Pages

Subscribe

Sunday, March 27, 2011

Forgiveness



Assalamualaikum wbt..

Fuhhhhh~~ naper entah dua tiga hari nih melancholy betul..layan perasaaan orang kata..haha..xder laa layan perasaan, just terfikir-fikir banyak benda melibatkan emosi dan mental..cewah..(ada gaya seorang psychiatrist x..kehkeh)..pastuh rasa nak menulis sebab dah lama x 'mencurah rasa hati'..cewah..makanya, nak mencurah rasa hati dalam bentuk yg abstrak yg memerlukan kepada sebuah penafsiran utk difahami..hahaha..

Neway, just finish reading another book from mitch albom, the 5 people you meet in heaven..hehe...neway saya sgt suka buku-buku mitch albom..best2 belaka..hehe..

There is one statement about forgiveness that i like,

' Holding anger is a poison. It eats you from inside.we think that hating is a weapon that attacks the person who harmed us. But hatred is a curved blade. And the harm we do, we do to ourselves'

Kemaafan, perkara yang sebenarnya mudah untuk diukir dibibir, tapi susah untuk memahatkan dalam hati. Manusia yang bersalah menanti-nanti sebuah kemafaan. Manusia yang dipersalahi dibebani oleh sebuah tanggungjawab untuk memaafkan. Ya. Memafkan merupakan satu tanggungjawab, bukan lagi pilihan. Kebebasan memilih memang terletak ditangan kita, namun, kebebasan tersebut adalah sebuah tanggungjawab.

Bila membaca sirah Rasulullah, seperti mudah sungguh Rasul yang mulia ini memaafkan orang. Membaca tafsiran dan terjemahan pada sebuah lafaz ayat dari sirah tanpa penghayatan akan bagaimana ia terjadi, menampakkan memaafkan itu sesuatu yang sungguh mudah. Namun, hakikatnya ia sungguh payah.

Manusia boleh berkata, aku hanya manusia, bukan seorang rasul yang sungguh mudah memaafkan. Benar sekali. Kita hanya manusia. Untuk memberi kemaafan, kita perlu menyelongkar segenap penjuru hati, mencari ruang-ruang yang tersisa untuk sebuah kemaafan. Memberi kemaafan bererti menyingkap tirai hati, menyelongkar perasaan diri yang akhirnya membawa kepada mengenal diri lantas mengenal Sang Pencipta.

Manusia membutuhkan sebuah kemaafan. Baik yang bersalah mahupun yang dipersalahi. Yang bersalah biasanya memerlukan dua kemaafan. Satu kemaafan dirinya sendiri terhadap dirinya, dan satu lagi memohon maaf dari individu yang dipersalahinya.

Sejak dua menjak ini berfikir-fikir, di celah dan ruang mana lagi untuk ku cari sebuah kemaafan itu. Mengapa sungguh resah hati yang menanti sebuah kemafaan walaupun bertali-tali ucapan maaf dipinta. Hati tidak tenang sebaliknya terus menerus direntap sama setiap masa. Seringkali dibebani rasa bersalah yang menghukum jiwa. Entah bila kesudahannya.

Hari ini terfikir, sebenarnya kemaafan apa yang lebih kuperlukan? Pertama pastinya keampunan dari Allah yang Maha Pengampun.

Yang kedua, yang kurasakan belum ketemu iaitu memberi kemaafan kepada diri sendiri, kerana asyik mengejar yang ketiga, kemaafan dari seorang makhluk.

Kadang-kadang merasa marah sendiri mengapa mereka tidak memaafkan. Sampai bila harus menunggu. Mengapa terlalu banyak masa tersisa dan terbuang begitu sahaja. Sampai bila hendak membebani jiwa. Perlukah menunggu sampai menutup mata. atau sampai semuanya sudah terlambat. atau sampai bila.

Namun tidak juga ketemu jawapan kepada sebuah amarah itu, kerana akhirnya marah itu sebenarnya hanya untuk diri sendiri. Sebuah amarah manifestasi terhadap kekecewaan terhadap diri sendiri.

Pernah kubisikkan pada diri

Jika aku tewas pada syaitan yang membisikan nafsu, kau juga tewas pada bisikan syaitan yang membisikan amarah dan benci.

Bisikan untuk menyedapkan hati dan menghalau jauh rasa berdosa itu. Lalu ko ngomelkan lagi dalam hati.

Tunggulah sehingga syaitan sudah letih untuk membisikkan rasa marah dalam hatimu,
Tunggulah sehingga syaitan sudah letih untuk membisikkan nafsu dalam hatiku,
Tunggulah sehingga syaitan sudah letih untuk membisikkan benci dan dendam dalam hatimu,
Barulah akhirnya kita pahatkan sebuah kemafaan,

Walaupun kita sendiri mengetahui hakikatnya, syaitan itu tidak pernah sama sekali akan letih. Maka, hakikat kemaafan itu masih jauh untuk tercapai....

Lalu ku selongkar hati ini.

Adakah sudah kumaafkan diri sendiri?

Terpana berfikir seketika, kerana aku sendiri takut dan bingung untuk memberikan jawapan.

Maka, harus ku mulakan dengan mencari ruang dalam hati, untuk memaafkan diri sendiri. Beban rasa yang menghambat langkah, lahir dari kegagalan untuk memaafkan diri sendiri. Pasti ingin ku selami rasa hati sendiri, untuk ku kembali memaafkan diri agar kembali bisa melangkah keluar dari sebuah sandiwara kehidupan yang hakikatnya sungguh memedihkan. Amarahku pada semua, adalah amarahku pada diri sendiri.

Carilah ruang kemaafan dalam diri dengan melalui jalan Tuhan untuk kembali pada-Nya. Agar diberi ketenangan hati dalam mendepani musibah yang melanda.

Perlu belajar memaafkan diri sendiri. Kerana selagi belum mampu memaafkan diri sendiri, maka aku pasti tidak akan mampu memaafkan kesalahan orang lain. Untuk memberi kemaafan pada orang lain, perlu terlebih dahulu memaafkan diri sendiri.

Hidup selepas ini hendak ku ukir dengan senyum dan tawa bersama-sama. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi ragamnya dua manusia hidup bersama. Maka, perlu kucari kemaafan pada diri sebagai bekal nanti untuk ku memberi kemaafan dengan rela hati kerana kasih dan sayang.

A pursuit of happiness, starts with a step of forgiveness.

Adios

p/s : Drama sandiwara ditengah malam kah?..;)..korang baca mesti tak paham..x perlu paham sebab aku pun rasa aku xpaham..aku pun x paham ap aku merepek panjang lebar kt atas nih..haha

No comments: