Pages

Subscribe

Thursday, June 25, 2009

VOTE SIPADAN ISLAND TO BE THE NEW 7 WONDERS OF NATURE

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar melalui Lembaga Pelancongan Sabah sedang giat mengadakan kempen bagi mendapatkan sokongan seluruh rakyat Malaysia untuk menempatkan nama Pulau Sipadan di Semporna, Sabah sebagai salah satu calon New 7 Wonders Of Nature. Pencalonan ini dibuat oleh New 7 Wonders of Nature yang beribu pejabat di Switzerland bagi kategori pulau. Ketika ini, Pulau Sipadan berada pada kedudukan ke-14 dan untuk melayakkan ia tersenarai, Pulau Sipadan perlu berada pada kedudukan 11 teratas.

Justeru, semua warga MARA termasuk anak-anak syarikat adalah digalakkan untuk turut mengundi melalui undian internet di www.votesipadan.com atau www.new7wonders.com. Tarikh akhir undian adalah pada 7 Julai 2009.

Let's vote everyone..make ur country proud..huhu

No comments: