Pages

Subscribe

Wednesday, August 19, 2009

Aku Bukan Orang Suci

artikel dipetik dari www.ataphijau.com..

Assalamualaikum wbt..

Firman Allah :

"Katakanlah : Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mengampuni lagi Maha Penyayang"
(Az-Zumar : 53)

Wahai kawan-kawan sekalian, aku ini bukan orang suci..aku ini selalu menzalimi diri sendiri dengan maksiat-maksiat dan perkara-perkara yang melampaui batas..tetapi aku masih mengharapkan Rahmat dan Hidayah Allah supaya menunjukki aku Jalan yang Lurus..Walau sezalim mana aku melampaui batas terhadap diri sendiri, aku mohon supaya janganlah sekali-kali aku berputus asa dari Rahmat Allah..Hendaklah aku sentiasa berdoa agar Allah akan mencurahkan Rahmat-Nya buatku..Walau setinggi gunung bahu aku membebani dosa, aku tetap mahu terus berharap Rahmat-Mu..Walau melangit kezaliman yang aku lakukan pada diriku, aku tetap mahu terus berharap Rahmat-Mu..kerana Engkau telah berjanji untuk menganugerahkan Rahmat-Mu padaku sekiranya aku terus Berharap dan kembali pada-Mu

Iblis pernah berdialog bersama Nabi Yahya bin Zakaria a.s dimana Nabi Yahya menyuruh iblis menceritakan tentang keadaan anak Adam. Iblis berkata " Disisi kami mereka itu ada 3 macam"

Pertama : Mereka paling menyusahkan kami. Kami telah berusaha menggodanya sehingga kami berhasil, akan tetapi selepas itu mereka beristighfar serta bertaubat sehingga rosaklah semua yang telah kami perolehi darinya. Kemudian setelah itu kami berusaha untuk menggodanya lagi, akan tetapi setelah itu dia melakukan hal yang sama ( beristighfar dan bertaubat ). Walau bagaimanapun kami tidak berputus asa, akan tetapi kami pun tidak pernah berhasil, sehingga kami menjadi letih

Kedua : Mereka berada di tangan kami seakan-akan seperti bola yang dimain-main oleh anak-anak kamu, kami mempermainkan mereka sesuka hati kami, kerana kami telah benar-benar berhasil menguasa diri mereka.

Ketiga : Mereka yang seperti dirimu (wahai Yahya), sentiasa terpelihara, sehingga kami tidak dapat sedikitpun berbuat apa-apa.

*Diriwayatkan dari Abdullah bin Muhammad bin Ubaid yg meriwayatkan dari Wahib bin Al-Ird*

Mungkin aku tidak mampu menjadi org golongan ke-3 tetapi aku boleh memilih untuk menjadi org golongan ke-2 atau yg pertama. Pilihan di tangan aku sendiri. Allah memberi pilihan dan ruang ditanganku untuk memilih. Jika aku memilih untuk menjadi golongan yang pertama, alangkah untungnya aku. Jika aku memilih menjadi golongan ke-2, owh buduhnya aku..Iblis pun mungkin bosan dengan aku yang lemah dan mudah digoda.
maka

"Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
(Ali-Imran : 89)


Aku ini sentiasa melakukan maksiat yang melampaui batas terhadap Allah, diri sendiri dan orang sekeliling, tetapi mohonku agar aku tidak pernah Berhenti Berharap dari Rahmat-Mu. Disaat aku merasakan aku benar-benar melampaui batas dan mezalimi serta menganiya diri sendiri, hanya pada-Mu aku kembali mengharapkan Rahmat dan Petunjuk. Wahai Tuhan yang memegang janji pada Kalam-Nya, janganlah Engkau berpaling dariku tatkala aku kembali kepada-Mu. Anugerahkanlah Rahmat-Mu buatku dan sahabat-sahabatku yang senantiasa melampaui batas ini. Sentiasalah berharap Rahmat dari Tuhanmu agar kita tergolong bersama orang-orang yang diberi Hidayah.


p/s : teringat lagu aku bukan orang suci nyanyian Element..lagu pebret zamn sekolah2 dulu..hehehe..Ya Allah tunjukkanlah aku dan kawan-kawanku jalan yang lurus..amin..

No comments: