Pages

Subscribe

Friday, August 14, 2009

H1N1 vs H2N2 ~~~


Assalamualaikum wbt


Hari ni adalah hari jumaat penghulu segala hari...mari bersama2 memeriahkan hari jumaat dgn amal ibadah...cewayhhsss...begitu kata2 pendahuluan dari saya


Adakah anda tahu apa itu H2N2..rasnaya suma org tau H1 N1 kan..kalo tatau, anda samalah seperti saya..tp kini saya sudah tahu..bacalah cerita di bawah utk mengetahui mcm mana saya tahu...hehehe


Hahaha...tp yg sebetulnya nak cerita pengalaman sket aa..arituh pergi KMB kan..pastuh tgh2 lepak kt concourse jaga booth tuh, jumpa seorang budak comel, nama dia Faris, anak Puan Mazlina..2 tahun lepas dia kecik lagi...dia suka dtg blok maen game n jln2...dia sgt comel...tp skang dah besar sket..i asked his age and shockingly, he is ALLREADY in standard 5..he seems like 5 years old...kecik dan comel..he likes to smile....and he is veryy manja..suka meliuk lentok kepala kt bahu kitaorg and mmg manja...and then, we chatted a bit and he asked about H2N2 and i was like...what is it H2N2..all i know is H1N1...and he mentioned to me and shazif..H1N1 is Swine Flu and H2N2 is Bird Flu...and so i was laughing, not taking him seriously, but i thought he maybe right..and then this morning, i remembered what he said and wikied about H2N2..and yes..he was true...Bird Flu is Influenza A Virus Subtype H2N2...hahaha...


i am going into my 3rd year, and still i dont know about H2N2 which once was verryyy popular like Swine Flu as well...it shows how lacking i am in general knowledge..honestly, i dont know much about H1N1 either..i just feel like i dont wanna bother about it..wrong attitude of a Doctor-t0-be...hahaha


anywayy..thankss kiddo for the info..haha..he is a smart boy..he should grow up and be a great person...and don't be shy to gain knowledge even from a 10 years old boy...dan menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China (ada org tuh pegi China tatau tuntut ilmu ka shopping..wakakaka..jahat2..haah)....


Contohi Imam Syafie yg sanggup menuntut ilmu dari sesiapa sahaja, meskipun hanya seorang pengmbala kambing..mesti ramai yg dah tau cerita ini, tp mungkin sebagai tazkirah dan peringatan kembali buat insan yg selalu lupa. Pada suatu hari, sedang Imam Syafie memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut.


Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi.


Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.


Haaaa..sapa2 yg balik Mesia x gi jumpa Cikgu2 tuh baik pergi cepat...hehehe..Cikgu2 sentiasa menanti kehadiran anda semua...
p/s : my parents dah paranoid about H1N1..maka perintah tahanan rumah bermula..haha..

No comments: