Pages

Subscribe

Friday, May 31, 2013

Housemanship

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, after quite a while not writing anything, given a time and chance by Allah to just scribble down thoughts and feelings about life....

*intro kna bahasa inggeris sket, baru mantop..lepas nih bahasa rojakksss...:D*

Just started housemanship 2 months ago. I'm starting with Orthopedic and beloved wife with Surgery...Oh my..tagging days for 14 days was a nightmare..went back at 12am everyday for 14 days and had to come to ward and review patient at 5.30am everyday..nasib baik rumah dekat, boleh jln kaki ja.. bgn pkul 5.00 pun sempat..Rasa mcm a walking zombie je everyday..very tiring..Blk memang tak fikir benda lain melainkan tidur..Sian Amani..terpaksa tinggal dia kat kuala nerang..mmg berhari2 la x jumpa dia...

Alhamdulillah, lepas tagging, life seems much better...Starting to enjoy my work as a doctor...:)
I always want to remember the first week as a houseman..a total clueless, blur and super blurrrrrrrrr..macam semua benda tak tahu...blurrrr yg teramatt..kalau fikir blk mesti sgt klaka..

Kerja dekat IT hospital nih mmgla at the beginning tough sket nk biasakan diri dgn systems computer..buat kerja mmg teramatlah slowww..hehe..pastuh nk kena hafal each case dgn details when everything seems to be very unfamiliar..nama fracture bones yg pelik2, procedure yg mcm2..pastuh nk kna present, terbelit lidah...hihi

Mula2 kerja, almost everyday kena marah dgn MO...sampai nk dtg kerja pun cuak sbb takut buat salah n kena marah...memang awal2 rasa demotivated nk kerja..dgn penatnya, takut kena marahnya..environment sgt tidak memberikan motivasi..Pernah skali MO tarik kolar baju dgn tidak puas hatinya..wohoooo...kalau tetiba ada phone call, mesti dah palpitations and dok pikir apa salah aku buat arinih..hihi..Alhamdulillah, i had my colleagues yg very helpful and friendly...the job that i hate the most is inserting branula and blood taking..bukan benci sbb apa, sbb sgt tidak terer nk masuk branula..kesian kt patient kna cucuk bnyk kali...first day try nk masuk branula kt 4 patients..semua gagal...hihi..second day berjaya buat satu, rasa gumbira super...hahaha..tp nk ambik ABG still slalu fail lg..kna prektis lg...hehe

Eventhough you work from 5.30am up till 6.00pm (kalau bernasib baik boleh blk pkul 6), tp still rasa masa berlalu dgn cepat, sbb life is very fast moving in ward...semua benda nk kna cepat..tup tup dah pkul 6..hehe.

I noticed after 2 months, kita dah mcm kurang sket concern and care about patient...i mean a sincere concern..waktu awal2 masuk kerja, i worried almost everything about my patient..but now, mcm nk just get the job done..dah jd work oriented instead of people oriented..sometime terlupa, we are dealing with humans with hearts, feelings and emotion...

The thing i feel sorry the most is Amani...huhu..sian dia..tiap2 hari dpt spend masa dgn parents dia for 2-3 hours je..tuh pun Mama and Papa dia dah super penat nk melayan dia lg...mula2 tuh dia mmg nk kita dukung jer bila blk kerja...letak jer nangiss..dah la tgh penat kan..kdg2 geram la jugak..tp bila fikir balik kesian sgt kt dia...she really want the attention from Mama and Papa dia..sbb tuh yg nk dukung jer tuh..dia boleh je main sendiri2 dia, tp she must have missed us a lot and wanted to hug and be with her parents je...Now, trying our best to spend quality time with her..:)

Semoga Allah bantu mudahkan kehidupan kami sekeluarga...tiap2 hari, i will remind myself utk bekerja dgn ikhlas dan bertawakkal kpd Allah atas setiap urusan kehidupan..tinggalkan anak dibawah jagaan Allah, hati rasa aman dan tenang..

Thursday, February 14, 2013

Rindu


Assalamualaikum wbt...

Hari ini sungguh merindui untuk menjejakkan kaki ke bumi Haram, Makkah Al-Mukarramah...

Walaupun seumur hidup ini belum pernah lagi menjejakkan kaki ke sana, namun, teringin amat untuk ke sana...

Sudah merata tempat dijelajahi, London, Berlin, Prague, Vienna, Austria, Rome, Milan etc namun rumah Allah yang itu belum dikunjungi...

Teringat dulu kawan pernah kata, "Kita nih Vatican City dah jejak, dah pusing, Makkah tak jugak perginya"

Waktu zaman Allah murahkan rezeki dengan duit, kesengan dan kesempatan masa, dibazirkan untuk perkara-perkara lain..

Bila baca kisah orang pergi umrah, ke haji ke, mesti rasa sedih, dalam hati, bila la akan dapat ku kesana...

Dah kerja nnti semoga Allah bg kesempatan rezeki dan waktu untuk ke sana...

Sunday, January 27, 2013

Kasih Atau Sisih Sayang


Kasih Atau Sisih Sayang

Beberapa hari yang lalu saya berpeluang untuk menyertai aktiviti khidmat masyarakat untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman menziarahi pesakit-pesakit dirumah mereka untuk membuat pemeriksaan perubatan ringkas. Banyak pengalaman berharga yang dikutip dari pengalaman yang sebentar cuma. Program yang hanya walaupun sebentar ini banyak mendidik jiwa untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Kasih Sayang

Kami mengunjungi seorang pesakit wanita yang telah mengalami kelumpuhan seluruh badannya terutama dibahagian kiri badan ekoran pembedahan membuang tumor di bahagian kanan otaknya semenjak 12 tahun yang lalu. Namun begitu beliau begitu bertuah mempunyai seorang suami mithali yang setia menjaganya.
Pak cik yang mengiringi kami pada hari itu menjelaskan kekaguman seluruh masyarakat kampung terhadap kesetiaan suaminya yang setia menemani disisi menjaga si isteri dengan penuh sabar.  Boleh sahaja beliau yang masih muda dalam umur sekitar 40an ketika itu untuk berkahwin semula, mungkin lebih bahagia kehidupannya bersama isteri yang baru, namun, beliau tetap memilih untuk setia menemani isterinya.

Saya bertanyakan kepada suami tersebut adakah beliau memeriksa dibahagian belakang pesakit untuk memastikan tiada ‘pressure sore’ akibat dari berbaring terlalu lama. Lantas, Pak cik yang menemani kami memintas menjawab “ Oh, jangan risau doktor, dia jaga isteri dia dengan amat baik”. Suami tadi hanya tersenyum dan berkata “ Dah isteri saya, doktor”. Memang pesakit tersebut dijaga dengan amat baik, kerana ketika menziarahinya tidak langsung terbau bauan yang tidak menyenangkan. Malah, keadaan pesakit kelihatan bersih dan rapi, tanda dia dijaga dengan sangat baik.

Saya juga sempat menjeling kearah beberapa gambar pasangan tersebut yang berada diatas almari, gambar mesra mereka berdua ketika sebelum ditimpa ujian yang berat dari Allah. Mungkin gambar itulah yang mereka tatap bersama mengimbas memori bahagia semalam, sebagai bekal kekuatan menempuh hari esok.
Begitulah setianya si suami menjaga isteri yang telah lumpuh dengan penuh cinta dan kasih sayang. Kasih dan cinta yang moga-moga Allah memberikan keampunan dan menganugerahkan syurga buat kesabaran mereka.
Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan sabda Nabi yang bermaksud:

Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”(Riwayat Abu Daud)

Sisih Sayang

Namun, lain pula ceritanya seorang mak cik yang mengidap barah payudara dan sedang menjalani kemoterapi sebagai rawatan susulan selepas pembedahan. Dia perlu berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan sesi kemoterapi. Namun, beliau runsing memikirkan bagaimana hendak ke sana kerana tiada pengangkutan. Saudara mara enggan menumpangkan dan memberi pinjam kereta mereka, dan selalu memberikan pelbagai alasan seperti kereta rosak dan sebagainya.

Lebih menyedihkan, anaknya lelakinya sendiri menyisihkannya. Entah dari mana mitos dan fahaman salah yang menguasai fikiran mereka bahawa pesakit tersebut boleh menyebabkan jangkitan kepada orang sekelilingnya. Disebabkan itulah, anak lelakinya sendiri pun menyisihkannya. Berkali-kali beliau bertanya untuk mendapatkan kepastian adakah ia boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain, berkali-kali itulah juga yang tegaskan dan terangkan bahawa ia tidak akan berjangkit.

Mak cik itu juga menceritakan kisah dan pengalaman kawannya yang turut mengidap barah payudara bahawa suaminya sendiri enggang berkongsi tandas denganya, bimbang dijangkiti. Maka, dia membuat tabir baru didalam rumah untuk mengasingkan tandas dan sebaginya bagi mengelakkan jangkitan kononnya.
Parah, sungguh parah. Dari mana mereka mendapat pemahaman sebagitu yang menatijahkan anak menyisihkan ibu, suami menyisihkan isterinya. Sedangkan sepatutnya dalam situasi genting pesakit berusaha melawan penyakitnya, dia memerlukan sokongan dan perhatian dari orang-orang yang disayangi.

Kasih Yang Tersisih

Kasih sayang bukan suatu yang berkekalan. Ia sungguh mudah disisihkan, walaupun ia ikatan darah sekalipun. Entah apa yang melandasi kasih sayang manusia ketika ini. Saat gembira semuanya sayang dan cinta, saat susah pudarlah cinta, punahlah sayang.

Sewaktu menuntut di Ireland dahulu, kerap juga mendengar rungutan sahabat-sahabat doktor yang bekerja, apabila tiba musim perayaan seperti Krismas, anak-anak akan menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua ke hospital kononnya mereka tidak sihat, walhal, ibu bapa mereka baik-baik sahaja. Sedangkan yang sebenarnya mereka mahu merayakan dan menikmati musim cuti tanpa perlu menyusahkan diri melayan karenah ibu bapa yang sudah tua, yang sudah nyanyuk.

Kisah-kisah teladan ini adalah untuk mengingatkan diri kita apabila tiba saatnya kelak kita diuji Allah, kita mampu teguh dan cinta dan kasih sayang.

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 6, 2012

Monday, November 5, 2012

Cahaya Untuk Nur Islam


*Kita boleh menyuruh anak-anak perempuan kita bertudung litup dan labuh, namun diluar sana, mereka melihat perempuan-perempuan berpakaian seksi mencolok mata, di kaca tv, artis-artisnya berpakaian jauh dari apa yang didengarnya dari ibu dan bapa*
Cahaya Untuk Nur Islam
Alhamdulillah, pengalaman menjadi seorang bapa merupakan suatu pengalaman dan kegembiraan hidup dari anugerah dan karunia Allah yang tidak terhingga. Nur Islam kini telah pun 6 bulan, namun tempoh menjadi bapa telah bermula sementelah Nur Islam masih didalam kandungan lagi, mungkin peranan itu digalas jauh lebih lama sebelum itu, semasa masih bujang. Hakikatnya bagi seorang lelaki, tugas menjadi seorang bapa dan ketua keluarga itu bukan bermula sebaik akad telah dilafaz, namun persediaan dan tuntutannya bermula jauh lama sebelum itu lagi.
Membesarkan seorang anak perempuan merupakan tanggungjawab dan amanah yang besar tergalas di bahu ibu dan bapa, namun Rasulullah memberikan suntikan motivasi buat ibu bapa yang cemerlang dalam membesarkan anak-anak mereka,
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Menjadi seorang bapa, pastinya kita menginginkan yang terbaik dari segala yang terbaik buat zuriat kesayangan kita. Ibu bapa akan berusaha sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

‘Overprotective’
Saya menyedari sikap dan perangai yang mungkin menjadi pendekatan yang lahir dari nurani seorang bapa, saya menjadi seorang yang ‘overprotective’ terhadap anak. Setiap masa memikirkan keselamatannya. Risau akan ditimpa kecelakaan, walaupun hakikat hati amat memahami bahawa segala musibah itu datangnya dari Allah, namun, sebagai seorang bapa, usaha untuk mencegah musibah dan bahaya itu perlu. Walaupun anak masih belum boleh meniarap dan bergerak jauh, jikalau ingin meninggalkannya sebentar diatas katil, saya akan pastikan untuk memagar katil dengan bantal-bantal, risau saat meninggalkannya dia telah boleh untuk bergerak jauh dan jatuh. Saya menjadi seorang bapa yang cuba menjauhkan marabahaya dari anak. Maka, menjadi seorang yang sangat ‘observant’ dan ‘perceptive’ untuk menilai risiko-risiko yang boleh menyebabkan bahaya.
Selain dari soal keselamatan, yang pasti, saya sudah memikirkan soal masa hadapannya. Risau dan runsing memikirkan dunia masa hadapan yang bakal ditempuhnya. Saatnya baru berusia sebulan, saya sudah memikirkan kelak mahu mengahwinkannya dengan siapa, apakah ciri-ciri bakal suaminya yang akan saya redha. Saya juga telah memikirkan persekolahannya kelak, suasana persekitarannya bagaimana, sahabat-sahabatnya siapa, dan pelbagai perkara lagi.
Membuat pilihan
Namun, disebalik semua kerunsingan itu, saya amat menyedari dan memahami bahawa sebagai seorang bapa, saya tidak mampu untuk mengawal dan mengongkong anak seperti kemahuan saya. Teringat perbualan bersama bapa mertua, katanya
“ Ayah hanya boleh mengajar anak-anak sedari kecil supaya mereka boleh membuat pilihan dan memilih yang terbaik, tetapi ayah tidak boleh memaksa mereka untuk memilih ”
Saya amat memahami maksud tersebut, sebagai seorang bapa, kita sedar kita tidak mampu memaksa anak-anak membuat pilihan walaupun kita merasakan itu yang terbaik buat mereka. Perkara terbaik yang kita boleh lakukan adalah mendidik mereka dan mengajarkan kepada mereka sistem dan nilai-nilai kehidupan untuk membantu mereka membuat pilihan didalam hidup mereka. Semoga apabila tiba masa mereka perlu membuat keputusan melibatkan hidup, iman dan masa depan mereka, mereka membuat pertimbangan berdasarkan acuan islam iaitulah Al-Quran dan Sunnah.
Sebagai ibubapa kita menyedari, dunia didalam rumah dan bi’ah yang kita cuba bentuk didalam keluarga dan rumah, adalah suasana yang teramat jauh berbeza dari suasana diluar rumah. Di dalam rumah kita ajar anak-anak untuk solat, beribadah dan takutkan Allah, namun suasana diluar akan menangkis imannya dan usaha-usaha kita kerana kemaksiatan yang dihidangkan kepada anak-anak kita.
‘Kehebatan’ suasana diluar rumah menangkis iman dari hati dan jiwa anak-anak kita semakin hari semakin hebat, malah jauh lebih hebat dari usaha kita mentarbiyah anak-anak menjadi muslim yang sejati.
Kita hanya boleh menyimpan anak-anak dirumah paling lama sehingga mereka berusia 7 tahun, apabila mereka telah mula bersekolah dan mengenali dunia luar, kita tidak mampu menapis dan menghalang anasir-anasir jahat dari mempengaruhi mereka. Yang ada hanya pelajaran yang telah kita ajarkan kepada mereka dalam membuat pilihan dalam kehidupan.
*Kita berusaha memagar anak-anak dari kebahayaan didalam rumah, namun diluar tingkap itu, kebinasaan yang besar cuba menelan mereka, adakah kita sudah berusaha ‘memagarnya’?*
Dunia luar
Ramai dari ibu bapa yang merasakan, kita hanya mampu mengawal anak-anak hanya apabila mereka berada di dalam rumah sahaja kerana kita boleh mencipta suasana soleh didalam rumah. Kononnya apa yang berlaku diluar rumah dan anasir-anasir jahat diluar rumah diluar kemampuan kita untuk mengubah dan mengawalnya.
Sebab itulah ramai dari kita yang amat ketat dan tegas mendidik anak didalam rumah, namun kita membiarkan masyarakat dan persekitaran yang melingkungi anak-anak kita punah atas alasan kita tidak mampu mengawal masyarakat.
Hakikatnya, kita mampu dan bertanggungjawab untuk mengubahnya. Walaupun kita tidak melihat tanggungjawab mengubah persekitaran itu demi masyarakat, tetapi haruslah kita fahami, tugasan kita membentuk persekitaran diluar rumah yang soleh adalah sebahagian tanggungjawab kita kepada anak-anak.
Tanggungjawab ibu bapa bukan semata-mata berjuang dan berusaha mencipta suasana dan persekitaran soleh didalam rumah dan keluarga, bahkan lebih dari itu, ia menuntut ibu bapa berusaha bersungguh-sungguh mencipta suasana persekitaran yang soleh diluar rumah, tempat anak-anak kita bermain-main, menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mengutip khazanah Allah di muka bumi.
Maka, dari situlah, sebagai ibu bapa, kita berperanan berdakwah dan mengislahkan masyarakat bukan semata-mata atas kesedaran untuk kebaikan masyarakat, tetapi adalah untuk masa depan anak-anak kita sendiri. Jika kita mahu masa depan yang gemilang untuk anak-anak kita, kita tidak boleh berlepas tangan dalam mencipta persekitaran masyarakat yang soleh untuk anak-anak. Itu adalah sebahagian dari tanggungjawab kita kepada anak-anak.
Ibu bapa derhaka
Kita sesekali tidak mahu menjadi ibu bapa yang derhaka seperti kisahnya ‘Anakku Sazali’ kerana mengabaikan tuntutan dan tanggungjawab dakwah untuk mencipta persekitaran yang baik diluar rumah untuk anak-anak kita. Begitu juga, satu kisah yang terjadi di zaman Saidina Umar radiallahu’anhum.
Pernah berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a , seorang bapa mengadu tentang penderhakaan anaknya. Saidina Umar memanggil anak yang menderhakai bapanya dan bertanya apakah benar perkara tersebut berlaku serta mengingatkan budak itu tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa. Lalu budak itu bertanya kepada saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya?”. Saidina Umar menjawab “Benar”. Bertanya anak tersebut “Apakah hak ibubap terhadap anak”. Saidina Umar Menjawab : “Hendaklah bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik dan mengajarnya Al-Quran”. Budak tersebut menyatakan tiada satu pun hak tersebut dipenuhi oleh bapanya. Lalu Saidina Umar bertanya kepada bapa anak yang mengadu tadi dengan katanya : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu? Kamu telah menderhakinya sebelum dia menderhaki kamu”.
Kisah ini bukan sekadar menggambarkan kepada kita hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak malah lebih dari itu menekankan satu aspek penting iaitulah kederhakaan anak-anak itu berpunca dari ibu bapa yang gagal menyediakan suasana yang baik untuk anak-anaknya.
Fahamilah bahawa menyediakan persekitaran dan suasana didalam masyarakat yang baik juga adalah tanggungjawab ibu bapa dan hak-hak seorang ibu bapa yang perlu dilunaskan kepada anak-anaknya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, menjadi kewajipan kepada semua ibu bapa, bukan sekadar mencipta suasana dan persekitaran soleh didalam rumah, bahkan kita bertanggungjawab mencipta persekitaran masyarakat yang baik untuk tumbesaran dan pendidikan anak-anak kita. Ia akan menjadi hak yang akan dituntut oleh anak-anak kita kelak.
Sekiranya Sazali menyalahkan bapanya kerana terlalu memanjakannya dengan memberikan segala kemewahan dunia kepadanya sehingga dia alpa, anak-anak juga boleh mendakwa kita atas sikap lepas tangan kita yang tidak bersungguh menyediakan persekitaran yang baik untuk mereka diluar rumah.
Oleh itu ibu bapa sekalian, ayuhlah sama-sama kita mengembling usaha dan tenaga, mengislahkan masyarakat, kepimpinan dan negara kita kearah mencipta suasana yang baik untuk anak-anak kita kelak tumbuh dan membesar menjadi pejuang-pejuang agama Allah yang bertaqwa.
Ayuh kita sinari cahaya di masa depan anak-anak kita dengan cahaya islam untuk mereka membesar menjadi khalifah Allah dimuka bumi.