Pages

Subscribe

Saturday, September 10, 2011

The Power Of Love

Assalamualaikum wbt.

Semalam dah tulis, nk tulis pasai 2 orang mak kat paeds ward yang dijumpai minggu nih..Allahu Allah...mmg Allah itu Maha Mengetahui..Mengapa dia menciptakan makhluk bernama manusia yang ditumpangi dalam rahim seorang WANITA..kerana hanya wanita mampu menampung rasa cinta seluas semesta untuk anak-anak dan zuriatnya..

" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). "[Luqman 31:14]

Alkisahnya, kan kt ward x banyak patient, adn arituh ada tutorial ngan Dr Murray, and dia suh kitaorg 5 org jumpa patient nih and ambik history n present (apa 5 org?? nk ambik history guano tuh??hehe). Then pergi laa jumpa seorang perempuan nih. Anak dia ada rare genetic disease jugak nama Ellis Van Creveld Syndrome. Baby tuh basically ada short limbs, tangan n kaki, ada heart problem, and few others. And bila tanya mak dia bila datang sepital, mak dia kata, 'owh, we've never been home since she was born'..Terbatuk jap. Budak tuh dah 3 bulan, n mmg dia dok sepital jer, cuma pindah2 sepital utk buat surgery..

Yg bestnya adalah bila tanya mak dia kerja apa semua, mak dia nih anak dol rupanya. Kalo yg dok UK/Eire nih tahu ler anak dol tuh apa..basically muda, x kerja..and bila tanya ayah mana, owh dia single mom (which is very common). So die nyer support system adalah kawan2 dia yg jadik Godmother baby tuh..hoho..Mak dia nih muda lg..bila tanya plan dia, owh before beranak dia plan nk masuk college smbung study, tp lepas lahir cancel sbb baby masuk sepital..

Sorang lg mak nih, anak dol jugak, ayah pun dol jugak x kerja. tanya umur baru 24, anak sulung umur 3 tahun dah. Baby dia dah 14 months but severe developmentally delay. Baby dia x leh duduk pun lg, boleh baring jer..nk grab things pun x leh. Bila bincang2 padal development dia, apa yg dia boleh buat cam baby umur 2 bulan jer..hoho..baby nih pun penyakit genetic gak iaitu 1p36 Deletion Syndrome..Basically dia present ngan cleft lips and palate, severe motor and global delay, epilepsy syndrome, infantile spasm, heart problem, scoliosis. Dia pun mmg dok sepital jer sejak lahir. Kalo balek umah pun seminggu dua, pastu catch infection, masuk sepital balek. Suami dia tak membantu sgt dan tak kesah sgt pasal baby tuh..hoho..

Bila borak2 ngan isteri, kagum laa sebenarnya ngan derang nih. Org selalu pandang lekeh sket anak-anak dol, yg muda2 x kerja nih sbb selalu perangai cam haprak sket. Tapi mak dua org nih mmg sangat dikagumi. Teramatlah susah nk jaga baby yg macam tuh. Kena sungguh tabah dan strong. Tak terbayang diminda betapa banyak effort dan kesabaran yg mereka perlu lakukan. I'm sure there must be lots of sacrifice to be made..tp mak dua org nih always there for their sick babies..

Kalo kt mesia, anak sempurna cukup lengkap kita jumpa kt tepi tong sampah dan sebagainya. Tuh yg agama islam, yg terdidik disekolah dan sebagainya.

Teringat, time Ujet masuk ICU time summer arituh. Pergi visit dia kt ICU tuh, sebelah dia tuh ada sorang baby down's syndrome rasanya umur x sampai setahun lg, tp mmg severe congenital heart disease laa..pastuh tanya laa mak, 'Nih anak sapa?'. Mak, kata ' Anak Misi'. Sejak lahir mmg dia dok ICU jer x kuar sbb heart problem and went through a lot of surgeries. Dan mak ayah dia cuma dtg hantar pampers jer..Nurse2 yg jaga and take care of the baby sejak dia lahir lagi..

Sangat berbeza kan 2 org mak yg kt atas tuh ngan mak baby kt ICU tuh..Allahu Allah..

Sama-sama kita boleh fikir dan nilaikan..malas nk elaborate panjang2..

"Ya Allah, jadikanlah kami ibu dan bapa yang bertakwa agar kami dianugerahkan zuriat-zuriat yang mendirikan solat dan memperjuangkan agama-Mu. Berikan ketabahan kepada kami tatkala kami ditakdirkan-Mu menjadi ibu dan bapa, agar kami dapat mendidik anak-anak untuk menjadi hamba yang bertaqwa"

Adios..

No comments: