Pages

Subscribe

Wednesday, February 2, 2011

Bila Harus Memilih


Assalamualaikum wbt...

Bila Harus Memilih, bagaimana kita nak buat pilihan...

Kadangkala kita meletakkan nafsu sebagai perkara utama dalam membuat pilihan...tapi sering kita menggunakan alasan lain untuk cuba menutup alasan bahawa kita memilih atas dasar nafsu. Maka pelbagai helah lain yang kita bagi, sedangkan hakikatnya kita memilih dengan hawa nafsu, bukan dengan mata hati berpandukan akal yang disandarkan kepada Al-Quran dan Hadith

Sebenarnya sering sangat kita membuat pilihan berdasarkan nafsu, cuma kita sendiri yang tak perasan dan dikaburi oleh alasan yang kita ciptakan sendiri untuk memberikan hujah kepada keputusan kita

Bila Harus Memilih, pertimbangan akal kah atau hati yang kita turutkan...

Kita ini hanya manusia biasa, ada hati dan perasaan, itulah fitrah kejadian..kadangkala sewaras dan serasional mana pun kita berfikir, kadangkala hati dan perasaan akan mendominasi keputusan kita, terutama sekali perempuan.

Antara pertimbangan hati dan akal mana satu yang harus kita ikutkan. Kadangkala akal mengatakan ya, tetapi hati meronta mengatakan tidak. Namun, sukar untuk kita meyakinkan hati bahawa pemikiran akal adalah lebih tepat, dan perasaan hati hanyalah kelemahan kita sendiri..Maka disitu perlu kekuatan untuk menidakkan kata hati disaat akal secara waras perlu membuat keputusan

Bila Harus Memilih, kepentingan diri atau organisasi yang kita turutkan...

Memang mudah kita mengatakan kepada orang lain, bahawa diri perlu berkorban demi sebuah organisasi. Letakkan kepentingan diri ditepi demi sebuah perjuangan. Namun, hakikatnya manusia itu lemah dan tidaklah seteguh mana..

Mudah kita mengatakan kepada orang lain, untuk tidak mengutamakan agenda peribadi kerana pada saat itu kita tidak diuji Allah dengan ujian sebegitu rupa. Bila tiba masa kita diuji Allah sejauh mana kita bersedia mengabaikan kepentingan diri sendiri..Peringatan untuk diri sendiri yang terlupa kata-katanya satu ketika dahulu..

Itulah yang dinamakan 'Selfish', apabila kepentingan diri melebihi sesuatu yang lebih memerlukan..

Bila Harus Memilih, buatlah pilihan untuk mencapai redha Allah semata-mata..tidak kira apa jua keputusannya, selagi kita meletakkan redha Allah sebagai matlamat utama, maka kita akan selamat...

Pasti dalam hidup ini kita akan pernah membuat keputusan yang salah, yang mungkin membawa kepada penyesalan yang tiada penghujungnya..namun, di setiap keputusan itu adalah jalan yang harus ditempuhi dan dilalui..apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti...

No comments: