Pages

Subscribe

Monday, August 1, 2011

Gelagat Ramadhan



Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, Allah mengizinkan kita untuk menjejaki bulan penuh kebekatan, Ramadhan untuk sekali lagi...=)..Ramadhan kali ini saya sudah berdue...hihihi..

Rasanya fenomena biasa laa kan kita tgk bila awal Ramadhan alhamdulillah orang berpusu-pusu ke Masjid untuk solat terawih..yer lah terawih nih bulan R
amadhan jer buleh buat..semalam pergi masjid, penuh dan sesak macam semayang jumaat plak di tengah malam..hoho..Alhamdulillah~~~
Orang pun bawak anak-anak k masjid untuk didik anak-anak solat terawih..=)

Tapi, bila pergi subuh hari nih, walaupun bilangan saff bertambah menjadi 3 saff, tp hendak dibandingkan dengan Terawih semalam ternyata jauh berbeza..walaupun pada hakikatnya, harinih di Kedah cuti..1 Ramadhan cuti umum kat Kedah..kalau orang boleh bangun makan soq (sahur) napa lepas tuh x leh pergi masjid semayang subuh???

Begini alkisahnya, rasanya kita masih belum memahami keutamaan didalam beribadah..pernah dulu baca buku Fiqh Aulawiyat karangan Dr Sheikh Yusuf Qaradhawi, beliau memperincikan dalam kitab tersebut, keutamaan amalan-amalan yang diperintahkan kepada manusia. Dan of kos laa amalan wajib itu adalah amalan paling utama, yakni termasuklah solat 5 waktu. Selepas itu barulah diikuti pula dengan amalan sunat yang dibahagikan pula kepada sunat muakkad, ghairu muakkad dan sebagainya. Begitu juga peringkat dosa yang dibahagikan lagi mengikut keutamaan.


Dalam konteks solat subuh dan terawih nih, of kos, solat wajid berjemaah di masjid itu lebih utama...Solat wajib berjemaah di surau adalah jaaaaaauuuuh lebih utama dari solat terawih berjemaah di masjid. Sedang Rasulullah pun melakuka solat sunat terawih di rumah beliau, tetapi mengugut untuk membakar rumah orang yang tidak bersolat jemaah di masjid.

Begitu juga dalam bab mendidik anak-anak untuk solat berjemaah...kita didik dan ajar anak kita solat terawih berjemaah, tapi tidak kita bawak anak-anak untuk solat fardhu berjemaah di masjid. Priority patut diberikan pada mendidik mereka solat fardhu berjemaah kerana itu asas yang jauh lebih penting dan utama..

Bukanlah nak kata tak elok pi semayang terawih kat masjid malah digalakkan, tp dalam pada itu, kita kena berusaha untuk solat jemaah di masjid juga...diri yang menulis nih pun solat jemaah di masjid pun banyak kekurangan, tp sama-sama laa kita perbaiki diri yer dop..




Teringat juga Ustaz Nik Abduh Nik Aziz ada cakap, perbaiki mutu amalan wajib kita..kita boleh buat yang sunat, tp priority diberikan utk menambahbaik amalan wajib seperti solat berjemaah.

Sama-samalah kita di bulan Ramadhan penuh barakah nih, berusaha untuk solat berjemaah dimasjid, agar menjadi tarbiyah yang berkekalan buat diri kita..Semoga tulisan ini menjadi peringatan untuk diri disaat terlupa akan pesanan yang pernah diberikan..

Wallahu'alam

Selamat mengejar pahala dan ganjaran Ramadhan yang dijanjikan Allah..

Adioss~~

No comments: