Pages

Subscribe

Monday, March 1, 2010

Pisang + Yogurt




Assalamualaikum wbt..

Td pg kt Mercy Hospital, aku pi minum kopi kt Canteen..then ada sorang mak cik dtg dok dekat..dia bawak pisang dan jugak yogurt..kemudia dia potong pisang tuh kecik kecik dalam mangkuk..then dia tuang yogurt dalam tuh..kemudian dia makan..aku pun terfikir..creative nyer mak cik nih..cam sedap jer..balek rumah harus try...heehe

Aku sudah try dan rasanya sodap...dulu kt castlewhite selalu tgk Shafik Diwan (Indian-Canadian) potong pisang kecik2 bulat2 camtuh and sapu Choc spread atas roti and susun-susun pisang tuh..kemudian makan dengan enaknya..

Rupa2nya pisang boleh manjadi penyedap makanan yg menarik dan segar..
Buat pengetahuan semua Pisang sangat berkhasiat..menurut sumber yg saya perolehi dari http://www.pakarhowto.com/, pisang dapat mencegah kemurungan..

Kemurungan

Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan

Patut laa lepas makan pisang rasa heppi jer, seperti sekarang (ketika sedang menulis selepas makan pisang + yogurt )

Ketuat

Kulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan ianya akan hilang.

yang ketuat nih menarik..aku ada satu ketuat tegar kt jari yg x hilang2..stress dibuatnyer..menjejaskan pandangan tangan ku sahaja..nk cerita pasal ketuat nih..time kat Cambodia dulu, tgh panas2, peluh2, serabut2 edar ubat, sunat2 semua, pastuh dtg seorang makcik nih kt aku mintak ubat utk ketuat kt tangan dia..so aku pun dgn rasa xmalunya tunjuk kt mak cik tuh, nah tangan say juga ada ketuat..so mak cik pun diam dan tidak meminta ubat ketuat lagi...haha..sebenarnya doktor tuh ckp2 cam marah sket kt dia pastuh mak cik tuh pun diam..mungkin doktor tuh kta, 'mak cik, ketuat nih bukan medical emergency pun'..
xlarat sapu this and that dah..lepas nih nk try kulit pisang nih..kalo berjaya, dengan kuasa Allah, terbukti laa kulit pisang ada kegunaan untuk perubatan..hehehe..

No comments: