Pages

Subscribe

Sunday, November 15, 2009

Apologies~~

Assalamualaikum wbt...

Mari berselawat dan beristighfar kepada Allah terlebih2 lg aku lah sendiri....

Sebelum mula tulis apa-apa, kepada sesapa yang rasa offended sangat ker x terasa ker, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki....

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori )


Aku bg hadith nih supaya aku sendiri menulis dan komen, bukan atas dasar marah, sbb Rasulullah kata marah itu akan menyebabkan pintu hati kita tertutup dari melihat kebenaran, maka janganlah marah..so sapa yg tgh marah meluap2 kt aku berselawat dan beristighfar dan aku mohon maaf banyak2...

Aku pos entry nih hari khamis arituh, cuma hari ahad baru ramai gila org komen mcm2..dah ada 41 komen td..sorry laa lmbat response sbb ada hal yg perlu diuruskan sebentar td..

How do i explain myself..???first terima kasih kepada yang menegur dan memberi komen..aku terima segala teguran dan kritikan secara terbuka

aku pun tatau sama ada nk bg explanation ker x sbb org akan tetap boleh menyangkal dan membahaskan penjelasan aku dan bende nih akan berlarutan dan berpanjangan..

Just know that, aku x buat generalization langsung terhadap org kelantan..mungkin anda tersilap tafsir dr penulisan aku, dan juga mungkin cara aku tulis sendiri yg salah..so mohon maaf..aku mmg dah tulis, perkara2 yg aku tulis kt atas tuh hanya melibatkan 1% or even less than that dari org kelantan..i'm referring to yg suka buat kecoh dan bertindak zalim..so if u are not part of that 1%, u should not be offended at all..apa yg aku tulis solely refer kepada that 1% of people..sbb aku tgk dah banyak kali kecoh2 pasal bola nih..dan bender tuh berlaku dan memalukan tok guru sendiri..Tok guru sbg pemimpin, yg bertanggungjawab terhadap rakyat dia, akan dipersoalkan Allah terhadap tindakan org2 dibawah pimpinan dia..Apa yg tok guru dah buat sampai masih ada 1% org yg melakukan kerosakan macam tuh...maka Allah akan soal pemimpin di akhirat kelak..kalo kita mengaku sayang tok guru, tp buat perkara yang akan menyebabkan tok guru disoal dihadapan Allah kelak, mcmna tuh? so bila aku tulis itu, adalah utk menegur that 1% of people yg disebabkan rasa cintakan kepada negeri kita, kita telah melakukan kezaliman terhadap org lain, alam sekitar dan pemimpin kita...

Kepada orang2 kelantan yg offended walaupun anda bukan 1% of that people..aku memohon kemaafan dengan seikhlas hati...tambah2 yg baca tuh yg kenal aku...

Salah aku juga menggunakan perkata BENCI...which is a very strong word laaa..tp percayalah, aku xbenci orang kelantan dengan kata meluap-luap rasa marah, benci sampai xleh tgk muka orang kelantan ker dan sebagainya..there's no point utk aku benci org..there's no point utk aku benci org kelantan sedangkan aku banyak gila bergaul dengan org2 kelantan yg sgt baik..dan aku xpernah bermuka-muka bila berkawan dengan orang kelantan sbb orang-orang yg berkawan dengan aku orang yang baik-baik..taulah yg aku ikhlas kawan ngan korang dan x bermuka-muka dengan kata aku ada rasa benci kt korang kalo jodoh aku dgn org kelantan dan beranak pinak di kelantan pun aku Alhamdulillah sbb tuh ketentuan Allah..tp aku guna juga perkatan benci as a provocative means..aku refer perkataan benci tuh kepada org2 yg telah menzalimi diri sendiri dan orang lain dengan melakukan kerosakan dan kesalahan sbb rasa sayang pada negeri dia..sbb bila org tuh telah melakukan kezaliman terhadap org lain kerana terlalu sayangkan negeri dia maka, itu adalah perbuatan yg dibenci oleh Allah..sbb tuh aku guna perkataan yg provocative..dalam al-quran pun Allah guna ayat-ayat yg provocative utk buat kita berfikir...

Dalam surah al-maun ayat 4, Allah kata celakalah orang-orang yang solat..of kos kita yang sembahyang sehari 5 waktu tuh mesti rasa panas sbb Allah kata kita celaka..padahal Allah yg suruh solat..tp Allah sambung di ayat kemudiannya, iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya..

So aku berharap, supaya aku gunakan method yg sedikit provocative, kita akan lebih berfikir dan lebih terasa..mungkin kesilapan di situ..sbb tuh aku guna tajuk saya benci orang kelantan, tp aku bagi penjelasan di bawah iaitu, org2 yg dibenci tuh ialah orang2 yang melakukan kezaliman pada diri sendiri dan orang lain disebabkan rasa cinta dia pada negeri dia..maka mohon maaf sekali lagi..sekiranya anda bukanlah golongan 1% yg telah menzalimi org lain disebabkan semangat anda yg meluap-luap, maka anda patut senang hati, sbb bukan tujuan aku menulis nih tuk kutuk-kutuk korang..

Banyak yg kata aku berlagak pandai sbb study oversea laa dan macam2..ketahuilah tiada sedikit pun rasa yang macam tuh..just nk express pandangan aku terhadap segelintir golongan yg menzalimi diri sendiri dan orang lain, disebabkan rasa cinta dia pada negeri dia..kalo kita sayang negeri kita tp tidaklah sehingga menzalimi orang lain dan diri kita, maka tiada masalah..fitrah manusia mencintai negeri dan bangsa dia...tp janganlah sehingga menzalimi diri kita dan orang lain...apa takrifan zalim tuh, kita sama2 fikirkan..kalo org negeri lain pun yg bukan kelantan sekalipun, dia bertindak zalim terhadap org lain sbb dia sayang negeri dia, dia tetap golongan yg sama dalam 1% yg aku ckp tuh

ramai ckp nk belasah aku laa dan macam2..kalo korang nk belasah aku sbb apa yg aku tulis tuh 100% salah dan bertentangan dengan agama, maka aku redha sebab tuh salah aku, buat something bertentangan agama dan menzalimi korang..tp kalo korang nak belasah aku sbb korang terasa korang adalah salah satu dari golongan 1% itu ataupun sbb korang nk defend perbuatan korang, then korang adalah zalim...maka aku x redha kalo korang nk belasah aku..

mungkin aku sendiri dalam menulis artikel itu, telah menzalimi diri aku dan juga diri orang2 kelantan yang tidak bersalah..maka aku mohon maaf atas kezaliman aku sendiri terhadap korang..mungkin tulisan itu banyak disalah tafsir, the real intention nyer..so aku mintak maaf sangat yer pada semua..tp aku tak takut nak cakap bender tuh zalim dah salah, bila aku tau itu zalim dan salah..aku tau perbuatan merosakkan harta benda, memukul, membakar dan macam2 lagi itu adalah zalim..

mungkin cara aku sendiri yg salah, aku mengaku dan aku mintak maaf yer..dan jangan salahkan bazli dan usop sbb derang xbersalah langsung..x adil korang nk salahkan derang sebab apa yg aku sendiri tulis..

dan satu lagi, baca lah entry2 aku yg lain yg aku tulis kt bawah2 nih dengan hati yg terbuka supaya ilmu aku yg sedikit yg aku nk kongsi tuh dpt kt korang..jgn sebab satu entry yg aku tulis dan sbb kemarahan tersebut, korang menutup hati korang utk terima ilmu2 yg ada dlm entry2 aku..sbb tuh aku bg hadith kt atas sekali supaya kita jangan biar rasa marah kuasai diri kita sehingga menutup pintu hati dr menerima kebenaran dan ilmu..

selepas nih selalu-selalu lah berkunjung ker blog nih, sbb aku menulis dan spend berejam2 utk tulis sbb nk share ilmu aku yg secetek air ngan korang..kalo aku tulis bagus macamna pun kandungan dia kalo setakat yg baca sorang dua x der maknanya..so lepas nih harap orang-orang yg dtg ziarah blog nih, dlm teruskan menziarah dan berkongsi ilmu kt sini..

so aku harap, perkara ini tidak dipanjangkan dan ulasan yg aku tulis kt atas xperlu dibahaskan dan sebagainya kerana ia akan mengeruhkan keadaan..sekali lagi aku memohon maaf pada semua orang yg terasa offended lebih-lebih lagi orang kelantan..dan aku akan maklumkan bahawa aku akan delete mana2 komen yg masuk dalam entry nih dan shoutbox..sbb aku tanak mengeruhkan keadaan atas kesilapan dan kekhilafan yang aku buat..semoga Allah bagi aku dan korang hidayah ke jalan yang lurus..just know that i am sorry...dan aku muhasabah diri aku sendiri. harap penjelasan nih x disalah tafsir lagi..

Wallhu'alam...