Pages

Subscribe

Monday, July 16, 2012

Kulihat Hijau

 *Kulihat Hijau*

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kuala Selangor. Yang bestnya dapat tumpang kereta Dr Hatta Ramli, ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Pengarah Pilihanraya Pas. That's the advantage you get knowing his son in law..hehe..

*Comel je selimut badan dengan bendera Pas, separuh jalan dia pun dah 'syahid' atas padang..hehe*

Alhamdulillah, ramai yg hadir dengan kehijauan memenuhi ruang-ruang yang ada. Ternampak ada ibu bapa yang bawak 4 orang anak-anak yang kecil-kecil lagi duduk bersebelahan. Bila dah sampai jam 10.30 semua dah terbaring tidur diatas padang..:). Mujahidah-mujahidah kecil semuanya. Lalu terimbau zaman kanak-kanak dulu. Waktu kecik dulu selalu jugak ayah bawak pergi program-program ceramah politik nih. Masa tuh memang la apa pun tak faham kan. Dulu mana-mana je ayah ikut pergi ceramah, mesti nak ikut. Bukan sebab nak dengar ceramah Haji Mohamad Sabu pun, tapi sebab seronok pergi boleh beli macam-macam kat kedai. Lepas tuh bila dah penat dan mengantuk mula la buat perangai nak balik, lepas tuha yah suruh tidur je kat situ nanti dah habis ayah kejut..hehe..

Alhamdulillah, bila dah besar ni dah faham apa motif dan matlamat pergi ke program-program begitu. Rasa macam dah lama sangat tak pergi program ceramah politik besar-besaran macam nih.

*Ada orang tag gambar yang di post di facebook group politik. Terselit juga wajah ditepi tuh. Cuba la cari..hehe*

Kita menyokong Pas untuk mendaulatkan Islam dimuka bumi Allah dan menegakkan keadilan dari golongan-golongan yang zalim. Bila tengok Ikhwan Muslimin berjaya mengalahkan kezaliman Hosni Mubarak, ramai yang menyokong dan menyahut gembira, tapi ditanah air sendiri, pelbagai tohmahan diberikan. Ada pula yang berkata sekadar memberi kritikan, tetapi kritikan yang langsung tidak membantu perjuangan islam, sebaliknya hanya menguatkan pihak musuh.

*Semangat seorang pejuang. Lengkap dengan semua accessori, bendera, headband, kipas bercop Pas*

Dah balik Malaysia ni, semoga Allah tsabatkan hati untuk tetap teguh berjuang menegakkan islam ditanah air sendiri.

Wallahu'alam

No comments: