Pages

Subscribe

Wednesday, April 22, 2009

Long Live Palestine: Isra', Palestine dan Rasulullah

Long Live Palestine : Isra’, Palestine dan Rasulullah
Saya pasti ramai diantara kita yg mengetahui akan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang dimaktubkan oleh Allah dalam Al-Quran, dimana Rasulullah diperjalankan dari Tanah Haram Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestine (Isra’) dan seterusnya dibawa ke Sidratul Muntaha (Mikraj). Namun tahukah kita apakah mesej yang ingin disampaikan disebalik peristiwa Isra’ itu sendiri.

Mengikut buku Ar-Raheequl Makhtum(The Sealed Nectar), Peristiwa Isra’ dan Mikraj dirumuskan dalam ayat pertama Surah Isra’, kemudian pertukaran mendadak dengan pembongkaran jenayah-jenayah dan kelakuan jahat kaum yahudi pada ayat-ayat berikutnya kemudian disusuli dengan peringatan bahawa Al-Quran akan membimbing manusia ke jalan keadilan.

Ini bukanlah perkara kebetulan, tetapi mesej yang ingin disampaikan melalui peristiwa Isra’ dan cara perkhabarannya didalam Al-Quran adalah untuk memberitahu kepada kaum yahudi dan seluruh alam bahawasanya Allah telah mengangkat pangkat Kaum Yahudi sebagai khalifah manusia disebabkan kejahatan dan jenayah yang mereka telah lakukan dan seterusnya menidakkan pendudukan mereka di Bumi Palestine.

Allah secara rasminya telah melantik dan mengamanahkan dua bumi Barakah ajaran Nabi Ibrahim, yakni Makkah dan Masjidil Aqsa kepada Rasulullah S.A.W dan seluruh umatnya. Umat Nabi Muhammad telah dipilih untuk untuk menjaga, memelihara dan mempertahankan bumi Palestine seperti mana kita mempertahankan bumi Haram Makkah. Pengistiharan rasmi ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Isra’ dan gambaran peristiwanya dalam Al-Quran.
Maka setiap dari kita yang mengaku menjadi umat Muhammad, perlulah mempertahankan amanah yang Allah sendiri kurniakan kepada Rasulullah S.A.W. Alangkah malunya kita pada hari ini atas kegagalan kita untuk mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa. Sudahlah kita gagal mempertahankan amanah itu, malah kita memperkecilkan usaha umat Islam yang bersemangat untuk mempertahankan Al-Aqsa. Adakah kita layak untuk menggelarkan para Syuhada’ di bumi Palestine yang berjihad hingga ke titisan darah sebagai hanya anak kera di hutan yang apakah tidak layak untuk disusukan oleh kita yang mengaku bergelar umat Muhammad. Ingatlah kita telah gagal menunaikan kewajipan menjaga amanah Allah yang khusus untuk Rasulullah Muhammad. Maka apakah kita masih mahu terus berlangut dan mengkritik setiap tindakan manusia tanpa mahu membantu. Palestine bukan setakat perlu didodoi tapi perlu dipertahankan sebaik-baiknya. Jika ada yang mahu ke Palestine untuk berjihad, jika ada yang menderma untuk Palestine, usaha itu sepatutnya kita junjung atas keimanan mereka untuk mempertahankan Amanah Allah kepada umat Muhammad. Jika Amanah sesama manusia kita wajib menjaga sebaik-baiknya, inikan pula amanah yang Allah kurnia kepada nabi kita sendiri. Jika di Padang Mahsyar Allah bertanya, “Apakah yang telah kamu lakukan terhadap amanah aku, bumi Palestine?” apakah jawapan kita? “Aku telah memperkecilkan usaha manusia untuk menjaganya” atau “aku langsung tidak pernah berusaha menjaganya”. Seeloknya jawapan kita, “Ya Allah aku tahu usaha dan kemampuan ku sangat terbatas, namun telah ku usahakan utk menjaganya sehabis mungkin walaupun aku telah gagal”

Maka tak perlu kita keliru, bumi mana mahu dipertahan, Malaysia atau Palestine. Bumi Palestine wajib dipertahan sekiranya kitabenar mengaku Umat Muhammad dan Malaysia wajib dipertahan sekiranya kita mengaku anak melayu yang tanah tumpahnya di Malaysia.

Wallhua'lam

No comments: