ekonomi Islam?Apakah Ekonomi Tingkat Empat(seperti cadangan Mahathir) itu Ekonomi Islam? Bukan persoalan siapa yang menguasai ekonomi Malaysia yang menggagalkan Ekonomi Islam, sebaliknya sikap rakus pemimpin2 sendiri yang menggagalkan Ekonomi Islam...Open tender yang kononya 'OPEN" akan dirembat oleh siapa yang mampu membayar lebih banyak sogokan, sudah semestinya peniaga2 islam tercicir dalam hal ini kerana mereka menekankan etika shariah dalam berniaga dalam mengelakkan rasuah dan riba..maka siapa yang seharusnya dipersalahkan jika ekonomi dikuasai olen bukan muslim dan perkembangan ekonomi yang lembab??wajarkah menuding jari kepada kaum bukan muslim jika pemimpin muslim sendiri menjadi gunting dalam lipatan...?nah jawablah sendiri...

tidak dinafikan, akan betapa besarnya sumbangan UIAM dalam perkembangan pendidikan Islam di Malaysia, namun cukupkah dengan sekadar wujudnya satu Universiti yang melambangkan Islam maka dengan itu boleh kita menutup mata kepada perkara-perkara lain yang bertentangan dengan syara'?cukupkah dengan terbinanya Masjid Kristal yang sgt cantik zahiriahnyer tetapi ruh islam didalamnya kosong tak bernyawa..hanya menjadi destinasi pelancongan??cukupkah pencapian-pencapain itu menjadi kayu ukur terhadap gagasan Islam Hadhari?Dimana perlaksanaan Islam Hadhari pada hari ini?adakah melalui lambakan realiti show nyanyian di TV??adakah dengan kebanjiran konsert2 artis luar negara menjadi kayu ukur kegemilangan Islam Hadhari?maka benarlah pendapat saudara ameen bahawa Islam Hadhari itu tidak lebih dari mempolitikkan Islam demi meraih undi dan islamic Law tajaan UMNO

tidak dinafikan, kaum cina dan kaum india tidak menyertai riot terhadap pihak istana..menyelusuri sejarah, hanya kaum melayu sendiri yang bangkit menentang Institusi Diraja..dimanakah kewajaranya kaum cina dan india untuk bangkit menentang raja yang bukan dari kaum mereka?..owh sekiranya penyokong Pas membuat riot untuk mempertahankan pemimpin yang mereka undi maka mereka tidak ubah seperti boneka yang dipergunakan..kalau begitu, bagaimana pula situasinya dalan BN sendiri..adakah MCA dan MIC terlibat dalam riot tajaan UMNO terhadap Sultan Mizan sewaktu krisis perlantikan Idris Jusuh..Dimana MIC dan MCA tatkala peristiwa Annuar Musa berkomplot dan melakukan riot untuk menjatuhkan Sultan Kelantan...Dimana mereka?Adakah mereka juga memperlakukan UMNO seperti BONEKA?hanya menunggu orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan selepasnya mereka mengaut untung??

redhuans said...

Sorry Faimee..penggunaan Chinese and Indians hanya merujuk kepada non-muslim secara general....bukan berniat untuk menjadi racist..mmg diakui pengklasifikasian itu sgt salah sama sekali..mohon maaf disitu..

AHMAD HELMI said...

ello..
kat terengganu ari tu dlm DUN nye ade bape ramai MCA n MIC..
dorg kesah ape..sbb dorg minoriti..
tp klu kat perak ari tu ptt nye dorg kesah..sbb DUN perak majoriti DAP..tp dorg sikit pon tak kesah sbb ade org2 PAS dok terbaring tgh jln utk depa..common sense ok..

one more thing undang2 islam yg korng expect dr UMNO is within one night everything change??ello, kat kelantan walaupun kerajaan suruh pakai tudung, tp bape ramai yg pakai tudung tp lengan sekerat mengalahkan lengan bj laki??is this allowed sbb kelantan PAS..so its ok..

lg satu klu korg optimis sgt DAP nk dgr ckp PAS..wanna tell u..democracy, parliment is about number..the more number u have u rule..the less u follow..this is wat happend in BN..but during 1999 malay is less which make government to allow estblishment of AIMST, KTAR..naseb baek kerajaan preserve uitm..

Anonymous said...

haluuu..adakah hanya bila kita majoriti baru kita nak kesah..so bila kita minority apa kita tayah kesah la...kalo camtuh la bab kesayhh nyer..tayah la hiraukan MCA n MIC nk ckp apa dah pasnih..lepas nih buleyhh la UMNO implement Islamic Law sbb MCA n MIC sure x kesayh sbb dorang minority..wah bertambah mudah la kejer UMNO skang..tak perlu la UMNO nak bersikap unilateral seperti cadangan saudara Helmi lg..sbb UMNO majoriti..

haluuuu...xder saper pun kata lepas Islamic Law di implement di malaysia everything will change in a night..hanya org bodowhh jer akan fikir camtuh..Sunnatullah itu ada permulaan dan pengakhiranya..kejadian bumi pun mengambil masa, bukan satu malam, kejadian manusia itu lagi mengambil 9 bulan..persoalan utamanya sekarang apakah tindakan kerajaan dalam membendung kebejatan akhlak...apakah usaha2 kerajaan menyekat kemaraan hedonisme?yang penting sekarang yang perlu dipertikaikan adalah tindakan kerajaan bukan mempertikaikan penerimaan rakyat terhadap sesuatu perkara..sekurang-kurangnya PAS menyuruh org memakai tudung..xper la skang dier pakai tudung baju lengan pendek..moga2 dengan usaha dakwah berterusan pas insyaallah in the future dier pakai baju labuh...TP..kalo kat KL plak camna???ada undang2 pkai tudung..tak der..jgn kata pkai tudung baju lengan pendek, yg pkai baju takat dada, pakai skirt takat paha tuh nak letak mana??apa plak usaha kerajaan nak suh dorang nih berubah??TIADA..kalo camtuh la alkisahnya mungkin in the future org tuh bukan stakat baju takat dada skirt takat paha entah2 pakai bikini tgh jln raya pun xmalu lg...adakah usaha berterusan kerajaan terhadap perkara ini..TIADA..maka persoalannya sekali lg apakah usaha kerajaan?melangut tunggu sehingga org bogel depan mata??(haa bapa banyak repitisi dan penekanan tuh)

PAS bersikap optimist dalam usaha cuba memahamkan golongan bukan islam seperti DAP dan sebahagian PKR terhadap keindahan Islamic Law..supaya mereka boleh menerima apabila ia dilaksanakan kelak..tp prioritinya adalah untuk memahamkan ahli parlimen yang islam terlebih dahulu(read UMNO)..kalo la yang ahli parlimen islam nih buleh paham keindahan Islamic Law, kurang sket masalahnya, mungkin tiada dah masalahnya..If the democracy is all about number than we definitely have the number..ahli Parlimen Muslim adalah melebihi MP non muslim di Parlimen, tp yg menjadi masalahnya number itu berkurang kerana ahli parlimen islam sendiri tidak mahu menyokong Islamic Law(read UMNO again)..Islam definitely can rule and not just follow if the muslim MPs realize how important to implement Islamic Law..

menjawab kepada persoaln penulis entry ini..saya merasakan UMNO bukanlah memperjuangkan hak dan nasib orang melayu seperti yang diuarkan2 oleh mereka..kerana jika kita lihat dr sudut Islamic Law yang merupakan hak utama orang melayuyang beragama islam, siapa yang memperjuangkannya??UMNO?tidak sama sekali..PAS yang selama ini memperjuangkan hak org Melayu dalam mendapat negara islam yang selayaknya diterima dan menjadi hak orang Islam di Malaysia terutamanya org Melayu kerana kita adalah majoriti Muslim..sebaliknya UMNO yg kononya 'berjuang' itu adalah berjuang menentang hak kita untuk mendapatkan sebuah negara yang kita boleh benar-benar gelar sebagai Negara Islam seperti Negara Islam Madinah acuan Rasulullah..

Anonymous said...

saudara Helmi..benar seperti kata saudara..kesatuan UMMAH itu penting...mmg tidak dpt dinafikan..TETAPI..atas dasar apa kesatuan ummah itu wujud, itu wajar menjadi persoalan utama...sewajarnya kita semua bersatu atas kalimah LAILAHAILLAH..menegakkan islam supaya islam kembali gemilang tetapi sekiranya kita hanya bersatu atas dasar menjaga kepentingan kaum sendiri maka kesatuan UMMAH yang kita impikan hanya tingal impian dan angan-angan kosong..jika kita tidak bersatu atas nama ALLAH kita tidak ubah seumpama negara Turki..mereka juga bersatu tetapi sekularismelah yang menjadi intipati kesatuan itu..maka jika atas dasar itu kita bersatu mampukah kita membawa syiar islam kehadapan??mahukah kita menjadi seperti Turki?..perkara paling utama di Malaysia adalah untuk kita membentuk kesatuan UMMAH atas dasar yang betul iaitu kerana Allah semata-mata..jika semangat Nasionalisme yang kita laungkan, maka kita hanya mengisi kemenangan Barat yang memperkenalkan semangat perjuangan berasaskan kaum ini yang tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menghancurkan kesatuan UMMAH islam kita..maka jangan sesekali kita terpedaya oleh hasutan barat..Rasulullah sendiri memperjuangkan ISLAM bukan memperjuangkan bangsa Quraisy...Rasulullah tidak pernah melebihkan bangsa Quraisy melebihi kaum lain tetapi apa yg lebih dimuliakan oleh Rasulullah adalah orang Muslim atas org Kufur,namun keadilan adalah untuk semua Muslim mahupun Non-Muslim..Kebajikan non Muslim di Madinah terjaga sama seperti kebajikan Non-Muslim..sempena Maulidu Rasul ini bersama-samalah kita hayati perjuangan Rasulullah S.A.W...wallahu'alam..sungguh banyak bercakap..moga2 percakapn ini hanya semata2 kerana Allah dan sebagai org yg bercakap dialah yg terlebih dahulu menjadi org pertama yg perlu bermuhasabah diri(sambil menuding jari ke dirisendiri)..Assalamualaikum semua..

AHMAD HELMI said...

tu laa masalah nye..ko nmpak bab tudung je..bab pendidikan, bab ekonomi ko tak nmpak..

baZzzley said...

salam 'alaikum..

pada pendapat aku,cuba kita lapangkan dada dan kita pandang PAS sebagai sebuah gerakan islam,bukan hanya sebagai sebuah parti politik.gerakan islam yang bertujuan untuk menyambung kembali perjuangan nabi kita tetapi menggunakan politik sebagai wadah@cara...perjalanan PAS untuk menegakkan islam di malaysia masih jauh dan masih panjang.tetapi PAS kan terus berusaha untuk berjuang walaupun kita terpaksa berkorban dengan segala apa yang kita ada.kesilapan biasa berlaku tetapi adakah kita hendak berpaling daripada perjuangan ini.aku teringat kata2 hassan albanna,kata2 manusia biasa boleh disanggah kecuali kata2 nabi.memang benar banyak lagi kekurangan PAS,banyak yang PAS masih kurang dalam strategi dan kini pAS makin matang dalam berstrategi(eg;negara berkebajikan instead of negara islam yang menimbulkan stigma.tetapi negara islam=negara berkebajikan sebab asas islam adalah keadilan).tetapi apa kata kita sama2 belajar tentang islam dan kita sama2 bergerak memperjuangkannya..aku tidak bersetuju dengan umno kerana dasarnya sendiri tidak mahu memperjuangkan islam dan sekarang hanya pas yang bersedia memikul amanah meneruskan perjuangan junjungan mulia rasulullah.lambat atau cepat itu urusan Allah,tetapi apa yang penting kita berusaha..kalau akhi helmi tak berstuju ngan aku,bolehlah rujuk mana2 pimpinan untuk bertanya dasar pas n rujuk pimpinan umno untuk rujuk dasar umno.kalau umno boleh ubah dasar tu kepada memperjuangkan islam yang benar2 islam bukan hanya nama islam,aku sanggup bersama2 ngan umno dalam perjuangn mereka.islam itu agama fitrah,aku yakin orang bukan islam boleh tetiam islam kalaumereka faham..

nampak macam akhi helmi bersungguh2 untuk berjuang menegakkan islam di malaysia,mungkin akhi boleh belajar tentang islam dan negara islam ngan Jamaat islami kat pakistan n india.pas sendiri pun byk blaja drpd jamaat islami.bnyak peluang untuk akhi blaja kat sana insyaallah.ya akhi kita lapangkan dada...

waallahua'lam.

hasta said...

assalamualaikum.ni 1st time aku singgah blog nih dan smgt plak nk ltak komen..hehehe.pada aku PAS memandang keahliannya dalam Pakatan Rakyat sebagai satu medium untuk memastikan suara perjuangannya didengari ramai..lebih2 lagi menerusi hadirin bukan Muslim.Kte kena igt,kesabaran adalah aspek penting dalam perjuangan.PAS masih dgn agenda Islam aku percaya,dan dengan kekuatan pakatan rakyat PAS boleh mula mendidik masyarakat Malaysia supaya tidak lagi phobia dengan konsep2 "Negara Islam,Hudud" dll.
Cuba kita lihat keanggotaan kelab penyokong PAS(buat non-muslim)yg semakin berkembang skg.bukankah tu satu petanda baik?PAS tak boleh terburu2 dalam laksanakan agenda negara Islam,kerana pelaksanaan tanpa ilmu yg mencukupi pada peringkat rakyat& pentadbir hanya akan mengundang disaster..
Kita jgk xleh lupa yg Pakatan Rakyat masih muda jika nak dibandingkan dengan BN.Masih perlu banyak diskusi antara pemimpin ketiga2 parti.Apa2pon aku percaya ada 2 kemungkinan:1) sama ada DAP akan lebih bertolak ansur terhadap certain2 elemen Islam yg ingin dibawa PAS seperti Hudud untuk Muslims; atau 2)PAS akan keluar PR jika merasa perjuangan mereka terlalu dikompromi dalam PR. Apa2pon aku senang mengatakan yg setakat ni semakin byk non Muslim semakin senang dgn PAS dan itu petanda baik buat survival PAS pada masa akan dtg..

Unknown said...

Perlembagaan UMNO Fasal 3.3
Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

redhuans said...

saya sgt bersetuju dengan pandangan encik hasta..Pas semakin bijak berstrategi..dari konsep negara islam yg meninggalkan phobia dikalangan non muslim dan muslim sendiri pun ada, kepada negara kebajikan yang kedua2nya adalah sama pada dasar dan doktrin nya cumer berbeza perkataan..pandangan incik hasta berkenaan PAS dlm pakatan rakyat juga sgt dipersetujui saya..hehe..

to Ayee: perlembagaan atas kertas mmg nampak cantik..tp sejauh mana pelaksanaanya anda nilaikan sendirilah..apakah definisi 'Menegakkan Islam' dari kaca mata UMNO?? Saat PAS ingin tegakkan hukum Islam hudud tp UMNO sendiri membantah usul tersebut dan saya kira itulah definasi 'Menegakkan Islam' UMNO

p/s: Sorry terkasar bahasa ker..aku sehari nih dok pum pang pum pang nih..awat ntah..lotih sudeyhh..cuak nak exam gamaknyer..nih kalo Dato' Noh Omaq baca nih mau panggil aku balek serta merta..haha..

Unknown said...

assalamualaikum..

1. nk tanya siket.. betul ke org cina smakin senang dengan pas sbb deorg suka dgn perjuangan pas menegakkan islam?

2. ke sebab mereka makin senang nak beli rumah kat PASIR PEKAN, PASIR HOR, PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU.

3. kalau masa umno kat kelantan dulu, UMNO menjungjung titah almarhum sultan muhammad ke4 sprti termaktub dlm undang2 tanah negeri kelantan, yg kata sape2 bukan org kelantan takleh beli tanah kat kelantan. apetah lg org bukan melayu.

4. tapi skarang, tgk pesen, bile org bukan melayu nk beli tanah, caranya cukup senang.. buat rayuan, masuk meeting exco.. pap! rubber stamp LULUS! hehe...

5. yer lah, kalu dulu, org melayu besut yang dah menetap kat kelantan lebeh separuh umur dia pun takbleh nk beli tanah kat kota bharu(skaran pun takbleh lg, sbb bukan org PAS).

6. tapi skarang.. org cina PERAK pun boleh beli tanah kat kelantan.

7. betul ke sebab mereka paham dengan perjuangan islam yg dibawa gerakan islam malaysia tajaan pas? atau faktor pemilikan tanah?

8. lagi satu kan, kat kelantan kita tgk banyak tokong besar2 kan. walaupun ikut garis panduan perancangan bandar dan desa, tokong2 besar tu patut nya tak lulus. tapi bila masuk meeting exco(tau2 lah exco tu sape,ok?) pap! LULUS.. haa.. mane nye tak sokong.. hahaha..

9. ke, dah mmg hak mereka ikut undang2 islam, mereka boleh buat tokong besar2 mane pun, walau melanggar peraturan dan garis panduan perancang bandar, walau menimbulkan kesesakan lalu-lintas(pastuh pikir snediri lah akibatnye) walau menimbulkan ketidaksenangan penduduk sekitar?

10. atau pun itu hak mereka yg terus menerus undi pas masa pilihanraya?

p/s:
kalau entri ini berbaur racist.. sy sekadar menyatakan kebenaran.

kalau komen lari dari entry sebenar, sy skadar respon kepada sape2 yg kate org cina(sorry faimee bukan nak jd racist) suka pas sbb deorg menerima pas.

baZzzley said...

salam yie...

1.pandangan peribadi aku la ni(you can beg to differ),sepatutnya sapo2 pun buleh beli tanoh sbb muki bumi ni hok allah.ore cino ko,india ko,makhluk allah jugok.pah bakpo sultan tok sir wi jual tanah ko org cina,sultan ko buat muko bumi nih???dalam islam pun hak org kafir zimmi yg bayar jizyah srupo nge org islam(kalau salah tulun betulkan).

2.kalu dok puah ati nge pimpinan pas klatey,make an appointment nge exco klatey.g kecek nege dio.aku pernah masuk pejabat mb jupo tuk guru yie.su tuk guru crito bakpo klatey dok byk pitih sbb umno sekat byk bendo di klatey nih,eg:umno dok wi wat loji penapisan gas di klatey n sanggup wat paip g alek siam dr ganu semato2 dok sir support klatey.pahtu dio cito yg pembangunan dr pusat dok masuk thru kerajaan negeri.pusat wat pejabat sdiri uruskan pembangunan(kalu xdop pembangunan salahkan kerajaan pusat k).dok payoh nk jupo nge exco klatey nih.aku oyak nih sbb aku rajin masuk pejabat mb kecek nge su dio yie.

3.wat tokong besar tuh jd sesak lalu-lintas.eh setahu aku dop rajin jem tumpat pat aku tuh.tp aku tok tahu la pasal panduan perancangan bandar.maybe buleh ty exco pah ni.ustaz nik amar ado sokmo ceramoh jumaat,buleh la nk g kecek nge dio smeta pas ceramah.aku dok redha nge agama mereka tp hak mereka untuk buat tokong tuh aku tak boleh nak nafikan.

waallahua'alam.pandangan aku jah nih.

Unknown said...

salam li..

1.tanoh hok sultan tok wi jual ko cina tuh, tanah rezab melayu li. yo lah, sultan pun, kena jaga hak rakyat2 dio jgk key. kalu kita tgk, zame dulu2 berapo kerat jah oghe melayu hok banyok pitih nk beli tanah2. hok ado tanoh byk2 jame ritu, sbb dio oghe seney jak jame ritu lg. ataupun dio jenih peneroka. pah kalu hok kurang bernasib baik, guano. kalu kita byang, kalu ada org nk jual tanah, pahtu, mesti hok ado pitih beli key.. ado pitih gak oghe2 nego lah, cino2 lah dok... mugo dio ado keda mace2. gituh lah li.. mmg hak semua makhluk allah buleh beli tanah. tp aku sentuh dari sudut pemilikan hartanah dan ekonomi islam melayu. kalu org islam melayu takdok habih tanoh dio guano? nk tggu baitulmal tulung beli ko plok. aku mikir kok tuh li..

2. li, pasal UMNO sekat pitih aku stuju dalam tok setuju li. mmg ado byk jgk hok umno(hok aku tau annuar muso, byk sekat projek nk masuk kelate) sekat. tapi byk jgk hok umno bagi. key sblm pencen dr.M bg 700juto(kalu salah tlg betul) ko kelate.. paling byk hok kerajaan pusat rajin bagi. bukey ko tok guru oyat sediri hok tuh dale interbiu. lepah tuh ado ECER, ado tokBali, dan byk lg projek kerajaan persekutuan.
lepas tuh, pasal minyok tuh. nk betul siket.. hok wat paip g alik siye tuh, mmg blok minyok alik tanoh negaro thailand.tokkey nk wat naik alik pata senok kot? ko guano? lamo jadi mace kuwait nga iraq plok lah. tapi, tidok di nafikan jgk, ado blok minyak alik tanoh kelate. cumonyo petronas tok korek wat naik lagi. tggu maso jah bakali. kalu kos nk wat telaga nga loji penapih lagi tinggi dari hasil minyok, tok guno jgk kito wat naik deh? mugo satu telago minyok tuh 150juto dolar amerika doh.. nk wat paip lagi.. nk wat loji supo demo mitok tu lagi.. kalu nk korek ikut jupo, bengkrap petronas. bukey ko kito kena bijaksana dalam engurusan sumber?
(sumber: peg. petronas carigali)

3. owh, tokkey besar hok aku maksudkan tuh bukey tokkeong tupat li. tokkeong tupat takdok masoaloh mugo tanoh dio luas. tokong hok aku kecek nih hokkat rumoh aku nga 2,3 tpat lain lagi lah. contoh hok kat rumoh aku aku ulas dulu. mugo nnati sney, kalu mu nk tgk, aku buleh bowok mu gi. kat rumoh aku sajo ado duo doh tokong lonih li. kawase hok ramai melayu jadi buleh ado 2tokong. mu bayang lah li. kalu ikut garis panduan, pembinaan rumah ibadat kena ikut faktor kepadatan penduduk. tapi tok logik aku rasa kepadatan penduduk kawase tuh layak untuk buat 2tokong. sbb peg. perancang bandar sendiri oyat katku, benda nih tok ikut garis panduan. so lagih key li.. kalu nk membina bangunan.. dio ado syarat dio.. contoh lah key.. kena ado jarak2 tertentu bangunan ke pagar dio tuh. mace 7kaki dr sempadan depan. 3 kali tepi. 5kali belakang. haa gituh lah maksud aku. tapi aku tgk, tokong kat rumoh aku tuh, bangunan dio gi buat atas pagah. makno nyo takdok jarok antara pagar dgn bangunan. tapi lulus jgk. walaupun, pej. perancang bandar tok stuju. pasal jem jale tuh, aku rujuk kat kawase rumoh aku jgk. skali nya acaro, tutup jale. tokleh lalu oghe. ho mugo sek wat acaro nyemboh atas jale. mugo kawase dale tanoh sendiri dio g wat bangunan penuh habih doh. rapat jik pah ko lokey bangunan. pah nk pase2 bedil ko gpo wat atas jalan oghe rmai.. pah jaid jeng habih jale.

waallahua'alam.pandangan aku jah nih.

hasta said...

Berbalik kepada statement ayie di atas..

1)Kelab penyokong PAS bukan dianggotai oleh non-muslim Kelantan saja.Lainlah kalau fenomena ni berlaku secara khusus di Kelantan saja.Lagipon,katela mmg SEMUA non muslim yg sokong tuh mmg nk tanah Kelantan saja,kenapa?Apa takde lagi ke hot properties kat Malaysia nih?Kat Iskandar ke,Koridor pantai timur pon bukan khusus kat Kelantan jer.Jadi aku rase tak logikla teori tuh.

2)Aku sememangnya tak faham kebijaksanaan Baginda Sultan Kelantan dalam hal nih(tgok,aku respek Sultan tuh!).Aku pernah dgr dari bapak aku dulu,satu mase dulu PKNS tak bagi non Selangorians beli properties diorg.Aku rasa xde pekdahnye buat gini.Cuba bayangkan kalau projek perumahan besar2an dibuat di Kelantan,tapi anak2 Ktan xmmpu nk bli( kerana kemampuan ekonomi terhad cthnya).Sape rugi?SEMUA rugi.company& kjaan Ktan rugi.Kalau non-Kelantanese bleh bli,at least kjaan Ktan akan untung sebab cukai.Kan lagi bagus gitu?Duit tu nnt guna utk pembagunn Ktan jgk..