Pages

Subscribe

Monday, November 29, 2010

Musibah


Assalamualaikum wbt..

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. as-Syura (42): 30)

Allahu Allah...Kelalaian dan kelemahan manusia menyebabkan musibah itu melanda dirinya..

Sejak dua menjak nih, diri menjadi sedeket bingung..hoho..

Kerja tidur jer..korang mesti x percaya berapa banyak tidur tiap2 ari..sedangkan matlamat dan aim dari arituh nk tidur hanya 6 jam hingga 6 jam setengah tiap2 hari..nak latih diri utk kurangkan tidur..bukan makin kurang tidur, makin banyak adalah..aiyooo..tp x cukup iltizam nih..kena makin determine nk kurangkan tidur..

Tapi dah tau dah, habit tidur macam beruang nih dtg bila ada masalah yg menyebabkan diri rasa nak tidur jer supaya x perlu serabut2 pikir..hoho..*habit x baik nak larikan diri dari masalah*

Allah memang laa sentiasa akan menguji kan..tapi bila Allah uji, kenalah kental, kalau x kental senang2 laa tersasar dan down..

Dulu bila diuji Allah, tak ada tendency untuk selidik dan muhasabah diri, apa yg diri dah buat selama nih..apa kelalaian yg dah buat..apa perkara mungkar yg mungkin dah buat..sehingga menyebabkan Allah turunkan ujian untuk kembali mengingatkan diri bahawa ' anda sedang terpesong sekarang, sila kembali ke landasan'

Selalu bila Allah bagi ujian, mula lah nk persoalkan napa Allah bg ujian nih kt aku..tp x pernah pulak nak tanya diri sendiri, apa aku dah buat sehingga Allah turunkan musibah nih?

Tapi bila baca ayat al-quran kat atas tuh, baru terpana..bila Allah bagi ujian, is the best time utk reflect diri sendiri..Alhamdulillah..Allah masih sayangkan aku..yg perasankan, bila diri sendiri rasa gembira, terlebih gembira mungkin, makin mula lalai, makin mula buat banyak benda lagha, makin main-main, makin kurang mengharap pada Allah, makin kurang doa, makin kurang itu dan ini..lepas tuh Allah akan bg ujian..time tuh baru macam Allahuakbar..Allah nak supaya aku kembali pada Dia...kembali berharap pada Dia, kembali berdoa dengan sepenuh hati pada Dia..

Bila ditimpa musibah, muhasabah lah diri.Sebab itu peringatan dari Allah untuk keep us in check..

Alhamdulillah..

Pastuh td tanya seorang sahabat nih.."Apa yang anda sudah belajar dari saya selama kita pernah bekerja bersama?"

Dia pun list kan..

1. Belajar untuk lead diri sendiri dan orang lain
2. Optimist and always look on the bright side
3. Kuat semangat in trials

Tetiba terfikir..adakah benda2 nih aku cakap atau aku buat..rasanya aku hanya cakap jer kat dia...hohoho..Alhamdulillah, diberi semula peringatan tentang benda yang telah kita cakapkan tatkala kita dah x buat semua tuh..

Tatkala rasa x mampu nk lead diri sendiri dan even pasangan sendiri untuk mencapai redha Allah, ada orang ingatkan kembali untuk BELAJAR to lead yourself.

Tatkala menjadi pesismis dan takut tentang semua benda, Allah hantar sahabat-sahabat untuk igtkan kembali untuk sentiasa optimis dan always look on the bright side..Have faith in yourself..

Tatkala menjadi lemah bila diuji Allah, Allah datangkan kembali peringatan utk kuat semangat dalam menghadapi ujian Allah..

Alhamdulillah..Allahu Akbar..Nikmat dan perancangan Allah itu yang terbaik.

Adios~

p/s : Thanks a lot fairuz for your help, kalo ko baca..hehe

No comments: