Pages

Subscribe

Monday, March 23, 2009

Renungan Di Era~~~:Edited version

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin wa Sayyidi Umurid Dunya wad Deen, Amma Ba’d,

Assalamualaikum again,hahaha...i'm tired of writing today..been writing since morning in others blog..making nonsense comments..haha..pity the blog owners having had to read my lengthy comments..Sorry Lan..hiihih..so i just copy and paste a short artikel about solat..huhuh..takut2..teringat dosa2 lampau dan akan datang..Oh Allah please forgive all of our sins...amin..oh lupa..intro diatas bukan intro nk bagi khutbah yerrr..faimee ajar kalo nak menulis something Rasulullah start dengan basmallah, tahmid, and amma ba’du before going into ur writings; end them with wallahu a’lam meaning allah knows the truth...hihi..so aku copy paste dr faimee nyer entry lahh nih..mmg kejer org malas...heheh..

Renungan: Hukuman meninggalkan solat
Dalam Sebuah hadis disebutkan, " Sesungguhnya orang yang selalu menjaga solat wajib
niscaya akan dikurnia oleh Allah dengan 5 karamah

1. Ditepis darinya kesempitan hidup
2. Dijauhkan ia dari azab kubur
3. Diterimakan padanya catatan amalnya dengan tangan kanan
4. Dia akan melewati titian Sirotol Mustaqim seperti kilat menyambar
5. Dia akan masuk Syurga tanpa hisab

Sebaliknya orang yang menyia-nyiakan solat sescaya akan dihukum oleh Allah dengan 14
hukuman, 5 didunia, 3 ketika mati, 3 dialam kubur dan 3 lagi ketika keluar kubur

5 Hukuman Dunia

1. Barakah dicabut dari hidupnya
2. Tanda orang soleh dihapus dari wajahnya
3. semua amalan yang dikerjakannya tidak akan diberi pahala oleh Allah
4. Doanya tidak akan diangkat ke langit
5. Dia tidak mendapat bahagian dari doa orang-orang soleh

3 hukuman ketika mati

1. Dia akan mati dalam kehinaan,
2. Dia akan mati dalam kelaparan
3. Dia akan mati dalam kehausan

Meskipun ia diberi minum air seluruh lautan dunia, semua itu tidak mampu menghilangkan dahaganya

3 Hukuman Kubur

1. Kuburnya menyempit sehingga tulangnya ringsek tak keruan
2. Dinyalakan disana api yang membara siang malam
3. Dia akan Dihidangkan kepada seekor ular bernama as-Syuja' al-Aqra'.

Kedua bola matanya dari api, kuku-kukunya dari besi, danpanjang tiap kuku itu sejauh perjalanan satu hari. Ular itu terus menerus melukai si mayat sambil berkata, "akulah as-Syuja' al Aqra'!". Suaranya bagaikan gemuruh halilintar. "AKu diperintahkan oleh Rabb'ku untuk memukulmu atas kelakuanmu yang menunda-nunda solat subuh sampai terbit matahari juga solat zohor yang kau tunda sampai masuk waktu Asar, juga atas Asar yang kau tunda-tunda sampai maghrib, juga atas maghrib yang kau tunda-tunda sampai Isya' dan atas Isya' yang kau tunda-tunda sampai subuh." Setiap kali ular itu memukulnya , ia terjerembab ke bumi sedalam 70 hasta. Demikian keadaanya sampai datangnya hari kiamat.

3 Hukuman Selepas keluar dari kubur

1. Hisab yang berat
2. Kemurkaan ya Rabb
3. Masuk neraka

Hadis ini dipetik dari buku Dosa-Dosa Besar karangan Imam Abu Dzahabi...


p/s : mode alim2 nak exam...ala2 entry amir hazwan yg menginsafkan itu....*sepohon kayu daunnya rimbun*...tetiba..pesanan khidmat msyarakat ini dibawakan oleh era untuk shidot supaya jgn tinggai semayang dan rakan-rakan..wallahu'alam

7 comments:

HANIS NASA said...

hurmm..penah dengar..ni from hadith ke?

baZzzley said...

naseb baik hanis ty..aku pun baru nk ty bende yg same,,ade sumber ke ni??hadis ker??grea

redhuans said...

adeyhhh saya copy paste dr internet aaa...sorry2..sat no nak chechk..kalo x jumper tukar..heheh..sorry nek lorry yaaa

redhuans said...

okay memandangkan saya gagal mengesahkan kesahihan petikan tersebut kerana walaupun ia glamour dan selalu didengari tetapi ia tiada sumber Hadith sohih..berdasarkan kajian saya ia merupakan andaian setengah para ulama’ berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang..maka utk mengelakkan sebarang kekeliruan maka saya menukarkanya dengan sebuah hadis sohih..

Amir Hazwan said...

apa2 pun mari kita amek intisari rancangan eh tazkirah shedot itu. jangan tinggai solat, yg solat cukup 5 waktu mari solat di awal waktu ye kawan2. mampu solat dgn khusyuk? *pengsan* semoga kita mendapat hidayah~ amin,,

HANIS NASA said...

hehehe..iye2..pengajarannye mmg penting kawan2..btw,,shidot,,aku rs cam penah dgr yg solat asar tu kat tv3 (time masuk waktu solat tu)..tp x igt hadith riwayat ape..penah try cari tp x jumpe jugekk..
ape2 pon thanks 4 the reminder :-D

redhuans said...

tuh laaa..aku jumper jugak satu dua hadis yg seiras2 tapi terpisah2..dia sebenarnya bukan dalam satu hadis tp gabungan hadis-hadis...dan perhitungan itu dibuat oleh ulama berdasarkan hadis-hadis yg berasingan..sbbkan limited sources susah nak kenal pastikan kesahihannya setiap satunya..so utk bermain selamat, hindarkan yg syubhah dan x pasti..ehhehe