Pages

Subscribe

Thursday, January 28, 2010

Medan Ini Untuk Kita

Assalamualaikum wbt..

Semalam, terlihat status YM kawan-kawan di UK memaklumkan tentang perkhabaran kesihatan seorang sahabat di Sheffield, Mas Afzal, di blog beliau..sayu hati membaca dan air mata bergenang..walaupun hanya pernah berjumpa sekali sahaja, dan pernah makan sedulang namun hati tetap sayu..kalau di hospital, melihat pesakit dengan pelbagai ragam penyakit dan ada yang sedang nazak, hati tidaklah begitu tersentuh, namun hanya membaca cerita beliau di blog sungguh menyentuh hati..

Apa yang menyentuh hati sebenarnya bukanlah kesedihan ceritanya, tetapi ketabahan hatinya.. tersentuh dengan semangat dan ketabahannya dalam menempuh ujian Allah yang maha hebat..Beliau diuji Allah dengan Hodgkin's Lymphoma ketika Final Med dan berkat ketabahannya, dia berjaya melepasi alam universiti walaupun terpaksa menjalani Chemotherapy...setelah setahun, rupa-rupanya Kanser tersebut makin merebak dan 'prognosis' tidak begitu baik dan doktor juga buntu akan cara rawatan selanjutnya..baca kisah lanjut di http://masafzal.blogspot.com/

Setiap manusia itu ada medan jihadnya sendiri..Allah telah menentukan bagi setiap orang itu medan jihad yang tersendiri..Jika saudara di Palestine, medan jihadnya adalah senapang dan bom, kita di Malaysia juga tidak terlepas dari jihad..Jika saudara Mas Afzal, medan jihadnya adalah melawan penyakitnya, maka kita juga ada medan jihad kita sendiri..

Ada yg medan jihadnya menentang kemiskinan, ada yang menentang nafsu yang membara yang sukar ditelah dan dibendung, ada yang medan jihadnya di hospital2 dan penyakit, ada yang medan jihadnya melawan emosi dan gejolak perasaan, ada yang medan jihadnya alam rumah tangga dan anak-anak dan pelbagai lagi medan jihad buat semua orang..

Kadang-kadang terasa medan jihad kitalah yang paling mencabar, paling menyesakkan hati, paling mendukacitakan, paling payah, paling menyedihkan dan banyak lagi paling nya...tetapi jangan lupa lihat ke kiri dan kanan, masih ramai yang sedang bertarung dalam medan jihad mereka dengan tabah dan istiqamah walaupun medan jihad mereka jauh lebih payah..

Masa saya sendiri dilanda musibah beberapa bulan lalu, terasa kitalah manusia yang paling hebat diuji Allah dan sungguh tak berdaya nak melawan..sedangkan Rasulullah yang diuji maha hebat oleh Allah juga diseru Allah jangan berputus asa dan Allah memotivasikan baginda dan para sahabat dengan kisah Nabi Nuh yang diuji jauuh lebih hebat dari baginda..

Maka rakan-rakan, tatkala kita merasa kitalah orang paling hebat diuji, toleh ke kanan dan kiri dan terus bersabar kerana semua orang juga diuji Allah dengan pelbagai ujian..Namun kita perlu menempuhnya dengan tabah dan sentiasa dekat dengan Allah..jika kita tewas di medan jihad kita sendiri, maka kita tewas di dunia dan di akhirat..tiada kegembiraan untuk kita di dunia dan juga diakhirat..

Semoga Allah tabahkan hati-hati kita dalam medan jihad hidup kita sendiri..

No comments: