Pages

Subscribe

Thursday, April 8, 2010

Kopi 'O'




Kopi ‘O’
Kopi ‘O’ itu hitam dan pekat.
Gelap dan tidak menarik.
Melihatnya, hati tidak merasakan mahu menikmatinya.
Namun, apabila didekati dan dihidu aromanya,
Hati akan tergoda, bibir tersenyum manja.
Begitulah kehidupan, walaupun ada ketikanya hitam dan gelap,
Namun, jangan dijauhi, perlu didekati dan diteruskan hidup ini,
Jangan berpaling kerana ia hitam dan gelap
Tetapi nikmatilah bau Aroma kehidupan itu, kerana ia sungguh mengasyikkan.

Kopi ‘O’ itu pahit,
Tapi bila ditambah gula,
Rasanya nikmat sekali,
Pahit dan manis, bersatu mencipta rasa menakjubkan
Tanpa gula yang manis, kita tidak mampu menghabiskan secawan Kopi ‘O’
Begitulah kehidupan, walaupun ada yang pahit,
Namun, kenangan yang manis, menjadikan kehidupan kita sebagai suatu Nikmat yg tidak terperi.
Nikmat hidup dicipta hanya apabila pahit dan manis bersatu.

Kopi ‘O’
Kenapa Kopi itu dipanggil Kopi ‘O’?
Kerana secawan kopi itu, penuh dengan ciri-ciri ‘O’ = Optimistik
Optimistik buat mereka yang menikmati sebuah kehidupan
Kopi ‘O’, menu dipagi hari, buat si Optimist
Jika hanya dilihat Kepahitan dan Kehitaman
Kopi ‘O’ bukanlah pilihan,
Namun, si Optimist, menjangkaui penglihatan,
Menanti rasa dan aroma kopi ‘O’ untuk mencipta kelazatan.
Menggunakan akal dan deria untuk menilai kehidupan
Kopi ‘O’ hanya untuk mereka yang Optimist.

No comments: