Pages

Subscribe

Friday, March 13, 2009

Solat Jumaat

Found 1 artikel about SOLAT JUMAAT...

Gambar sekadar Hiasan: Pada yg xtau nilah Masjid Zahir kt Loq Staq..kedah maju 2010*tetiba


Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

1. Allah ciptakan Adam a.s,
2. Allah turunkan Nabi Adam a.s ke bumi,
3. Allah mematikan Nabi Adam, dan
4. Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

Dalil Wajib Menunaikan Solat Jumaat

Dari segi syarak, solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah dalam waktu Zuhur, pada hari Jumaat di masjid atau tempat-tempat tertentu dan didahului dengan dua khutbah. Hukum solat Jumaat ialah fardu ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya seperti beragama Islam, akil baligh, berakal, merdeka, bermastautin dan tidak sakit. Oleh itu, jelaslah bahawa solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap umat Islam kecuali hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (Al-Jumaah: 9)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Dan barang siapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya.”

Kelebihan Solat Jumaat

1. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat, maka baginya di sisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid."

2. Pada hari Jumaat juga, Allah s.w.t mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah s.w.t berfirman yangbermaksud:
Wahai malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Maka berasa malulah sesiapa yang bergelar lelaki yg sengaja meninggalkan Solat Jumaat dengan sengaja tidur berlebihan, bercanda ria di pusat membeli belah, berkepit bersama kekasih dan pelbagai ragam lagi. Marilah kita bersama2 mengejar pahala 100 mati Syahid(tayah pegi Palestine pun insyaallah dpt pahala syahid) dan berlumba-lumba ke masjid supaya 'Dosa kita diampukan ALLAH SWT...Hanya seminggu sekali menyahut ganjaran Allah...SANGAT-SANGAT MUDAH kan??hehehe..

No comments: