Pages

Subscribe

Sunday, May 1, 2011

Exam




Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak tulis..Al maklum le 4th year busy katanya...haha..anyway, lagi 2 minggu nak exam nih..hohoho..menggelabs+cuak+semua benda laah rasa..sampaikan dah jadik malas nak baca buku dan mahu berpasrah sahaja..(merungut jer lebih nih)

Beberapa minggu sudah, kitaorang Ohana Allstar wat Ohana. Tajuk of the day adalah EXAM..wohooo..kononnye sebagai persediaan motivasi untuk exam laa kan. Setiap org bg pengisian selama 15 minit..so cukup ler lebih kurang sejam total up..hehe..

Yang bestnya semua pun pakat setuju, exam tuh bukan hanya ujian peperiksaan semata-mata, tetapi ujian untuk menilai iman kita juga. I like what Arif said that day, 'Nikmat dan Ujian itu ada pada kedua-duanya'. Maksudnya mudah sahaja, dalam Nikmat akan ada ujian bersamanya, dan ujian akan ada nikmat bersamanya.

Exam tahun nih walaupun dah berkali-kali exam, rasanya bukan hanya sekadar exam medic sahaja. Ujian Allah bagi secara menyeluruh untuk menguji iman. Mai nak kupas bab Nikmat dan Ujian nih dalam konteks hidupku kini...=)

Ujian

Betullah Exam ini bukan semata-mata ujian kosong. Bila dah tgk banyak sangat subjek dan benda kena baca, then jadik freak out. Tatau nak baca mana dah..last2 demotivated..hoho..

Time-time tengah nak exam nih Allah nak uji iman. Tgh2 study mcm2 setan bisik dalam kepala. Semua benda-benda lepas mcm flashing back buat tayang gambar semula..Aduhssss...2 hari emosi tak stabil..nak study jiwa kacau, last2 study pun tak buat kerja pun tak..Yg buatnye hanya tidooooo..auhai..Memandangkan daku nak menjadi Psychiatrist..hehe..so prektis ler buat CBT(Cognitive Behaviour Therapy) kat diri sendiri..Alhamdulillah berjaya wehh..lepas tuh dah semangat balek nk study walaupun tak setinggi dan sesemangat sebelum tensi arituh..haha..

Time-time nak exam nih tetiba dilanda kerinduan tidak terhingga..Aduhhh sudah...rasa macam rindu sungguh2 pada masa lalu..rindu pada saat2 lepas, rindu kat orang-orang masa-masa itu..so banyak spend masa mengimbas memori lama(yg sebenarnye sangatlah tidak perlu sebab hanya menjejaskan emosi)...tapi sungguh sy rindu kat kawan saya..rindu nak berborak2, bergelak-gelak, rindu belaka semua laa...

Namun, begitu terasa ada nikmat dalam ujian tersebut... Nikmat kenapa? Sebab secara tidak langsung terasa diri ini sungguh lemah sehingga begitu mudah digoda syaitan dan nafsu untuk melayan perasaan. Dalam ujian tuh membuatkan kita akan reflect semula diri sendiri dan tahap iman. Ujian Allah itu mungkin merupakan asbab dan cara Allah nak ingatkan diri kita yang mungkin terleka, tersasar. Apa lg yang lebih besar selain nikmat iman.? Pernah teringat seorang kawan sebut, time-time exam nih laa selalu kita akan lebih dekat dengan Allah sebab bila kita diuji dalam bentuk ujian begini, kita akan lebih mengharap pertolongan Allah, dan Allah sangat suka hamba-Nya yang berharap dan meminta-minta pada Dia. Tapi kita yang terlupa nk dekatkan diri, dan bermunajat dan berdoa sungguh2 pada Allah.

Nikmat

Terasa nikmat dapat 'berehat' dirumah untuk study. Tak payah gaduh2 nak kena bangun awal pagi siap2 pergi sepital. Boleh lepak2 kat rumah study..best kot sambil merenung jendela melihat cuaca yang sangat indah. Nikmat-nikmat. Ada banyak masa-masa 'lapang' sebenarnya untuk merehatkan diri walaupun kena baca buku.

Tapi nikmat masa ini sungguh menjadi Ujian yang sungguh besar. Bila banyak masa nih, makin banyak le tidur nyer. Bila banyak masa nih syaitan pun menggoda2 untuk membazirkan masa dengan fesbuk dan perkara-perkara x berpekdah. Makin nak exam makin ligat fesbuknye. Aiyyaaa..Allah bg nikmat masa untuk bg peluang study betul-betul, tp bila dah study lama-lama dah mula laa rasa malas(syaitan dan nafsu malas makin hari makin mengada-ngada) dan buat benda-benda tak perlu sedangakn masa-masa tersebut banyak boleh dimanfaatkan. Time-time banyak masa nih laa Allah nk bg peluang tambah amal ibadat, tp bila makin banyak masa amal ibadat makin tak terjaga sebab dighalitkan oleh benda lagha. Astagfirullahala'zim.

Malam nih teringat balek kata-kata Arif dan Ohana tuh 'Nikmat dan Ujian itu ada pada kedua-duanya' aku sedang menikmati Nikmat Allah dalam Ujian-Nya, dan aku sedang diuji oleh Allah dengan Nikmat yang tidak terhingga. Cuma diri sendiri yg terleka untuk bertaubat dan bersyukur pada Allah.

Wallahu'alam

Adioss..Mari bermujahadah untuk belajar...!!!

No comments: