Pages

Subscribe

Saturday, April 17, 2010

Di Mana Kan Ku Cari.....




Assalamualaikum wbt...

Dimana kan ku cari sebuah KESABARAN....?? Susahnya untuk bersabar, tetapi mudahnya untuk mengeluh dan langsung berputus asa...Sungguh kesabaran itu bukan sesuatu yang mudah..Allah memuliakan hamba-Nya yang sentiasa bersabar...

Terlalu banyak saat2 putus asa dan saat2 keluhan menjadi bahan bicara...sepertinya erti kesabaran itu tiada pernah ada...

Terlalu sukarkah untuk bersabar dengan kerenah manusia...?
Terlalu sukarkah untuk bersabar dengan ujian Sang Pencipta..?
Terlalu sukarkah untuk bersabar dengan ketentuan-Nya..?

Jawapannya, hanya aku sendiri yang harus menjawabnya, tetapi jawablah dengan iman, bukan dengan kelemahan dan nafsu semata..

Al-Imam Abdullah Al-Haddad dalam Kitab Risalatul Mu'awanah telah menerangkan bahawa sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.

2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.

3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.

Maka, golongan manakah aku..?? Adakah tergolong dalam mereka yang diangkat darjatnya..??Atau adakah dihapuskan dosa yang menjulang ke langit?? Atau hanya mendapat kemurkaan dan menanti bakaran Neraka?

Hati sentiasa gelisah, dan bibir berkeluh kesah, menerima ujian yang tiada nilainya dibanding dengan Ujian Allah pada Nabi Nuh...dimaki, dipukul, digulung, di buang, selama 900 tahun...kemudian berdoa pada Allah agar menimpakan bala kepada umatnya yang derhaka, namun 40 tahun kemudiannya barulah Allah mengabulkannya..Dimana baginda mencari dan mendapat sebuah Kesabaran yang begitu hebat..? Andai dipinjamkan sedikit buat insan yang memerlukannya, sebagai bekalan meneruskan sebuah kehidupan...

Ujian itu satu ketentuan yang tidak dapat disangkal lagi, seperti mana mati itu suatu yang pasti, ujian juga satu ketentuan yang pasti bagi setiap yang beriman...

Adakah kesabaran itu suatu Anugerah? Atau adakah kesabaran itu suatu Usaha? Atau adakah kesabaran itu suatu Kemahiran? Atau adakah kesabaran itu suatu kejadian?

Carilah walau dilautan dalam, suatu nikmat yang disebut KESABARAN...Terokalah dalam setiap ruang hati, untuk menanamkan benih-benih KESABARAN yang bakal membuahkanKECINTAAN...

KESABARAN itu apa yang aku tersangat perlukan..Dimana harus ketemuinya?? Pastinya dalam ruang kehidupan ini..


Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah (matikanlah) kami dalam keadaan berserah diri (berserah sepenuh hati kepada-Mu)."

(Surah Al-A'raaf, ayat 126)



No comments: