Pages

Subscribe

Thursday, April 22, 2010

Pecutan Akhir




Assalamualaikum wbt..

Bila terfikir semula, dan bertanya diri kembali, berapa banyak kali sudah pesan kepada kawan-kawan supaya study rajin2..supaya fokus kepada pelajaran..supaya jangan ambil mudah akademik..supaya pulun sungguh-sungguh..

Tetapi bila memandang diri sendiri ke cermin, sudahkah aku berpesan pesanan-pesanan tersebut kepada diriku sendiri..??

Bila pandang cermin juga, adakah aku sudah belajar dengan bersungguh-sungguh??adakah aku sudah fokus betul-betul terutama menjelang peperiksaan ini..

Sungguh mudah mengatakannya pada orang lain, tetapi untuk buat, fuh~~~bukan tidak mampu dan tidak pernah buat..sendiri yg leka dengan benda-benda lagha x berfaedah...

Terkesan dari artikel Man in The Mirror di AtapHijau..

Takut sungguh bila teringat Firman Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" ( As-Saff : 2-3)

Exam nak menjelang beberapa hari sahaja lagi..Perlu melakukan Pecutan Akhir..Hobi dan tabiat saya, Pecutan Akhir..sy suka memecut disaat-saat akhir dari dulu sehingga kini sehingga terkial-kial dan terstress-stress..tp kini hilang momentum untuk melakukan pecutan akhir..Kene segera mencarinya by TODAY..

Ingat, kejayaan itu hanya milik Allah, anugerah dan ujian untuk siapa yang diingini-Nya. Tapi Sunnatullah itu, Usaha + Tawakkal...Masalah betul untuk orang yg suka Usaha Ciput tp harap Hasil Gempak..ish2..

Semoga Mohd Redhuan fokus dan fokus dan fokus..jgn sibuk buang masa dan buat bende lagha..Allah bagi masa cuti bukan untuk dibuang..tp untuk dimanfaatkan..

Chaiyok!!! Mari Berusaha Keras Memecut ke Garisan Akhir..

Selamat Belajar kepada semua

No comments: