Pages

Subscribe

Sunday, June 13, 2010

Result Exam~~

"….. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Ath-Tholaq [65]:3 )

Assalamualaikum wbt..

Membuka bicara dengan sepotong ayat Al-Quran yang sangat-sangat penting dan berguna untuk kita semua. Ish, rasanya common sungguh dah kot dgq perkataan tawakkal nih kan..tapi ia satu konsep yg kita semua dah faham dan jelas pun iaitu usaha then serah pada Allah, tp sungguh susah sebenarnya nk hayati dan betul2 resap dalam diri dan beriman sepenuhnya dengan konsep tawakkal nih..

Alhamdulillah..result exam dah kuaq (owh x bg slip kt En Kamis lg..nnti kang x dpt plak elaun buku..hehe)

Alhamdulillah boleh melangkah ke tahun seterusnya pulak..(aik dah 4th year..Masyallah, cepatnya masa beredar...Bak kata Adi, we live in speed)

Sebenarnya, sungguh-sungguh xsangka bila tgk result..Allah bagi rezeki dari sumber2 yang tak disangka2..Subhanallah..Nikmat Allah yg mana lg kita nak nafikan..??

Terkezut tengok result Cp3002...Of kos laa paper tuh sangat susah..bayangkan lebih 50% of the Qs mmg hentam buta..mind u hentam buta means style yg baling dadu tuh..baca pun x habis, tgk cam cool jer jawapan nih..ok tanda..tgk cam cantik jer gambar ECG nih, ok tanda..tgk cam ok jer gamba X-ray nih tanda..mmg hentam kelabu buta..Allah..

Memang dalam hati pasrah giler aa lepas buat exam kan..cam terasa sia2 belajaq CP setahun..hoho..tp dalam hati sungguh mengharapkan kejayaan..yer laa sapa x nak kejayaan..lepas tuh hanya mampu berdoa jer laaa..

OSCE pun rasanya x membantu pun..dgn History Taking tatau nk tanya apanya..orang lain punya laa kan x cukup masa nk tanya patient..aku siap abis 2@3 minit awal lagik..hurmmm...nmpak sgt xder soalan nk tanya dah..hoho..dgn examination, examiner x senyum langsun seperti aku telah membuat kesalahan teramat besar jer ketika itu..hohoho..

Kerisauan terhadap result CP memang laa x tertahan..nk risau ape ntah...bukannya boleh buat semula pun..Hanya mampu berdoa sahaja..bertawassul dengan amalan yg tersangat sangat sedikit sekiranya amalan itu ikhlas..

Alhamdulillah..CP dpt Honours (eh bukan nk menunjuk..sila jgn salah faham)..bila tgk result tuh..berkelip2, berkedip2 mata rasa x percaya..Subhanallah...dari mana dtgnye Honours nih..pastuh logout keluar n login balek..takut tersalah tahun ker..tersalah orang lain nyer ker..lepas login kali kedua tgk eh sama jugak..Allah..

Bukanlah nk kata dah cukup bertakwa..bukanlah nak kata dah cukup bertawakkal..nak katanya disini, kena muhasabah dan faham apa itu tawakkal, apa itu takwa..

Makanya, kenalah lagi banyak bertakwa kepada Allah dan bertawakkal hanya kepada-Nya dengan sebenar-benar tawakkal..diri sendiri perlu lebih memahami apa itu takwa & tawakkal..nak kata untuk tahun depan kena berusaha dengan lebih keras..x boleh pergi hospital malas2 macam tahun sudah..x boleh nk berdoa sahaja bila nk exam usaha malas..pergi hospital malas..USAHA!!!EFFORT dalam akademik perlu lebih banyak dan keras

"Janganlah salah seorang di antara kamu mengharapkan rezeki akan dikurniakan kepadanya dengan sekadar berdoa, " Wahai Allah, anugerahkan kepadaku rezeki". Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak"
Saidina Umar Al-Khattab (dari Ihya Ulumuddin)

Tapi Alhamdulillah, Allah mengurniakan rezeki dari sumber arah yang tak disangka..sungguh x sangka..semoga kejayaan itu menambahkan iman di hati, mendekatkan diri pada Allah, terhindar dari riak dan takbur, terhindar dari kesombongan dan kejahilan, semoga bermanfaat untuk perjuangan agama-Nya

Ini ada satu video ceramah tentang Tawakkal yg Lutfan tunjuk kt kitaorg time Usrah dulu..rasanya penerangan konsep tawakkal yang sangat bagus..


No comments: