Pages

Subscribe

Sunday, October 30, 2011

The Car

*Our first car together after going through and 'adventurous' journey of owning it*

Assalamualaikum wbt.

Al-kisahnya bagi memudahkan pergerakan di Cork nih untuk ulang alik ke hospital, pergi campus, pergi program-program ceramah dan sebagainya kat sini, maka kami pun memutuskan untuk membeli sebutir kereta.

Mula-mula tuh search la kat website yang jual kereta second hand, dah lama search tuh ada la jumpa satu kereta Peugeot 206 nih yang kami berkenan, tp harga dia takde la kami berkenan mana sebab mahai jugak. Pastuh kitaorg call and contact la the seller tuh dan buat appointment utk tgk kereta. Then, esoknya tuh kitaorg tgk2 kereta tuh dan berpuas hati la jugak nak beli. So selepas tawar menawar maka, dah deal la nak ambik kereta tuh pada harga yang telah dipersetujui. *dia siap offer baby car seat and Baby stroller for 50euro lg..haha*

Pastuh balik petang tuh, tetiba mendapat panggilan dari kawan kata ada Malaysian nak jual kereta. Of kos la kereta yg Malaysia tuh nk jual much cheaper by 500e. Mula-mula tuh x nak la fikir sangat sebab dah janji ngan orang tuh nak beli kereta dia (walaupun x bayar deposit pape lagi). Pastuh malam tuh call seller yg nk jual tuh and dia hantar email gambar kereta dia. Bila tgk kereta tuh cam cun aaa..mmg jauh lg cantik dan better dr Peugeot yang kitaorg nak tuh. And the price is 500e cheaper. So apa lagi, terus laa decide nak ambik kereta yang Malaysian tuh nak jual tuh. Esoknya call seller peugeot tuh untuk cancelkan. Sian gak owner tuh, siap sedih-sedih lagi. Kitaorg pun rasa bersalah sebab dah janji semua kan. Tapi it's 500e cheaper!!! hohoho..

Lepas dapat kereta tuh, maka struggle la cari insurans tetapi semua mahal and banyak company taknak terima sebab student and guna foreign licence. Dalam xder insurans lg tuh, selamba je gune kereta tuh macam zaman-zaman kereta barai dulu yg x der insurans and tax tp drive tiap2 hari and pernah sampai ke west cork lg..haha..Nak dijadikan cerita, selepas beberapa hari guna kereta baru tuh, malam khamis tuh lepas on the way balik Ohana, kereta ditahan oleh Garda...jeng jeng jeng..*berpeluh* Disebabkan kereta tuh tiada insurans maka, kena tahan polis and then dia seize kereta tuh ke balai. So kena pergi ambik balek kereta tuh kena bawak rpoof of ownership and insurans. Charge utk claim kereta 120e and kos storage kereta tuh e35 semalam...perghhhhhh...

Masalahnye belum tukar proof of ownership sbb it takes 2 weeks dan insurans pun belum beli. Terpaksa contact previous owner mintak tolong dia, tp insurans dia pun dia dah buang disc. Pergi ulang laik ke Garda office tuh 4 kali rasanya, and 3 kali dengan previous owner..sian dia dah le kerja sume..Tp memang payah le nak dapat. Sampai 4 kali pergi macam2 hal..tp Alhamdulillah last2 dapat jugak after 9 days the car was there...Tiap ari rasa sedih gila tgk duit 35euro mengalir camtuh je..hoho..stress super memikirkan cara nk dptkan semula kereta tuh. Nasib baik tgh cuti skang nih, tp masa cuti nih terbuang begitu saha menguruskan kereta tersebut. Tapi memang mencabar dan menguji kesabaran rumah tangga kami berdua leee..yer la dua2 pun pening pikir..bukak buku terbayang kereta dan duit yg mengalir hari-hari tuh..

Tapi first kena tahan tuh sebenarnya time tuh cuba bertenang je and tak frustrated, tetapi ada org lain plak yg frust *hekhek..;P*..owh isteri stress seab banyak benda2 lain lg time tuh dia nak kena uruskan and dia pun x sihat sangat at that time and tetiba suami balek buat muka kerang busuk membawa berita kurang baik...*sian isteriku*..Tapi alhamdulillah dapat bersabar lg sepanjang tempoh tuh, walaupun ada masa yang memang nak pasrah and let go jer kereta tuh..Tiap kali pergi Garda Office and balik dengan kecewa, Alhamdulillah tgk muka isteri di rumah, rasa terubat kekecewaan and rasa perlu berusaha lagi untuk dapatkan kereta itu so that isteri x perlu lagi jalan jauh2 pergi kelas and then balek rumah sakit perut dan tak sihat...

Nak dijadikan cerita lagi, memang Allah nak uji dan memberi peringatan laa..first of kos, lesson learnt, drive legally everybody!!..hehe..sebelum beli kereta tuh kononnya excited nak guna kereta sebab dapat pergi masjid, solat berjemaah. Bila dah ada kereta tuh berapa kali je sebenarnye pergi masjid..hoho..memang Allah nak bagi pengajaran on the spot laaa..And bila fikir balik, bila tambah kos asal kereta n kos kereta yang first mula-mula dah janji nak beli tuh jadik sama jer harga..hoho..so mungkin Allah nak bg peringatan so that bila kita dah berjanji jangan mudah nak mungkiri and stick with your stand and your promise regardless. Memang kita akan diuji dengan dunia, harta benda, kemewahan dan pangkat darjat, tp kena stick with our principal regardless..

Jadi, Alhamdulillah, waktu nak dapatkan kereta tuh time pergi Garda Office for 4th time tuh, Allah mudahkan sungguh dan polis tuh x tgk dah pun dokumen2 yg sebelum nih dia beriya nak tgk tuh..

Airtuh baca satu status Fb sape ntah tulis, bila kita diuji Allah, adakah kita SABAR, REDHA dan SYUKUR. Ketiga2 tuh martabatnye berbeza, tapi yang paling tinggi sekiranya dalam ujian itu kita bersyukur kepada Allah.

Wallahu'lam

Adios~

1 comment:

Nia Ridzwan said...

Alhamdulillah, tahniah.
Semoga bermanfaat kereta tu :)