Pages

Subscribe

Saturday, May 23, 2009

A Malay Dilemma : Kebangsaan


HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : IBADAH Akidah
Tajuk :
Mereka Bukan Umatku!
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”
(Muslim)




Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

hurmmm..if based on the hadith, doesn't it clearly mentioned that nationalism is a definite prohibition??even rasulullah does not regards those being nationalist as his Ummah..what else is there for u to choose other than Islam??...or am i interpreting it in the wrong way or sumthing...please enlighten me if you hv any other explaination that does not justify my statment..hihi

1 comment:

suhailsufian said...

sedikit pembetulan maksud. Yang dimaksudkan bukanlah kebangsaan cintakan bangsa, Tetapi dari matan hadis = assobiah. Semangat bangsa yang membawa kepada benci bangsa lain. Itu merupakan takrif assobiah dari hadis, berdasarkan fathul bari karangan Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolani.

Cintakan bangsa suatu sunnah,dimana rasulallah sendiri didlm sirah menzahirkan cintanya pada QUraisy, tapi yg ptg bkn sampai menimbulkan kebencian pada yg lain.

Boleh juga difahami dari hadis tadi. Kerana syarat kebangsaan yang ditolak(berdasarkan hadis) adalah berperang kerananya, kerana dlm perang satu sahaja matlamat yg dibenarkan = ISLAM.
Jadi tidak boleh terus meletakkan cinta bangsa salah.

Ana nmpk kena bezakan cinta bangsa dan assobiah, maksud dia hampir sama tapi sgt berbeza.

Untuk lebih faham bab ni boleh baa keterangan Imam Asy-Syahid Hasan Albanna dlm himpunan risalahnya dlm bab dakwatuna.

sekadar perkongsian.
salam ukhuwwah dari mesir.