Pages

Subscribe

Thursday, June 10, 2010

Izzah~~




Ok, nih nak kongsi sket pasal Izzah..bukan pasai awek bernama izzah, tapi pasal Keizzahan kepada Islam (kebanggaan)…Aku just type semula bender nih dr buku yg aku tgh baca, Tip-Tip cemerlang dari Al-Quran karangan Dr Danial Zainal Abidin..best buku nih walaupun baru baca beberapa muka surat..haha..

Berasa Mulia dengan AJaran Islam

Ajara Islam mempunyai kekuatan tersendiri. Umat islam perlu berasa mulia dengan agamanya kerana ajaran islam adalah ajaran yang agung, dibawa oleh seorang nabi yang agung. Gottfried Leibniz di dalam Theodize(1710) memuji Nabi Muhammad kerana menyebarkan agama fitrah untuk manusia sejagat. Pada tahun 1756, Voltaire menerbitkan Essai sur les Moeurs. Didalamnya terdapat sebuah bab berkenaan Nabi Muhammad yang bertajuk de l ‘ Arabie et de Mahomet. Beliau berpendapat, Nabi Muhammad adalah seorang panglima perang yang agung. Hal ini disebutkan di dalam The Globalist (online), dibawah tajuk Islam and Women oleh Dr Muqtedar Khan bertarikh 25 Mei 2003.

Islam adalah contoh dalam aspek kebebasan dan toleransi. Dr. Robert Briffault di dalam bukunya The Making of Humanity dalam baba Dar al Hikmet berkata, “ Golongan Kristian menikmati kebebasan sepenuhnya pada zaman pemerintahan Islam di Spanyol. Mereka mempunyai paderi kanan atau uskup dan beberapa biara. Rahib-rahib kristian boleh berjalan di jalan-jalan Cordova tanpa ganguang. Golongan Yahudi juga menikmati konsep toleransi agama yang diamalkan dibawah pemerintahan Islam kesan daripada kesan evolusi budaya yang berlaku. Konsep da budaya ini kemudiaanya mereka sebarkan di kawasan ceruk yang tidak bertamadun.”

Burhubung dengan status wanita, Karen Amstrong dalam MSNBC News (online) bertarikh 29 Oktober 2001 berkata, “ Tidak ada satu pun agama utama di dunia yang benar-benar memuliakan wanita, termasuk agama kristian. Agama-Agama ini adalah agama dominasi oleh kaum lelaki. Ebaliknya Nabi Muhammad begitu serius memberikan kebebasan kepada wanita. Tidak terdapar di dalam Quran arahan supaya wanita-wanita dipinggirkan. Malah wanita-wanita islam pada peringkat awal islam berperang disamping kaum lelaki. Isteri-isteri nabi pula berpernan dalam bidang politik malah mempunyai kuasa politik”

Islam sudah memimpin dunia dalam bidang ilmu dan tamadun. Tanpa islam barat tidak dapat mengecap Era Renaissance. Hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S. (Carly) Fiorina, mantan Pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, semasa beliau menyampaikan ucapan bertajuk Technology, Business and Our Way of Life : What’s next pada 26 September 2001 di mennesota. Beliau bekata,

“Pada suatu masa dahulu wujud satu tamadun yang terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Dibawah kekuasaaanya terdapat ratusan juta manusia dari perlbagai agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada ahri ini. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia dari pelbagai latar belakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak tolok bandingnya. Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin kenegara China serta antara kedua-dua tamadun. Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkiteknya mampu membina bangunan tinggi yang melawan gravity. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma. Konsep-konsep ini membantu penciptaan computer dan encryption pada hari ini. Tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi merawat pelbagai penyakit. Tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. Penulisnya menulis ribuan cerita…Tamadun yang saya maksudkana dalah tamadun islam, yang berkembang dari 800-1600 Masehi.

Tragedi 11 september mempunyai hikmahnya. Ia membuka ruang kepada orang dibarat untuk lebihmengenali islam. Mengikut Dr Walid A. Fatihi dari Havard Medical School, Boston “(selepas berlaku tragedy 11 September2001) pada 15 Sept 2001 saya, isteri dan anak-anak telah dijemput hadir satu program di gereja terbesar di Boston iaitu trinity Church. Lebih kurang 1000 orang telah membanjiri gereja termasuk Datuk Bandar Boston. Dalam ucapan yang saya sampaikan , saya membaca ayat-ayat Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris bagi menjelaskan ajaran islam yang murni. Itulah saat yang tidak boleh saya lupakan kerana hadirin menitiskan airmata selepas mendengar ayat-ayat itu dibacakan. Selepas majlis itu selesai, seorang wanita menemui saya dan berkata, “ Saya tidak memahami bahasa arab tetapi saya tidak meragui bahawa apa yang kamu baca tadi ialah Kalam Allah”. Sambil menitiskan air mata wanita itu memberikan sehelai kertas kepada saya. Diatasnya tertulis, “ Maafkanlah kesalahan kami yang lampau dan yang kini. Teruskan berdakwah kepada kami”. Seorang lelaki pula berkata kepada saya, “ Kamua dalah seperti kamu. Tidak, kamu adalah lebih baik dari kami.” Hal ini disebutkan dalam artikel Muslim American Leaders : A wave of conbersion to islam in the U.S following September 11 diterbitkan oleh Middle East Media and Research instititute.

Lancelot Lawton juga mengakui kehebatan ajaran islam. Di dalam The Sphere, beliau berkata, “ Saya terpaksa mengakui agama Muhammad adalah lebih sesuai bagi Afrika daripada agama Kristian. Malah ia mungkin juga lebih sesuai bagi dunia keseluruhannya. Pencapaian yang dicapai melalui ajarannya nampaknya mengatasi agama-agama lain. Bukti-butki yang boleh disebutkan adalah pantang larang yang diajar dalam agama, roh kemesraan, pengharaman riba dan pengiktirafan rasul-rasul yang lain daripada Muhammad. Muhammad pula tidak berlagak menjadi seperti Tuhan malah beliau sendiri mengawal tingkah lakunya. “

Bila baca, cerita cerita diatas dalam hati terdetik mengapa orang bukan islam boleh nampak dan melihat Keizzahan islam, kecantikan islam, namun kita sendiri sebagai orang islam x rasa pun. Kalau orang tanya ko bangga x dengan islam, of kos mulut kita jawab, sure laa aku bangga sebab aku orang islam. Namun, kebanggaan kita tuh hanya kt bibir jer ke atau kita betul-betul rasa dalam hati. Kalo orang yg ckp kt mulut dia bangga menjadi islam tp perbuatan menyimpang dan jauh dari islam, bangga kebendernyer camtuh kan. Keizzahan dan kebanggan terhadap islam itu kalau betul-betul kita rasai dan hayati pasti akan terpamer dalam perbuatan dan kehidupan seharian kita. Kalau solat pun xterjaga izzah kebendernya. Kalau asyik buat bender2 lagha jerk an, camana kita boleh cakap kita izzah terhadap islam. Malu.Malu.Malu..kita sebagai org islam x mampu merasa bangga kepada agama sedangkan org yg tidak Allah anugerahkan Hidayah dan nur kepada mereka lebih cerah dan Nampak keindahan islam yang perlu dipraktikkan. Malu aku malu.

Malu bila baca yg part perempuan Kristian yg menangis bila mendengar dibacakan ayat al-quran kepadanya. Mari tanya diri sendiri, bila kali terakhir menangis dengar bacaan alquran??Bila kali terakhir menangis mengharapkan keampunan Tuhan??Allah.Allah..sudah lama mungkin.. Hati kita dah menjadi keras, mungkin lebih keras dari hati-hati org Kafir. Nauzubillahi minzalik. Itulah hati-hati yg Allah kata dalam Al-quran

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih, karena mereka berdusta” (Al-Baqarah: 10)

Kitalah orang-orang yang berdusta tuh, yg bila org tanay kita bangga x dengan islam kita mengangguk dan menyahut kata Ya, Aku Bangga, tapi hati dan perbuatan kita jauh dari merasakan keizzahan Islam itu. Semoga Allah mengampuni kita dan menjauhkan kita dari azab yang pedih.

Kalau kita izzah dan bangga kepada agama, kita tidak akan teragak-agak tuk berdakwah kepada org lain. Mengajak org lain utk sama-sama2 merasai keindahan islam seperti kita. Mengajak umat islam utk kembali kepada Islam seperti sepatutnya. Kalau kita masih asyik dok piker diri kita jer, laptop kita, hiburan kita, kegemaran kita, xpernah rasa pun nk berdakwah kepada org lain, xpernah rasa pun nk ajak org kepada kebaikan, celah mana keizzahan yg kita sebut kat bibir kalau org tanya kita??? Dakwah adalah manifestasi keizzahan kita, sbb of kos laa kan bender yg kita seronok dan bangga kita nk org lain tau dan sama-sama rasainya. Macam laa artikel nih, bila aku baca aku rasa wow bestnyer, serononye, rasa nk kongsi gak nga korang..begitulah..

Mencontohi Abu Zar

Sahabt nabi Jundud bin Janadah atau lebih dikenali sebagai Abu Zar, dilahirkan dan dibesarkan dikalangan Bani Ghiffar. Bani Ghiffar digeruni kerana mereka adalah perompak-perompak yang kejam lagi ganas. Namun, Abu Zar tidak terpengaruh sedikit pun dengan cara hidup kaumnya. Beliau mempunyai matlamat hidup yang berbeza. Lantas, pada suatu hari beliau bermusafir seorang diri menuju ke mekah. Setibanya di mekah, beliau bertemu dengan nabi dan memeluk islam. Mengikut setengah laporan, beliau adalah org ke5 daripada kalamgan sahabat yg memeluk islam masa itu.

Selepas pengislaman Abu Zar, beliau kembali semula ke Bani Ghiffar dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada kaumnya dan mengislamkan mereka. Bayangkan keadaan seorang laki ingin menegur dan membetulkan kaumnya yang selama ini terkenal dengan keganasan dan kekejamannya. Namun, rasa izzak beliau terhadap islam menguatkan azamnya utk mengubah kaumnya. AKhirnya, berkat usaha Abu Zar, seluruh Bani Ghiffar memeluk islam diikuti dengan Bani Aslam.

Semasa mereka bertemu nabi di Madinah, nabi berkata, “ bani Ghiffar diampuni Allah dan Bani Aslam mendapat kesejahteraan daripada Allah.” Begitulaah kegigihan sahabt Abu Zar menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Beliau bersikap demikian kerana beliau meyakini Islam adalah permata yg amat bernilai dan permata agung ini perlu diperkenalkan kepada org lain. Inilah bentuk izzah yg perlu ada pada kita semua.

Mari sama-sama kita menilai tahap iman dan Izzah kita pada Islam, Allah dan Rasul. Kemudian kita sama-sama semak, tahap usaha dakwah kita dah berada dimana??Masih berada pada TV??SPORTS???HIBURAN???GAMES???ANIME???KOMIK???

Mampukah keizzahan kita sehebat Abu Zar yang mampu berdakwah kepada kaumnya yang bengis dan ganas??Mampukah??Sama-sama tepuk dada tanya iman…Allah..Allah..

No comments: