Pages

Subscribe

Sunday, February 14, 2010

Shedot Super Sunday : Pramugari




Assalamualaikum wbt...
Lama sudeyhh xtulis Shedot Super Sunday..hihihi..sebab ari ahad jer selalu xder dirumah sama ada nk kener rush gi Kerry or gi bersuka gumbira...hahaha..so arinih nk tulis aaa sesuatu kt shedot super sunday nih..takut lama2 terkubur pula jenama nih..haha

Dulu kecik-kecik aku xpernah naik flight..xtahu pun siapa itu pramugari dan pramugara..well tau nama jer laa..xpernah pun berjumpa dalam flight..huhuhu

Bila dah besar teringin nak nek kapal terbang..so kapal terbang pertama yg dinaiki adalah Air Asia..of kos laa nak naik Mas x mampu kan..hehehe..pastuh lama2 dah buhsan dah naik kapal terbang..cewayhh gitu..haha..abang aku yg no 3 tuh mmg sgt penakut naik kapal terbang..so sampai ler ke hari ini dia memang xpernah naik kapal terbang...dia dari kecik takut naik kapal terbang sbb dia takut kalo kapal tuh terhempas nnti badan dia suma hancur and org x jumper nk tanam..tatau la kalo dia besar dia still pikir camtuh lg kan...hahah

Anyway, seperti tajuk arinih, pramugari, apa first impression korang bila dgr perkataan PRAMUGARI...mesti dalam kepala, cantik, ramping bergaya, ala-ala model, kulit gebu, killer leg dan sbg2..kirenyer kalo tgk pramugari tuh korang mesti xder doubt laa dalam hati dia mmg ada ciri-ciri seorang pramugari kan..kalo pramugara pun camtuh...tinggi, kacak, kemas dsbg...kire kalo sebut Pramugari jer mesti ada ciri-ciri nih dalam kepala kita kan...well it's true for everybody i guess..

Tapi sejak datang kebumi Eropah nih, bila tgk pramugari cam erkkkk..x terasa derang ada ciri-ciri pramugari langsung...Bila naik Ryan Air ker, Aer Lingus ker dalam hati tertanya, Pramugari ker nih?? sebab pramugari-pramugari kt sini, xder laa ciri2 tipikal cam pramugari Malaysia..ada yg cam berumur tua sket pun ada jer jadik pramugari..xder laa pramugari kt sini cantik, ramping bergaya, seksi, Killer leg dan sbgnya..derang just cam maybe pekerja2 biasa sahaja..

Jadinya aku pun terfikir laa dalam hati, kenapakah ini berlaku??kenapa kat Malaysia ciri2 tipikal harus ada pada Pramugari??jadi aku membuat konklusi, kita telah mengeksploitasi kecantikan wanita dalam bidang kerja Pramugari..sedarkah anda yg wanita di ekploitasi di Malaysia tanpa sedar..it has been an unbroken code, embedded in our mind that a 'pramugari' has to have that kind of tipical beauty, slender, sexy, cunsss and all...this is crap..sedar x, kita memanipulasi wanita dalam kerjaya..wanita dijadikan daya penarik untuk menarik org semata2...

Exploitation of woman in career, for me that's a disgrace..women status are not being uplifted in career but they are being used for comercial purposes...sedangkan ciri-ciri seorang cabin crew adalah perlu cekap membuat kerja dalam cabin x kira laa dia cantik menawan atau biasa-biasa aja..kalau laa kita tetapkan unspoken rules dalam masyarakat kita yang CIKGU plak mesti ada ciri-ciri cam pramugari harus ada skang nih..relevan kerr??kenapa perlu ada requirement kecantikan dan daya penarik dalam bidang kerjaya..bidang kerjaya yang memerlukan kecantikan dan daya penarik adalah model dan pelakon sahaja....kerjaya-kerjaya ini menggunakan wanita sebagi daya penarik untuk menjual barang..wanita digunakan sebagai penarik sahaja untuk menarik orang membeli barang..terasa murahennnyer diperlakukan sebegitu..kalau wanita x kesah untuk dijadikan bahan seperti itu terpulanglah..tetapi bukankah kedatangn islam itu telah meningkatkan marbatat wanita jauhhh keatas..tetapi mengapa kita sendiri yg ingin ia jatuh...

Bukanlah sy menghentam pramugari ker apa..and pramugari2 nih x salah pun, derang mencari rezeki juga...yang salahnya masyarakat dan syarikat2 penerbangan yg meletakkan ciri2 tipikal seorang pramugari nih..kita yg melabel pramugari sebegitu rendah dengan menjadikan mereka sebagai daya penarik semata-mata..sangat memalukan pada saya..merelatekan ciri2 nafsu seperti cantik dan seksi pada pramugari adalah perkara yang keterlaluan kerana mereka seperti dijadikan sumber tarikan seksual pula..

Martabat wanita itu jauh lebih tinggi untuk digunakan sebagai sekadar perhiasan duniawi atas kemahuan nafsu syahwat semata-mata..Orang pertama yang memeluk islam adalah Saidatina Khadijah, seorang wanita...Orang pertama yang syahid dalam islam adalah Sumayyah, seornag wanita..Begitu tinggi martabat wanita Allah tegakkan di muka bumi ini..sampai hati kita merendahkan mereka..Saidatina Aisyah digelar Ummul Mukminin dan sahabat-sahabat memanggilnya dengan gelaran Bonda setelah kewafatan Rasulullah untuk memberi penghormatan yang tinggi pada beliau..Sangat tinggi penghormatan yang islam berikan pada wanita , namun manusia kini hanya menjadikan mereka sebagai daya penarik semata-mata..kan Rasulullah dah kata,

” Sesungguhnya Allah tidak melihat paras rupa (lahiriah) dan harta kekayaanmu, tetapi Allah melihat hati-hati dan amalan kamu semua.” [hadis riwayat Muslim].

Jadi siapa kita yang nak meletakkan kriteria kecantikan dan rupa paras sebagai syarat dalam kerjaya..Allah dan Rasul-Nya sendiri x pernah wat camtuh, kita plak yang memandai-mandai..

Jadinya kawan-kawan, mari buang mind set kita dalam kepala...kenapa perlu ada mind set kiteria kecantikan dalam sesuatu kerjaya..tidak perlu..kerana ia adalah bentuk diskriminasi yang nyata..sebaliknya yang dinilai adalah kekemasan, kebersihan dan kecekapan tuh yg paling penting..rupa paras tuh terlalu subjektif untuk dinilai tetapi kecekapan adalah objektif untuk kita sendiri menjadikannya bukti..penilaian berdasarkan merit..mati laa kalo doktor pula lepas nih nak yang handsome2 jer cantik2 jer..well aku lepas laa kan, tp takut kawan2 lain laa xlepas....hahahaha..just kidding..hehehe...

so fikir-fikirlah dan berubahlah..hormati wanita seperti islam memberi penghormatan yang tinggi buat mereka...dan kepada wanita sendiri, tegakkan hak anda..anda di diskriminasikan sekiranya faktor kecantikan dijadikan kriteria dalam peluang kerjaya...

Adios...

1 comment:

Amir Hazwan said...

Aku tau, 1st time ko naek flight aku ade disebelah. gituuuu.. balek kmb kann..
Aku pnah berangan, kalau bosan jadi dentist, aku nk jadi pramugara (boleh??) tapi tengok dorang asyik/kena serve arak kat orang terus kensel huu..