Pages

Subscribe

Wednesday, March 17, 2010

H.O.P.E : Kenapa?

Assalamualaikum wbt...

Ada orang post ke email..menarik...simple yet very very meaningful

Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnyakami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahuiorg2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan bolehjadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahuisedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengankesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlahkesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), danbersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) sertabertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " - Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar danmengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... .. - Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya akubertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 87

Bukankah alQuran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?

Dalam kita melangkah, terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis.
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
danrenungilah dalam diri kerana;
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA
mahu menjahit sejadah iman
Yang kian terkoyak lantaran adalangkah-langkah yang tersasar.
Semoga tabah dan ditetapkan iman.
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang.
DIA sayangkan kau dan aku.
DIA tak pernah lupakan kita...
Hidup ini ibarat mimpi...
Kita hanya tersedar apabila nyawa sudahmeninggalkan jasad.
Iman bukan setakat percaya pada rukunIman...
Tetapi sebenarnya satu bentukpenyerahan diri...
Dan pernyataan bahawa kita benar-benarpercaya pada setiap KetentuanNYA.
Jangan lupa, pada nafas sekalipun,tersembunyi rahsia dan janjiNYA.
Percayalah!andai ujian ni sbg salah satu sebab untuk menghapus dosa2ku,aku redha YA ALLAH krn ku sedar diri ini hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU...

No comments: