Pages

Subscribe

Wednesday, January 4, 2012

Nada Yang Sama


Assalamualaikum wbt.

Hari ini dan semalam rasa x sehat sangat sebab demam dan selesema..Winter Bug kot..So hari nih terlantar dikatil mewah di B&B nih..hoho..Xder laa x sehat sangat sampai x larat nk bangun mcm sebelum-sebelum nih tp rasa x larat laa..

So, sebab dah agak lama x call rumah sbb cuti winter pergi berjauhlah dan sebagainya, maka call laa mak..Bila mak tanya sehat ke x, cakap laa demam..

As usual...

Nada kerisauan mak masih sama..
Sama seperti tahun-tahun yang lalu..
Sama saatnya tika masih bujang
Sama nadanya ketika sudah berumahtangga
'Demam biasa je mak'..kataku..
'Ubat batuk ada, ubat nih dah makan, ubat tu dah makan'..Mak mengeluarkan cadangan-cadangan ubatnya yg nadanya sama seperti sebelumnya..tidaklah seperti mengarahkan, tetapi cukup memberitahu bahawa emak sayang dan kasihkan anaknya

Nada yang sama..Ibu yang sama..Kasih yang tidak pernah berubah..cinta ibu terus mekar dihati.

Semoga cintaku pada mu wahai ibu tetap sama..biarpun telah bertakhta seorang permaisuri dihati, tetapi kau tetap teristimewa,

Semoga contaku padamu wahai ibu tetap selamanya..biarpun disisi ku zuriat penyejuk mata memenuhi ruang hati seorang bapa, kau tetap teristimewa.

Semoga anakmu ini dapat menjaga mak dan ayah apabila telah tua nanti dengan sepenuh kasih sayang seperti mana kau telah mengasihiku selama ini.

Mak, Nadamu masih sama...:)

No comments: