Pages

Subscribe

Wednesday, December 22, 2010

Father


Assalamualaikum wbt...

Tatau dah pernah cerita ke tak kat sini..hehe..tp cerita jer la...tyme zaman2 lepas SPM dulu kan, entah hormone apa ntah yg merembes pada ketika itu, time tuh mmg rasa cam nak jadik ayah yg super2 nye..haha..lawak betol bila pikir balek..

Time kat zaman2 KMB adalah waktu kemuncaknye..haha..kalo gi jalan2 kat Alamanda ke, then tgk org dukung baby, pastuh rasa jeles gila..then pikir, bila laa nak jadik ayah nih..tp time tuh of kos laa x nak kahwin lagi..pastuh pikir, boleh x nak jadik ayah tp x nak kahwin lagi..:D

Mungkin seronok fikir nak ada baby jer kot, tp tanggungjawab menjadi ayah tuh kurang difikirkan..skang bila fikir2 balek pasal tanggungjawab..wohoooooo....cuak betul..tp still perasaan nak jadik ayah x kurang pong..hahaha..

Igt boleh nak bg makan susu jer cukup? Nak beli susu tuh nak beli ngan apa? kertas? nak bg anak bini makan apa? pampers sapa nak beli? bgn tgh malam sapa nak jaga? bla bla bla....panjang laa list nyer kan..

Pastuh kena fikir bab nak didik anak lg..dah belajar ker tarbiyatul awlad? Takkan nak main redah jer didik anak..Try and Error?? kalo naseb baik berjaya, berjaya laa, kalo nasib kurang baik gagal, gagal laa anak tuh..

Pastuh pernah baca dalam majalah solusi tentang Ibu Bapa Derhaka..hohoho..ada diceritakan ttg ibu bapa derhaka nih, di zaman Saidina Umar r.a, ada seorang ayah nih dtg jumpa Saidina Umar mengadu yang anak dia derhaka kepada dia..Pastuh Saidina Umar pun panggil anak lelaki tersebut dan tanya betul ke anak dia derhaka..Pastuh anak lelaki tuh bertanya kepada Saidina Umar, bukankah seorang anak itu ada hak nya yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa nya..Saidina Umar jawab, ye betul... Hak seorang anak terhadap ibubapa adalah...

1. Memberi nama yang baik
2. Mencari ibu yang baik untuk anak-anak
3. Mengajarkannya membaca al-Quran..

Pastuh anak lelaki tuh cakap kat Saidina Umar, Wahai Amirul Mukminin, ayahku memberikan nama Ju'al (kotoran kumbang), ibunya adalah seorang Majusi, dan dia tidak pernah mengajarkan al-quran kepada ku..

Maka, Saidina Umar pun kata kepada si ayah tuh, bahawa lelaki itulah yg terlebih dahulu derhaka kepada anaknya sebab tak penuhi hak-haknya..

Hohoho..of kos laa kita tamau anak-anak kita di akhirat nanti tuntut hak-hak dia dr kita kan sebab kita ibubapa derhaka..sedangkan anak-anak yg soleh tuh laa salah stu talian hayat utk pahala setelah mati..

So, sapa kata senang nak jadik bapak budak?? Hopefully, i'll be prepared enough when the time comes...Please, please baby come soooon...

Semoga Allah kurniakan anak-anak yang soleh kepada kita semua..

"Ya Allah, kurniakan untuk kami dari kalangan isteri-isteri kami dan zuriat kami, sebagai penyejuk mata. Dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang bertaqwa”

No comments: