Selamat hari jumaat dan selamat berpuasa..hehehe..kali ini kita kongsi sket tips ramadhan iaitu berdoa..
Adalah sangat2 digalakkan untuk umat islam supaya selalu berdoa hanya kepada ALLAH..Doa itu adalah senjata utama orang Mukmin..so apa lagi..mai pakat ramai2 berdoa..mintak laa nak mintak apa2 pun..hehe..
Firman Allah:
Firman Allah swt:
وقال ربكم ادعوني استجب لكم
“Dan berkata Tuhanmu : Berdoalah kepadaku , pasti aku memperkenankannya.” (40 : 60)
Namun, Allah senantiasa melebihkan dan memuliakan Ramadhan dan orang2 yang berpuasa
Nabi saw bersabda:
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر ، والإمام العادل ، ودعوة المظلوم
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang dizalimi.”
(Hr Tirmizi dan Ibnu Majah)
Maka, buat kita yg sedang berpuasa, selalu2 lah berdoa..
Tetapi ada pula waktu2 yang mana adalah lebih mustajab untuk kita berdoa..ini adalah berdasarkan Hadith2 Rasulullah..
1. Ketika Berbuka Puasa
Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".
2. Selepas Solat Fardhu
Para sahabat bertanya “Diwaktu manakah doa lebih mudah untuk diterima?”
Baginda saw menjawab:
جوف الليل ودبر الصلوات الخمس
“Ditengah malam dan selepas solat fardu lima waktu.” (Hr Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)
3. Di Sepertiga malam
Nabi saw bersabda:
ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث اليل الأخير يقول : من يدعوني فأستجيب له من يسألني فأعطي له من يستغفرني فأغفر له
“Allah swt turun (rahmatnya) pada setiap malam ke langit yg dibawah sekali ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Sesiapa yang berdoa, pasti aku akan menerima doanya, sesiapa yang meminta pasti aku akan memberinya siapa yang meminta ampun pasti aku ampunkannya. (Hr Bukhari dan Muslim)
Maka Marilah pulun2 sket berdoa di bulan Ramadhan ni yer incik shendut..hihihih...
Bak kata Tagline Melodi : Kurangkan Kontroversi (read : DOSA), Tingkatkan Prestasi (read : PAHALA)
No comments:
Post a Comment