Pages

Subscribe

Saturday, November 28, 2009

PERUTUSAN AIDILADHA 1430H

`Perutusan ini dipetik dan diambil atas kebenaran PPMC dari www.ppmc.info'

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan umur kita untuk sekali lagi menemui aidiladha. Alhamdulillah kita dapat berkumpul bersama-sama pada pagi sepuluh zulhijjah menyembah Illahi, menginsafi diri, maaf-memaafi dan berukhuwah sambil menjamu selera.

Firman Allah SWT:
“Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama, dengannya, Nabi Ibrahim berkata:“Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar. (surah As-Saffat, ayat 102)


Aidil adha mengajar kita erti pengorbanan. Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah, Nabi Ibrahim menuruti perintah Illahi bersedia untuk mengorbankan puteranya Ismail. Dengan kesetian ini, Allah gantikan Ismail dengan kibas sebagai ganjaran. Begitu juga kita. Kita berkorban masa untuk menuntut ilmu, berkorban jiwa meniggalkan keluarga, berkorban tenaga untuk mengendalikan persatuan dan banyak lagi. Semuanya untuk mencapai cita-cita, demi membina masyarakat sejahtera dan agar kita jadi manusia berguna. Keberkatan hidup hasil pengorbanan tanpa jemu.

Buat mereka yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini, ingatlah bahawa ini mungkin ada hikmah dari Tuhan supaya kita muhasabah diri kembali jika ada kesalahan-kesalahan yang kadangkala tidak kita perasan. Mungkin juga dengan situasi sebegini kita semua dapat belajar akan nilai syukur akan nikmat yang Allah kurniakan. Saya berdoa agar kalian semua tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan ini.


Akhir kata, semoga aidiladha kali ini menjadikan kita manusia yang akan lebih berkorban. Selamat menempuh peperiksaan yang bakal menjelang tiba.

Salam pengorbanan,

Muhammad Yusuf Shaharudin

Presiden

Persatuan Pelajar Malaysia Cork 09/10

No comments: