Pages

Subscribe

Tuesday, November 24, 2009

Mother Teresa mencari Redha Tuhan...Kita???

*Artikel ini dipetik dari www.ataphijau.com...lawati laman ini untuk dapatkan artikel-artikel bermanfaat setiap hari*

Assalamualaikum wbt..

Semasa usrah tadi, saya begitu tertarik dengan perkongsian sahabat kita mengenai tokoh wanita yang beliau sangat kagumi, iaitu Mother Theresa.

Antara sebab mengapa beliau mengagumi Mother Theresa ini adalah disebabkan simplicity beliau dan sifat beliau yang sangat penyayang. Antara quote beliau yang begitu menyentuh hati saya adalah “No matter who says what, you should accept it with a smile and do your own work.” Hal ini berkaitan dengan pendirian tegas beliau yang menentang aktiviti pengguguran anak dalam kandungan dan kes penceraian. Beliau tidak mudah terkesan dengan tohmahan dan cercaan masyarakat yang mencemuh beliau kerana kerja-kerja kebajikannya. Menjadi norma bagi segelintir masyarakat yang tidak betah duduk kerana ada pihak-pihak yang berusaha melakukan kebaikan. Ada sahaja yang akan dilakukan bagi mematahkan semangat sahabat-sahabat yang berjuang untuk mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Sindiran yang terang-terangan ditujukan kepada sahabat-sahabat kita ini kadang-kadang boleh menggugat kekuatan sahabat-sahabat kita untuk terus berjuang (mungkin saya sahaja yang rasa sebegini). Tapi apa yang kita cari sebenarnya? Redha Allah atau redha manusia?

Haa.. itulah sebenarnya yang saya nak kupas kali ini. Saje je nak start dengan quote Mother Theresa sebab saya rasa perkongsian ilmu itu sangat digalakkan. Walaupun beliau bukan Muslim, tidak bermakna apa yang beliau katakan itu salah. Mungkin kita boleh mencontohi beliau dan berazam untuk menjadi seorang yang lebih baik dari beliau. Berbalik kepada soal mencari keredhaan.. Mana yang kita nak cari sebenarnya? Redha Allah atau redha manusia? Saya bagi contoh la (bukan untuk mengaibkan ye) .. Ada seorang hamba Allah ni, kelas bermula jam 9 pagi, solat Subuh pukul 6 pagi tak bangun , tak buat pun. Tapi bila jam 8.40 pagi, kelam-kabut bangun mandi dan terus pergi kelas. Tak pelik ke? Kelas boleh pergi, tapi solat yang terang-terangan disebut dalam Al-Quran tentang kewajipan melaksanakannya tu boleh pula dipandang sebelah mata. Nak cari redha lecturer (keberkatan katanya..) tapi redha Allah terhadap kita dalam menunaikan kewajipan sebagai hambanya bagaimana? Suka untuk saya kongsikan puisi yang ditulis oleh Mother Theresa, tajuknya

Anyway.

People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you’ve got anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.

Dalam rangkap terakhir puisi beliau disebutkan, di pengakhiran hidup kita, segalanya adalah antara kita dan pencipta kita sendiri, tidak melibatkan orang lain pun.
Bila rakan-rakan sudah dijadikan tempat bergantung….

Siapakah yang lebih sempurna untuk dicari keredhaannya? Allah yang Maha Sempurna dan Maha Kekal, ataupun manusia yang serba kekurangan ni ???!!

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia.”

Fikir-fikirkanlah.

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi, teruskanlah berjuang. Marilah kita sama-sama berusaha mencari keredhaan Allah, tapi hubungan kita dengan manusia juga perlu dijaga. (Pesanan untuk diri sendiri)..

No comments: