Pages

Subscribe

Thursday, October 6, 2011

God Bless!

God Bless!

Sedang menelaah di computer room sambil search internet semalam, tetiba terdengar seorang lelaki irish muda bersin

' Haaachooooh' (mungkin bunyi sedikit berbeza tapi bayangkan orangg tengah bersin ye)

Kemudian dua orang lelaki disebelahnya cepat berkata

' God Bless' dan seorang lg berkata ' Bless you'

Kemudian dia bersin lagi ' Hacchoooooooh '

Mereka cepat menjawab 'God Bless'.

Kemudian terus terasa tersentak dan bermuhasabah diri. Islam mengajar kita doa yang cukup cantik.

Apabila bersin kita mengucapkan ' Alhamdulillah'

Muslim disebelah yang mendengarnya lantas mendoakan kebaikan

'Yarhamka Allah'

Kemudian kita kembali mendoakan.

' Yahdikumullah'

Cantik! Sungguh cantik.

Begitu cantik islam mengajar kita, ibadah dan akhlak, digabungkan menjadi satu elemen didalam agama yang cukup hebat dan unik. Aku sentiasa memahami bahawa akhlak itu adalah manifestasi ibadah.

Saling mendoakan antara satu sama lain utk rahmat dan kebaikan, selain merupakan ibadah adalah akhlak kita sesame manusia.

Namun, sejauh mana pengamalanku terhadap perkara yang sekecil ini.

Doa ketika bersin bukan sekadar ucapan biasa semata-mata, tetapi melatih diri untuk saling mendoakan antara satu sama lain. Ia juga bukti kebesaran Allah untuk menunjukkan simbiosis manusia, saling memerlukan antara satu sama lain, saling mendoakan kebaikan untuk satu sama lain. Ia juga menunjukkan akhlak kita sesama muslim.

Suka untuk kita mengingat kembali berkenaan Aqidah, Ibadah dan Akhlah dan dimana perkaitannya.

Aqidah adalah perkara dasar dan asas kepada agama. tanpa akidah tiada agama.

Ibadah pula adalah manifestasi aqidah dan iman. Keteguhan aqidah dan iman dizahirkan melalui ibadah yang hebat. Hanya mereka yang benar-benar kuat iman dan aqidahnya, mampu beribadah dengan khusyu’ dan menikmati manisnya iman.

Adapun dimana pula letaknya akhlak? Dimana kedudukan ahlak didalam perkaitan ini?

Mari kita fahami hadith Rasulullah berkenaan Akhlak.

Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlaq yag baik “ (Hadith riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Ya, Rasulullah mengkhabarkan kepada kita, perkara yang paling berat sekali timbangannya di Mizan kelak adalah akhlak, bukan puasa, bukan solat dan bukan sedekah?

Mengapa begitu?

Jawapannya mudah, kerana akhlak itu adalah manifestasi kepada Ibadah. Akhlak yang mulia adalah cerminan dari ibadah yang mantap. dan seperti yang kita fahami, ibadah yang mantap itu pula hasil kekuatan iman dan aqidah.

Maka, jelaslah akhlak itu merangkumi aqidah, ibadah yang dimanifestasikan dan dirangkumkan kesemuanya menjadi satu.

Maka, jangan merendahkan akhlak yang nampak kecil, seperti senyum, mendoakan sahabat ketika bersin, berkata baik dan sebagainya kerana ia adalah cerminan kepada aqidah dan ibadah kita.

Kerana timbangannya berat di Mizan kelak, kerana akhlak yang baik ini hanya dapat dizahirkan melalui Akidah dan Ibadah yang mantap. Mereka yang berakhlak mulia adalah mereka yang mantap iman dan akidahnya dan kuat ibadahnya.

No comments: