1. Pada tahun 1983, Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain. Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam. krisis raja2 dan pemerintah panas pada tahun 1981 antara dr mahathir dan sultan pahang yang ketika itu menjadi YDPA. ianya berpunca tentang konsesi balak. menteri besar pahang abdul rahim bakar telah 'diminta' oleh dr mahathir untuk meletakkan jawatan bagi meredakan ketegangan yang cukup serius antara kerajaan dan sultan pahang.bermula dengan isu inilah maka dr mahathir telah mengambil langkah berani melakukan PINDAAN PERLEMBAGAAN pada 1983. antara intipati pindaan perlembagaan tersebut adalah :-
MEMASTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA TIDAK MENJADI PENGHALANG KEPADA PENGESAHAN KEPADA RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI.
sebahagian raja-raja melayu menentang pindaan perlembagaan tersebut.paling ketara ialah sultan pahang yang bertindak selaku YDPA telah tidak hadir dalam majlis mesyuarat raja-raja ke 128 di kota kinabalu. tindakan baginda ini telah menimbulkan protes dikalangan menteri-menteri besar dan ketua menteri.menteri besar kedah syed nahar shahbudin telah mengadakan mesyuarat tergempar dikalangan menteri2 besar dengan menyatakan bantahan kepada penyimpan mohor besar raja-raja.mb trengganu wan mokhtar ahmad membuat draf bantahan yang ditandatangani oleh kesemua mb2 dan ketua menteri. krisi tidak berakhir disitu. mb kedah telah mengadakan rapat umum terbesar bagi menyambut kepulangan dr mahathir daripada kota kinabalu.perhimpunan rakyat itu dihadiri lebih daripada 50 ribu orang dan tatkala dr mahathir menjejakkan kakinya di airport kepala batas pada 26 nov 1983 beliau telah mengucapkan kata-kata penting di depan lautan manusia "KITA TIDAK LAWAN SESIAPA,KITA TIDAK AMBIL KUASA SESIAPA,TETAPI APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN ADALAH MENURUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN'.perhimpunan di kepala batas merintis kepada perhimpunan besar-besaran di seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada keengganan YDPA menandantangani pindaan perlembaan 1983. namun setelah beberapa ketika akhirnya timbalan YDPA sultan selangor telah menandatangani pindaan tersebut mewakili YDPA.

2. Tan Sri Muhammad Muhd Taib apabila dia melarikan Puteri Sultan Selangor, Tengku Puteri Zahariah Binti Sultan Abdul Aziz Shah, dan berkahwin di Narathiwat tanpa perkenan Sultan Selangor. Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Takbai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987. Muhammad menipu Allahmarhum Sultan Selangor menafikan yang beliau kahwin lari dengan anakanda Sultan, Ku Yah. Setahun kemudian mereka bercerai dah Tan Sri Muhammad Muhd Taib membayar tutntuan mutaah sebanyak RM12-16 juta..(kayanyer menteri2 Malaysia yerr)
3. Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983 Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990. Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu. Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan , mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya ( lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13 ).
4. Kisah pertabalan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh pemimpin UMNO Kelantan apabila wujud pergeseran antara pihak istana dengan kerajaan memerintah. Pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.Dalam Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas perarakan diadakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru bagi menggantikan Sultan Kelantan sedangkan Sultan Ismail Petra merupakah Sultan yang sah. Isu Sultan Ismail bukan waris yang sah bermula di zaman Sultan Yahya Petra(ayahanda Sultan Ismail Petra) yang merupakan anak Sultan Ibrahim dengan isterinya yang merupakan rakyat biasa. Sultan Yahya pada mulanya bukanlah Raja Muda untuk menggantikan Sultan, namun apabila berlakunya krisis antara Sultan Ibrahim dan juga Raja Muda ketika itu Tengku Indera Petra yang membawa kepada penurunan takhta Tengku Indera Petra dari Raja Muda, Sultan Yahya dilantik menjadi Raja Muda walaupun ibundanya hanya rakyat biasa. Pernah Ibrahim Ali mengetuai berdemontrasi di hadapan Bangunan Umno Kelantan pada satu waktu dahulu. Mereka membantah Sultan Kelantan kononnya melibatkan diri dengan politik sedangkan alasan sebenarnya adalah kerana Umno kalah teruk di Kelantan pada PRU 1990. Antara sepanduknya “Hei Smail(Sultan Ismail Petra) kalu berani masuklah politik…, Anis(Raja Perempuan) di atas Smail di bawah dan macam-macam lagi kecaman dan kata buruk kepada Sultan Kelantan. Apakah masa itu Umno tidak derhaka?
5. Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi.Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.Cadangan pindaan perlembagaan juga memperuntukan kuasa rakyat untuk mengkritik Sultan secara terbuka tanpa didakwa dibawah akta Hasutan. Ini dimaklumkan sendiri oleh Tun Ghafar Baba, dalam Berita Harian 1991 yang pada dasarnya mengatakan Raja-Raja boleh dicabar / kritik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah pindaan perlembagaan ini, boleh lawat link ini. http://en.wikipedia.org/wiki/1993_amendments_to_the_Constitution_of_Malaysia
6. Pada 1997, wujud pergeseran antara MB Tan Sri Ghazali Jawi dengan Sultan perak dimana Sultan mendesak Mb untuk meletak jawatan. Sultan pada awalny lagi mmg tidak bersetuju melantik Ghazali sebagai MB namun atas nasihat PM,Tun Razak supaya melantik Ghazali selama 2 tahun kemudian terpulang kepada keputusan Sultan. Namun Sultan telah diperkotak katikan kerana Sultan tidak punya kuasa memecat MB setelah dilantik sehingga pilihan raya seterusnya seperti termaktub dalam perlembagaan. Sultan sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB selepas habis dua tahun. Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah. Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
7. Pada 2008, Setelah kerajaan BN memenangi Terengganu, berlaku isu berkaitan perlantikan menteri besar apabila Sultan tidak berkenan melantik Idris Jusoh namun Perdana Menteri beriya melantik Idris Jusoh. Demonstrasi diadakan dimana satu sepanduk berbunyi, ‘Kami Mau Idris, Natang!’. Barisan kepimpinan UMNO Terengganu juga derhaka kepada Sultan Terengganu yang juga Agung pada ketika ini apabila memberi kata dua kepada DYMM Sultan. Selain di Terengganu, Shahidan Kassim "derhaka" kepada Sultan Perlis kerana melobi Perdana Menteri untuk terus menjadi MB walaupun tidak diperkenan Tuanku.

8. Pada 2009, Datuk Seri Nizar bertindak menyembah derhaka terhadap Sultan apabila beliau enggan meletak jawatan. Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka” . "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Kemudian Karpal Singh bertindak mengeluarkan kenyataan berhubung keinginanya menyaman Sultan Perak atas alasan Baginda bertindak di luar bidang kuasa memecat Menteri Besar. Namun, sekiranya pindaan perlembagaan 1993 tidak dilakukan, bolehkan Karpal Singh beiya2 nak sama Sultan pada hari ini.
2 comments:
to usop: sop2..usop..sile jwb..ko x rs ke kwn ko ni cm lg sesuai amek political science..subjek2 cmtu la..ha..ke cikgu sjarah ke..cm ckgu rosnah..=p hihi..
to the writer: gurau je bro..troskn mangat2 ko ni..haha..
hahahah..political science???erkkk...so not my thing aa..aku nak jadik wartawan hiburan..boleyh???..wakakka..
Post a Comment