jumpa artikel nih di AtapHijau.com....hiihi
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim main guli, semua ramai-ramai pakat main guli…aku akan pulun ajak ayah pergi ke kedai untuk membeli guli untuk dipertaruhkan di medan bulat atas tanah..sasaran ku tuju, guli-gulian ku perolehi…setelah beberapa bulan, musim guli pun tamat…guli-guli yang beraneka warna tu aku letak bersepah2…akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim guli akan tiba lagi dan aku akan kembali mencari guli-guli ku untuk dipertaruhkan….
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim terjun sungai, semua pakat ramai-ramai terjun sungai…aku akan pulun mencari seluar pendek dan mengajak abang-abang dan kawan-kawan ku ke sungai…mak kata bahaya tapi aku pergi juga..zaman kanak-kanak, cabaran pasti ku suka…terjun sungai pelbagai gaya, bila dah besar nak berenang pun masih tak kena gaya, terkuak2 dalam air mengapung haramnya tidak…setelah beberapa bulan musim terjun sungai pun tamat, seluar pendek ku campak entah kemana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan seluar itu akan ku cari untuk bermandi ria di sungai lagi
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim laying-layang, semua pakat main laying-layang…aku akan pulun ajak ayah pergi beli layang-layang doraemon kesukaan ku berharga 50sen …bila pulang, benang ku simpul sebagai layar, tali ku lempar sebagai pelayang…layang-layang terbang tinggi, aku pun gembira sakan…jika layang-layang tersangkut dipokok, selipar kulempar, mujur selipar juga tak tersekat. Hampa kupulang kerumah, menyuruh abang membuat laying-layang dari surat khabar…setelah siap ku terbangkannya ke langit…setelah beberapa bulan, musin daun-daun getah dan angin pun tamat menandakan musim laying-layang pun tamat…benang kulempar jauh, laying-layang kubiar sangkut dipokok..akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku ker ana dia tahu, pada tahun depan musim itu akan kunjung lagi dan aku pasti tercari-cari sang benang
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim main khemah-khemah di kebun getah belakang taman, semua pakat berkhemah di dalam kebun getah…akan ku ajak ayah membeli khemah dan mainan untuk dibawa kekebun getah belakang rumah..bersama teman, kami bina khemah dan malam tidur dirumah juga…bila lapar kami pulang kerumah bawa bekal makan di khemah…di khemah kami main kereta mainan, main biji getah, dan dengan nakalnya kencing dalam bekas menadah getah penoreh getah sehingga di kejar satu taman dengan lastik getah..namun bila musim main khemah surut, khemahku entah jauh dipelosok mana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim khemah akan tiba lagi dan aku pasti berkepinginkan sebuah khemah…
Masih segar ingatanku 3 bulan lalu…
Saat Palestine dibedil Israel, Demonstrasi memenuhi jalanan, amarah memuncak kelangit, doa’ berutus tak putus-putus Sidratul Muntaha, Tabung bergolek-golek mencari derma…aku suka, aku gembira melihat suasana kaum muslim..Ku lancarkan program mencari derma, ku layarkan kertas-kertas bernota sengsara, Ku bidas musuh-musuh bertulang dusta…aku syukur, aku redha, aku gembira…
Masih segar dalam ingatanku sebulan lalu..
Demonstrasi dianjur kafirun lagi, aku sedih, aku gembira..hari mendung menyejuk sukma, menanti rakan seperjuangan dengan peuh redha..datang menjelma walau tidak seramai mana, tapi aku gembira, aku redha..Kata-kata semangat masih bergema di jalan raya, walau tidak lagi mampu menggegar sukma, namun masih mampu memberi walau sezarah mesej untuk yang buta..
Masih segar ingatanku lewat tengah hari lalu…
Hujan gerimis menyejuk jiwa, menanti rakan seperjuangan yang tak kunjung tiba…aku menghitung detik untuk sama-sama melaungkan kata-kata penuh makna..membebaskan Palestine dari musuh durjana..tapi ku hampa, kerana penantian satu sia-sia, rakan-rakanku entah kemana..yang datang hanya sekerat Cuma..
Musim Palestine makin menghampiri waktunya..namun, aku bukan lagi kanak-kanak hidup bersulam gembira..aku dewasa beramanahkan Islam Yang Mulia..Islam dan Palestine bukan hanya pada musimnya, tapi perlu dilarut dalam sukma..mak tiada disini untuk mengutip sisa-sisa, tapi aku sendiri harus menyusiri jalan-NYA…aku tidak boleh mengikut musim guli, laying-layang, terjun sungai dan khemah…perjuangan ISLAM tiada surut musimnya seperti permainan kanak-kanak..sentiasa membara, sentiasa bergelora..
Namun kini aku redha, kulihat tabung derma disisi mejaku, kosong nilainya..mak tiada disini untuk menyimpannya buatku jika musim Palestine tiba lagi tahun hadapan, aku sendiri harus menggunakannya setiap masa supaya ku tidak lagi lupa…rakan-rakan, perjuangan itu tidak bermusim seperti permainan kita kecil-kecil…
Saturday, April 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment