Pages

Subscribe

Thursday, June 25, 2009

Apology~~

kepada sesiapa yg terasa hati dengan post saya sebelum ini yg bertajuk Biskut Tiger tuh, mintak maap yerr..dan kepada incik anonymous terima kasih atas dalil yang anda berikan..setelah mengkaji sedeket saya pun yakin dengan dalil tersebut...dan saya telah mendeletekan post tersebut..hihi...bukan lah niat di hati utk mengkeji dan mengutuk sembahan agama lain, cuma ingin memberi sedikit kritikan terhadap manusia yg memperlekehkan tuhan mereka sendiri..budaya memperlekehkan tuhan bukanlah sesuatu yang asing sekarang ini..tgk sajalah movie2 dr Hollywood..terlalu banyak yg mempersendakan, memperlekehkan dan membuat jenaka terhadap persoalan ketuhanan dan Kerasulan..Bayangkan Tuhan sendiri mereka jadikan bahan untuk berjenaka, maka apakah nilai tuhan itu dalam diri mereka??Ambil saja contoh cerita Evan Almighty dan Bruce Almighty...namun, bukan sahaja penganut agama lain, tetapi umat islam sendiri pun ada yg memperlekehkan Kebesaran Allah dan merendah2kan martabat Rasulullah..hihihi..

Haaa..kalo sesiapa yg musykil, incik anonymous td telah memberikan dalil berikut :

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. ..Surah Al-An'am Ayat 108

Mengikut Tafsiran Ibnu Kathir, ayat ini diturunkan apabila di waktu zaman nabi, `Abdur-Razzaq meriwayatkan dari Ma`mar dari Qatadah berkata, "kaum Muslim pernah mencerca berhala kaum musyrikin dan kaum musyrikin bertidak balas dengan mencerca dan menghina Allah tanpa ilmu pengetahuan"

`Ali bin Abi Talhah berkata bahawa Ibn `Abbas memberi pandangan tentang ayat ini berkata[6:108]; "Mereka(golongan kafir) berkata , 'Wahai Muhammad, Kamu akan berhenti menghina tuhan kamu, atau kami akan menghina tuhanmu.

Maka atas sebab itulah Allah menurunkan ayat diatas supaya melarang kita dari menghina dan mencerca sembahan agama lain.

No comments: