Assalamualaikum wbt...
Sempena dengan Ramadhan ini, eloklah sekiranya kita berkongsi tips2 yang boleh diaplikasikan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..hihihi..
Kita mulakan sesi Tips Ramadhan kita dengan perkara yang paling biasa berlaku ketika bulan puasa iaitu pembaziran..membeli makanan yang melampau2 banyaknya untuk santapan berbuka puasa..lepas tuh makan x abiss pun dan buang keesokkan harinya..walopun Syaitan di belengu ketika bulan Ramadhan, tapi dia mesti berbangga dan bersuka ria kerana ada manusia yg menjadi sahabat2 dia di bulan Ramadhan yang suka membazir
Firman Allah :
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
Malah dalam teks sebenar ini sifat membazir itu amat hina sehingga ALLAH mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan. Allah juga di kemudian ayat ini memberitahu kita akan perilaku syaitan yg sememangnya kufur kepada Allah..maka kalo kita bersahabat Syaitan, maka kita juga Kufur kepada Allah..paling jelas dalam konsep pembaziranadalah Kufur Nikmat...
Tapi, kenapa antara sifat2 mazmumah yang ada, sifat membazir jugak yang menjadikan seseorang saudara syaitan? Tidak lain dan tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesungguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan.Kita pun tahu bagaimana takburnyer Syaitan itu kan..
Firman Allah lagi
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya:"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir."[Surah al-Baqarah : 34]
Cerita nih pun semua org tahu sejak dari sekolah rendahkan..hehehe
Amalan membazir sangat bersangkut paut dengan sifat takbur dan tamak haloba..
Sedangkan Sabda Nabi Muhammad S.A.W
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur"[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]
Maka, mari kita ambil iktibar dan saya memberi peringatan ini khas kepada diri sendiri supaya jangan membazir..saudara kita di Palestine kebuluran x da makanan, kita buang2 makanan pulak kan..ish2 mmg x patut..
Bak kata Tagline Melodi : Kurangkan Kontroversi (read: DOSA) Tingkatkan Prestasi (read:PAHALA)..
Wallahu'alam...
Saturday, August 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nnt kalo dah balik cork n p iftar kat masjid, jangan pulun makanan banyak2 sgt.bersederhana~~
pastu kalau tapau, jangan melebeh2 smpi tak berhabisan.
n time terawikh, bayang dah hilang~~ =p
Post a Comment