Assalamualaikum wbt..
hihi..hari nih awai2 pg lagi pegi Aloq Staq Program Ramah Mesra tuh...walopun sesat2 carik umah tp sampi juger..kehadiran junior walopun sgt tidak menggalakkan tp overall mmg best laa dpt kenal junior2 nih..wahahah..terasa senior puler...makan mmg besh aaa..time kasih yerr tuan rumah..siap dpt kain pelekat cap gajah duduk lagi weyh..hahah..mmg terbakss aaa..
td Ustaz Nabir, Imam Masjid Belfast pun dtg program n bg tazkirah...Ustaz bagi sepotong ayat al-quran nih
"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang. Mengapa sebahagian dari setiap golongan diantara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga diri"
Surah At-Taubah : 122
Ustaz Nabir menjelaskan bahawa menuntut ilmu adalah sangat dituntut kerana ia juga merupakan satu jihad seperti yang di jelaskan dalam ayat diatas. Menunut ilmu dalam jurusan2 tertentu seperti perubatan, engineering dasb adalah fardhu kifayah.Maka, setiap dr kita yg pergi menuntut ilmu itu, wajib pulang dan memberi peringatan kepada kaumnya. Meaning kalo jadik doktor, balik nnti kena bekerja untuk rakyat dan derdakwah kepada mereka melalui cara kita sebagai seorang doktor.
Ustaz juga mengingatkan hadirin semua tentang tuntutan Fardhu Kifayah yang akan bertukar menjadi tuntutan Fardhu Ain apabila kita telah melakukan tuntutan Fardhu Kifayah itu. Maksudnya, apabila kita melakukan tuntutan tersebut, kita perlu melakukannya sehingga habis kerana ia telah menjadi Fardhu Ain iaitu wajib ke atas individu tersebut. Maksudnya, untuk kita yg sedang menuntut ilmu perubatan ka engineering ka, asalnya hukumnya adalah Fardhu Kifayah. Tetapi setelah kita belajar maka kini hukumnya wajib dan kita wajib melunaskan tanggungjawab kita menuntut ilmu tersebut.
Ustaz Nabir mengambil contoh tuntutan perang, hukumnya adalah Fardhu Kifayah, tetapi setelah kita pergi berperang kita tak boleh lari dari medan, kerana hukumnya telah bertukar menjadi Fardhu Ain.
So kawan2 semua, kepada marilah teruskan pembelajaran dan proses menuntut ilmu di university sehingga tamat, kerana sekarang there is no turning back..we have to finish it no matter what..tp kalo kita nk tukar course pun ok, selagi kita masih meneruskan pembelajaran kita sehingga tamat...
tetiba rasa bersemangat nak masuk 3rd year..kununnyer laaa...wahaha
Saturday, August 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment