Pages

Subscribe

Monday, December 13, 2010

Tahu, Mahu & Mampu


Assalamualaikum wbt.

Untuk mengubah akal, hati dan nafsu, seseorang mesti melalui 3 proses secara tertib dan berkesinambungan. Akal mestilah di proses agar tahu. Hati diproses untuk mahu. Dan nafsu dilatih untuk mampu.

Untuk 'tahu' akal perlu diberi ilmu pengetahuan. Ilmu itu ialah ilmu wahu (revealed knowledge). Ilmu wahyu akan memberi jawapan kepada soalan yang tidak dapat dijawab oleh manusia seperti dia datang dari mana, untuk apa dia dijadikan dan ke mana dia akan perdi selepsa kehidupan ini? Namun ini tidaklah bermakna ilmu akal (acquired knowledge) tidak penting. Ilmu wahyu membentuk keperibadian manakala ilmu akal membentuk kemahiran dan keterampilan.

Ilmu sahaja tidak dapat mengubah sikap manusia. Proses menanam ilmu pada akal mestilah diiringi dengan proses menyuburkan keyakinan dalam hati. Hal ini kerana pengetahuan yang berlegar di akal sahaja tidak akan dapat merubah sikap. Belum ada kemahuan untuk berubah didalam hatinya. Pengetahuan pada akal, kemahuan pada hati.

Kekuatan 'kemahuan' lebih kuat pengaruhnya daripada kekuatan 'pengetahuan' untuk menghasilkan perubahan. Oleh sebab itu, proses pembelajaran (menanam ilmu) mesti diikuti oleh proses pendidikan (menyuburkan keyakinan). Inilah pendidikan hati. Hati diproses agar mahu berubah. Untuk mahu hati perlu diberi input keyakinan (iman)

Setelah tahu dan mahu manusia dilatih agar mampu merubah sikapnya. Untuk mampu, nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan amalan-amalan baik secara rutin. Nafsu umpama kuda liar yang perlu dijinakkan untuk menjadi tunggangan yang baik. Nafsu bukan untuk dihapuskan, tetapi untuk dilatih agar mampu melaksanakan kebaikan.

Tahu = Akal
Mahu = Hati
Mampu = Nafsu

Oleh Abu Irdak
Sumber : Majalah SOlusi

p/s : Sambungan kepada entry, menjadi diriku~

No comments: