Pages

Subscribe

Tuesday, May 29, 2012

Pelajaran Pertama

Amani weigh 3.6kg today. She gained 600g after just 3 weeks. Amani, please don't grow too fast, papa will miss you a lot...hehe
Assalamualaikum wbt.

Nur Islam Amani, kini berusia 3 minggu. Namun baru 3 minggu sahaja, dia sudah cepat belajar dan begitu pandai. Lebih kurang seminggu lepas, saya dan isteri menyedari Amani sangat suka dan kuat menangis. Ibu bapa mana tidak risau melihat anaknya menangis tidak kira siang atau malam. Yang saya perasan Amani kerap menangis sebelum tidur. Susah hendak tidurkan dia, kerana tiap kali hendak ditidurkan dia akan menangis.

Tiap kali hendak tidur juga, Amani selalunya hendak minum susu walaupun sebelum itu telah diberi susu dengan banyaknya. Amani juga akan buat gaya mahu susu yang kalau orang tengok tuh akan ingat dia sungguh lapar.

Lepas seminggu, saya menyedari, tiada apa yang tidak kena dengan Amani. Dia sihat-sihat sahaja, cumanya kuat menangis. Perut sudah kenyang, lampin sudah bertukar, dodoi sudah,[erut pun tidak kembung dan sudah disapu minyak namun masih tidak mahu tidur.

Maka, saya membuat hipotesis, Amani sebenarnya sedang membina sikapnya dan tabiatnya. Sikapnya yang suka menangis adalah lantaran manjanya, dan tabiat mahu menyusu sebelum tidur walaupun telah kenyang adalah tabiat yang perlu diubah.

Amani juga susah tidur ketika malam kerana tiap kali dia hendak tidur, dia mahu menyusu, maka dia menjadi terlalu kenyang dan perutnya tidak selesa, maka dia menangis lagi dan mahu susu lagi hingga ia menjadi satu kitaran. Saya dan isteri mulanya sangat risau kerana dia minum susu dengan banyak dan kemudian kerpa muntah dengan banyak. Dia juga susah tidur malam. Kesian isteri terpaksa berjaga malam menidurkan dia.



Maka, beberapa hari lepas, apabila Amani mahu tidur dia akan menangis dan mahu susu. Selalunya bila dia menangis, kami akan mendukungnya dan memberi susu, tapi hari itu tidak. Saya biarkan sahaja dia menangis sambil mendodoikannya. Terpaksa bertahan dengan tangisannya yang kuat itu. Walaupun jauh disudut hati sangat kesian bila dia menangis dan tidak sampai hati, tapi saya biarkan dia menangis dan tidak memberikannya susu. (Amani akan buat gaya kelaparan dan mulut seperti ana burung kelaparan. Comel sungguh..hehe). Tapi dibiarkan sahaja kerana tahu dia telah kenyang sebenarnya.


Dia menangis dengan kuat 10 minit pertama, dan dibiarkan sahaja. Kemudian dia berhenti menangis, mungkin kerana penat kot. Lepas 2 minit dia sambung menangis semula dengan kuat (seperti kesakitan), namun masih dibiarkan. Kemudian tiba-tiba lepas menjerit dengan kuat dia terus tidur (dengan buat muka gaya tidak bersalah). Tidurnya kali itu jauh lebih lama dan nyenyak kerana perutnya lebih selesa dan dia tidak lagi muntah-muntah ketika tidur. Selalunya yang membuatkan dia terjaga adalah bila dia tersedak dan muntah ketika tidur.

Malam itu, sebelum tidur dia menangis lagi. Mula-mula isteri sangat kasihan melihat dia menangis dan mengangkanya dan memberikan susu. Namun, saya bertegas dengan isteri agar Amani diletakkan semula dan dibiarkan. Lepas seketika menangis akhirnya dia tidur dengan nyenyak.

Amani juga akan menangis apabila naik kereta dan duduk dalam carseat. Selalunya kena berhenti tepi jalan dan tidurkan dia dulu baru boleh jalan, dan kalau tak gerak lagi, kena tunggu dia tidur baru boleh jalan. Susah betul. Maka, semalam bila naik kereta dia menangis, saya biarkan sahaja dia di carseatnya. Malu juga bila orang lalu lalang melihat-lihat ke dalam kereta..hehe..Tapi lepas beberapa kali memangis dia tidur sendiri dengan lena. So cute.

Amani's first lesson was to sleep properly. The habit of crying and wanting to drink he milk has to stop, and Amani did learn that quickly at the age of 3 weeks. So proud of her.

The satisfaction of looking at you own child learning about life is an amazingly wonderful feeling. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, kini nak tidurkan Amani lebih mudah dan tidurnya juga lebih lama. Walaupun dia menangis juga, tapi tidaklah lama dan selalunya dia merengek sahaja.

p/s : dah lama tak tulis blog, ayat pun skema superrrrrrrr....hihi..

1 comment:

Beatrice Bianus said...

selamat menjadi ayah yg baik ^^..