Pages

Subscribe

Tuesday, May 19, 2009

Hadiah Mahkhota Perhiasan Syurga Buat Ibu

'Selamat Hari Ibu kepada mak di kampung'...ada gaya buat ucapan macam kt radio x?hahah..walaupun Hari Ibu dah berlalu lebih seminggu tp xterlambat untuk masih mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu...Dalam seumur hidup nih, tak pernah sekali pun aku wish Selamat Hari Ibu pada mak, xbiasa agaknya..sejak dari kecil, xpernah nak raikan Hari Ibu..Wish pun xpernah apatah lagi nak bagi hadiah kan..tp bila adik2 aku dah masuk sekolah dorang slalu bg Hadiah Hari Ibu kt mak..Mak mesti Happy..tapi aku nak bg malu la plak sbb xpenah dok bagi..org2 kampung mana tau hari ibu tuh apa..hari ibu tuh bila pun aku tatau..dah sampai Cork nih bru aku tau sebenaqnya bila hari ibu tuh..

hihihi..walupun xpernah bagi hadiah kt mak berupa barangan material tp aku berazam untuk menghadiahkan kepada mak Sebuah Perhiasan Mahkhota Syurga di akhirat kelak..penat mak melahirkan dan membesarkan aku..mesti lah aku nak hadiahkan yg paling best utk mak...arituh terjumpa kisah hadith nabi nih kt internet..

Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?”

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu: “Adakah kamu al-Quran?” Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab: “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.

Kisah ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’adz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya,
Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus daripada pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.”
(Riwayat AbuDawud)

Masih belum terlambat untuk memberi hadiah Hari Ibu utk mak..walupun hadiahnya bukan didunia, tp harap mak bersabar menanti hadiah dari anakmu nih..itulah sebaik-baik hadiah yang boleh dibagi utk mak sempena hari ibu nih...so kawan-kawan marilah kita menanam azam untuk memberi hadiah mahkhota perhiasan syurga buat ibu bapa kita..hadiah didunia takkan kekal, tapi kebahagian syurga kekal abadi..itu yang lebih baik..maka marilah kita banyak2 membaca alquran dan mengamalkannya supaya kita dapat memberi Hadiah Hari Ibu yang terbaik utk ibu2 kita..aku tak mampu memberi segunung emas permata dunia untuk membayar jasamu melahirkan dan membesarkanku, tapi Insyaallah aku mampu menghadiahkan intan permata terbaik di Syurga buatmu..adakah Hadiah Hari Ibu lain yg lebih baik selain dari Syurga buat ibu??...walllahu'alam...

No comments: